Jumaat, 3 April 2009

Benih Sawit Berkualiti Jamin Pulangan Lumayan


BENIH SAWIT BERKUALITI…Beberapa pekerja memunggah baka sawit berkualiti di tapak semaian anak sawit milik Pertubuhan Peladang Kawasan Subis (PPK Subis – gambar atas) yang telah ditempah oleh MPOB untuk dihantar ke Bahagian Limbang (Lawas) baru-baru ini. Foto: ADUM LIU


FIKIRLAH SEMASAK-MASAKNYA SEBELUM RUGI KEMUDIAN HARI…. Pekebun kecil yang berminat menceburi penanaman kelapa sawit adalah baik membuat pemilihan yang tepat sekali dalam hal membeli anak sawit daripada mana-mana pihak. Kenalpastikan pihak yang menjual anak sawit ini mempunyai Sijil Kewibawaan pengurusan Tapak Semaian (OPNCC) daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu DURA (tempurung tebal), TENERA (tempurung nipis), dan PESIFERA (tiada tempurang). Tiga jenis ini adalah disyorkan amat sesuai yang berkualiti yang pasti tidak merugikan pekebun kecil kerana ia mampu mempertingkatkan hasil sepanjang hayatnya. Oleh sebab itu, anak benih sawit yang berkualiti amat penting untuk mendapatkan hasil sawit yang bermutu setelah berusia 5 tahun.

Baka sawit berkualiti juga akan menambahkan lagi kadar perahan minyak (OER) serta pengeluaran minyak sawit mentah (MSM). Kerajaan komited meningkatkan pengeluaran MSM bagi memenuhi keperluan dan permintaan pasaran bagi sektor pembuatan makanan dan sektor lain terutama keperluan bagi pengeluaran biodiesel.

MPOB juga mengesyorkan penggunaan jenis benih sawit DxP (Kacukan Dura dan Pesifera) supaya memperolehi hasil tanda segar yang sempurna yang menjamin pulangan hasil kerja usaha penanaman kepada pekebun kecil. Selain daripada itu, MPOB juga mengesyorkan dengan penggunaan baka pembiakan benih sawit melalui klon (Teknologi Tanaman Kultur Tisu).

Pihak MPOB juga menyeru kepada pekebun kecil supaya tidak membeli benih sawit belum cukup matang (dalam lingkungan bawah 10 bulan) daripada mana-mana pihak menjual benih sawi sama juga MPOB juga tidak sekali-kali pun melarang pihak penjual benih sawit belum cukup matang.

Oleh demikian, pekebun kecil harus mematuhi arahan ini supaya tidak merugikan pekebun yang mengeluarkan kos yang besar dalam mengusahakan kebun sawit mereka.

Dapatkanlah arahan dan bantuan daripada pihak MPOB dalam semua perkara bagi mendapat pulangan yang memuaskan kepada pengusaha sendiri.