Jumaat, 13 Ogos 2010

TERIMA KASIH…. Epat Bakar (tengah) menunjukkan akhbar utama Utusan Sarawak ketika ditemui di Batu Niah pagi tadi bersama Kaunselor Lee Eng Kong dan Ketua Wanita SPDP Bekenu Chin Yew Mui (kanan).


RM14.5j beri perubahan besar kawasan Saeh


UTUSAN SIBUTI - Pengumuman peruntukan RM14.5 juta daripada kerajaan persekutuan akan memberi perubahan besar kepada 13 rumah panjang yang mempunyai hampir 4000 penduduk apabila sistem jalan raya yang lebih selesa daripada menggunakan perahu untuk ke pekan Niah/Sepupok.


Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembangunan Kawasan Saeh, Epat Bakar ketika ditemui di sini berkata bahawa rakyat di Saeh memang sudah lama berkhasrat untuk menikmati sistem jalan raya yang lebih baik dan selamat.


Katanya, kami dari 13 buah rumah panjang di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukkan itu semasa lawatan kerja tinjauan di Bekenu pada 24 Julai lepas.

Epat yang merangkap Setiausaha Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB-N.61 Bekenu) turut berterima kasih kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato Mohammad Shafie Abdullah kerana membawa permohonan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) mendapat kelulusan dan kerja pemasangan akan siap sepenuhnya dalam tahun ini.


“Kejayaan memperolehi kemudahan tersebut juga merupakan bantuan dan usaha kerjasama wakil rakyat di sini iaitu Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu Rosey Yunus dalam membela nasib rakyat di kawasan luar bandar”.


“Bantuan sejumlah RM14.5 juta itu nanti adalah khas untuk baikpulih jalan raya sepanjang 16 kilomter dan membina lima batang jambatan di sepanjang jalan berkenaan”, tambahnya.


Penduduk 13 rumah panjang kawasan saeh juga telah bersuara bahawa masih mahukan ADUN Bekenu Rosey Yunus untuk dikekalkan sebagai wakil rakyat di DUN N.61 Bekenu pada pilihan raya negeri yang akan datang nanti, tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan