Jumaat, 13 Ogos 2010

SELAMAT DATANG…Kedatangan Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak disambut mesra oleh rakyat kawasan Bekenu.

YB ROSEY YUNUS KAWASAN ADUN N.61 BEKENU


KAWASAN KU Dewan Undangan Negeri 61 Bekenu belum sepenggal menjadi kerusi baru dalam DUN Sarawak dengan usia empat tahun pada hari ini mencipta sejarah setelah mendapat minat Presiden Barisan Nasional Malaysia, Perdana Menteri Malaysia Keenam Dato Sri Najib Tun Razak datang melawat pekan kecil Bekenu.


SELAMAT HARI JADI… Kek kejutan sambutan hari jadi Perdana Menteri daripada Rosey Yunus, kelihatan disitu ialah Dato Sri Najib (dua kiri) memotong kek hari jadi, Ahmad Lai Bujang (kiri), Timbalan Ketua Menteri (1) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam (tengah), ADUN Bekenu Rosey Yunus dan Menteri Dalam Negeri Datuk Ishamuddin.


Kehadiran Perdana Menteri julung kali ke Bekenu yang tidak diduga oleh masyarakat luar bandar di kawasan ku ini telah menaruh jutaan harapan agar kehadiran Dato Sri Najib Tun Razak meninggalkan pelbagai peruntukkan dalam membela nasib rakyat yang masih memerlukan pelbagai kemudahan asas daripada kerajaan.


DUN N.61 Bekenu adalah merupakan dalam kawasan Parlimen P.218 Sibuti dengan mempunyai empat pekan kecil iaitu pekan Bekenu, Batu Niah, Sepupok/Niah dan Simpang Bekenu.


Kawansan ku DUN N.61 Bekenu adalah di milik Barisan Nasional (BN) yang dimenangi oleh Rosey Yunus di atas tiket Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) pada Pilihan Raya Negeri 2006.


Di Bekenu, majoriti kaum paling ramai adalah kaum Kedayan diikuti Iban, Melayu (Dalek Mirek) Cina, Melanau dan Batu Niah dan Niah/Suai/Saeh majoritinya ialah Kaum Iban, Cina, Melayu, Melanau.


ADUN Bekenu, Rosey Yunus ketika temubual dalam lawatan kerja singkat bersama Perdana Menteri di Bekenu hari ini berkata, dengan mempunyai sebuah parlimen baru yang dipecahkan daripada Parlimen Miri pada tahun 2008 lalu telah memberi satu fanas besar dalam membela nasib rakyat yang berbilang kaum.


Katanya, pemimpin Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) telah memberi kerjasama yang sangat erat banyak membawa perubahan kepada rakyat di kawasan Parlimen Sibuti yang merangkumi DUN Bekenu dan DUN Lambir.


Cadangan jambatan di tebingan Sungai Sibuti yang akan menghubung pekan Bekenu dengan Kampung Rambai Bekenu


DUN Bekenu kini sedang dalam perancangan dan pengaturan untuk mewujudkan tiga buah bandar baru iaitu di Bekenu, Batu Niah dan Niah dalam tempoh sepuluh tahun akan datang yang juga merupakan ilham Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika dalam perasmian Masjid Al Jabbar di Niah/Sepupok tahun lepas, jelasnya.


“Sistem Jalan Persisiran Pantai Miri/Bintulu juga telah membuka satu lembaran baru kepada ribuan rakyat di kawasan terpincir dan persisiran dahulu kini sudah mempunyai jalan raya. Jika dahulu rakyat di sini ramai menggunakan sungai sebagai penghubung utama, ini adalah satu perubahan besar kepada saya yang memimpin rakyat di kawasan luar bandar”.


“Saya amat bangga denga kerjasama daripada rakyat yang berbilang bangsa dan agama semuanya menyambut kehadiran saya begitu mesra hingga terjalin satu kekeluarga yang besar, terima kasih kepada rakyat yang terus menyokong Barisan Nasional”, jelasnya.


Kaunselor George Thein


Kaunselor George Thien, 40 an, dari Batu Niah Bazaar turut melahirkan gembira dengan kesungguhan ADUN Bekenu dan Parlimen Sibuti telah berjaya membawa satu perubahan yang ketara pada setiap lapisan masyarakat di luar bandar ini.


“Rosey Yunus seorang wakil rakyat yang berpandangan terbuka dan tidak pernah ada tersirat nampak pilih kaum serta, seperti bila ada upacara keramaian kaum Cina beliau pasti akan turut datang bersama, begitu juga layanannya terhadap kaum Kedayan, Melayu, Melanau dan Iban di sini”.


“Beliau sangat mudah didampingi, setiap urusan permasalah kekurangan dan permohonan dari kampung, rumah panjang dan pekan pasti disambut dan dibawa kepada pihak atas untuk penyelesai segera”, jelasnya.

Suring Srit


Ketua Ranting PBB Batu Niah, Suring Srit, 57, Rumah Panjang Bagal, Rosey Yunus bekas seorang pengetua sekolah memang mempunyai pengalaman meluas dan berbekalkan pengalaman itu beliau turut memberi galakkan pemdidikan kepada anak-anak luar bandar.


Kebajikkan kaum wanita kawasannya turut terbela dengan menyalurkan RMP untuk menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan, begitu juga kegiatan belia remaja di sini juga tidak ketinggal dalam pembangunan aktiviti program sosial dan bersukan.


DUN Bekenu baru-baru ini sudah pun mempunyai sebuah Pusat Kegiatan Rakan Muda dan K-Masjid yang dilengkapi dengan sistem sesawang internet yang canggih, tambahnya.


Kaunselor Sulaiman Ahmad


Kaunselor Sulaiman Ahmad, 45, Kampung Bekenu Asli, masyarakat DUN Bekenu dalam pembangunan infrastrukturnya bahawa semua rumah-rumah panjang dan kampung-kampung di pendalaman sudah lengkap dengan sistem jalan raya.


Dari segi kemudahan asas di luar bandar seperti bekalan elektrik dan air bersih sudah pun 70 peratus sudah menikmatinya dan masih terdapat kemudahan tersebut dalam proses penyiapan di beberapa buah rumah panjang dan kampung, ia adalah bantuan melalui kerajaan pusat Kementerian Wilayah dan Luar Bandar.


BARU…Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu yang baru.

Wajah pekan lama Bekenu yang dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia pada petang tadi.


Sebilangan kecil rumah panjang dan kampung yang masih belum menerima Bekalan Elektrik dan Air Luar Bandar (BEALB) bahawa mereka sudah pun diserapkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) seperti yang telah disuarakan oleh Perdana Menteri pada Persidangan Parlimen di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan