Jumaat, 22 April 2011

Kemenangan BN Bukti
Rakyat Sarawak Susah Dihasut

UTUSAN SIBUTI - Kemenangan dan kejayaan Barisan Nasional (BN Sarawak) memperolehi 55 kerusi daripada 71 pada Pilihan Raya Umum Sarawak Kesepuluh pertengahan April lepas membuktikan tidak semua rakyat di negeri itu mempercayai fitnah pembangkang terhadap kerajaan.

Demikian kata anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Talip Zulpilip ketika ditemui media baru-baru ini.

Katanya, walaupun pembangkang menggunakan media alternatif untuk meracuni fikiran rakyat Sarawak, ia masih gagal memperdaya mereka ini kerana masyarakat Sarawak terus setia kepada BN yang banyak membawa perubahan terutamanya di kawasan luar bandar.

Walaupun pembangkang dari semenanjung bersama pembangkang tempatan yang menggunakan tektik serangan yang berterusan, rakyat Sarawak tidak mudah diperdaya dan mereka masih memilih untuk menyokong BN.

Pembangkang lebih menguasai kawasan bandar kerana DAP menggunakan pelbagai isu untuk mengelirukan rakyat selain mendakwa mereka merupakan orang yang bertanggungjawab mengetengahkan isu kaum Cina, tambahnya.
ADUN N.62 Ripin Lamat

Ripin Lamat Turun Padang

Di Kawasan Lambir


UTUSAN SIBUTI - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.62 Lambir Ripin Lamat berusaha membantu rakyat kawasannya dalam mengatasi masalah saliran dan banjir di beberapa kampung di sini.


Demikian kata ADUN Lambir Ripin Lamat yang dihubungi Utusan Sibuti hari ini mengenai perkhidmatan selaku wakil rakyat buat pertama kali selepas memenangi kerusi DUN Lambir tempoh hari.


“Saya akan merujuk masalah tersebut kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan akan memastikan mereka mengkaji dan seterusnya mengatasi masalah saliran di kampung-kampung di Lambir ini,” jelasnya.


Pelan bersifat jangka panjang penting agar kawasan kampung tidak terus berdepan masalah sama pada masa depan, tambahnya yang berharap JPS akan mempercepatkan kerja-kerja membina parit banjir di kampung terbabit.


Utusan Sibuti turut dipahamkan bahawa kawasan terbabit bukan hanya mengalami masalah banjir malah jalan masuk utama kampung itu juga rosak dan berlubang yang harus mendapat perhatian kerajaan demi kepentingan rakyat terbela.


Katanya, apa yang pasti bahawa perancangan yang disampaikan oleh manta ADUN Lambir Datuk Aidan Wing akan tetap diteruskan kerana ia merupakan perancangan yang dilakukan oleh Datuk Aidan bersama masyarakat kawasan Lambir.


Dan, yang penting masyarakat Lambir harus sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan supaya setiap perancangan akan mudah sampai ke kawasan, tambanhnya.

Peribumi Bela Buaya Kekenyangan

Pengundi Cina Umpama Susu Dibalas Tuba


UTUSAN SIBUTI – Keputusan pilihan raya DUN Sarawak ke-10 yang kaum peribumi diibaratkan seperti membela buaya yang dalam kekenyangan pun akan menggigit tuannnya.


Dan, sikap para pengundi Cina yang majoriti menyokong Parti DAPpada pilihan raya negeri Sabtu lepas diibaratkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Sarawak (PERKASA) umpama “susu dibalas tuba” apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) bertolak ansur berhubung hak Bumiputera terutama dalam perniagaan.


Yang Dipertua pertubuhan tersebut, Abang Abdul Nasser Abang Hadari memberi contoh, baru-baru ini kerajaan telah menarik balik Peruntukan Pengecualian (Liquidated Acertained Damages) khusus untuk kontraktor Bumiputera yang telah dimansuhkan.


Nampaknya majoriti pengundi kaum Cina hanya memperalatkan pemimpin-pemimpin BN mereka untuk mengambil kesempatan terhadap keikhlasan kerajaan asalkan mereka dapat menuntuk hak kesamarataan dengan kaum Bumiputera.


Padahal jelas dan terbukti kaum Cina telah menolak BN dan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pilihan raya negeri ke-10,” katanya dalam kenyataan yang dipetik menerusi sebuah blog.


Justeru, beliau mendesak agar mengembalikan hak dan peruntukan keistimewaan Bumiputera mengikut Perlembagaan Malaysia dan tidak memberi layanan melampau terhadap tuntutan kaum Cina.


Abdul Nasser berkata lagi, DAP wajar dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika Bumiputera menentang semua tuntutan mereka.