Ahad, 14 Julai 2019


Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari tiba dengan sambutan pukulan gendang kaum Dayak Bekenu.


RM10 juta untuk martabatkan mata pelajaran Matematik dan Sains


14 Julai 2019 [Adum Liu] ~ Kerajaan Sarawak umum peruntukan sejumlah RM10 juta berstujuan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perasmian Pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) Zon 13A Bekenu dan Lambir di sini semalam.



Peruntukan tersebut akan menjadi Sarawak mampu melaksanakan program itu dengan baik bersama adanya bilangan guru yang mencukupi bagi mengajar dua mata pelajaran terbabit.

Cuma para guru perlu dilatih untuk memantapkan kefasihan untuk mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, jelasnya.

Baru-baru ini Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang telah dikunjungi oleh Ketua Menteri Sarawak bersama Dato Sri Michael Mayin Jawong (Menteri Pendidik, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak) di Petra Jaya memberitahu bahawa Sarawak adalah negeri yang pertama melaksanakan penjagaran dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris.

Pada pertemuan itu juga, Kerajaan Sarawak bersetuju membantu Kementerian Pendidikan untuk melatih guru yang akan mengajar mata pelajaran itu.


Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan universiti tempatan dalam menjayakan latihan kepada guru terbabit. 





Guru terlatih pula akan melatih guru lain dalam usaha melahirkan ramai guru yang mahir bahasa Inggeris untuk mengajar dua mata pelajaran tesebut.

Penggunaan bahasa Inggeris bagi dua mata pelajaran penting itu akan bermula dengan darjah satu pada tahun 2020 dan seterusnya.




ALBUM…. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg singgah sebentar dan merakamkan kenangan bersama ahli Saberkas Cawangan Bekenu ketika menuju ke Majlis Pelancara GPS Zon 13A di Gelanggang Serbaguna Majlis Daerah Subis semalam. – ADUM LIU


Abang Jo lulus pembinaan Tebingan Batu Niah


14 Julai 2019 [Adum Liu] PERMOHONAN Tebingan Sungai Batu Niah mendapat kelulusan Ketua Menteri dan jangan izinkan Sarawak jatuh ke tangan orang lain, ini adalah tanggungjawab kita bersama, kata Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pendidikan Kanak-kanak Hajah Rosey Yunus.

Rosey Yunus yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.71 Bekenu berkata demikian di Majlis Pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) Zon 13A yang dilaksanakan oleh Ketua Menteri Sarawak.





Katanya, pembangunan di kawasan Lambir dan Bekenu dari Bakam Point hingga ke Niah bahawa Kerajaan Sarawak telah banyak menyumbangkan pembangunan yang dikehendaki oleh rakyat di sini.

“Kami di Bekenu dan Lambir sangat senang dengan Ketua Menteri sehingga beliau telah beberapa kali dating ke kawasan kami di Bekenu dan di Lambir.

“Kawasan Bekenu banyak projek telah dibangunkan, terdapat projek yang dalam rancangan dan beberapa projek di sini sedang dalam proses pembuatan”, jelasnya.

Hajah Rosey Yunus ~ Jangan biarkan Sarawak jatuh ke tangan orang lain


Sehubungan pembangunan dan permohonan baharu tentang Tebing Sungai Batu Niah hari ini turut mendapat kelulusan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa dalam ucapan perasmian sebentar tadi, tambahnya.



Hampir 4000 orang ramai bersama ahli GPS telah hadir ke majlis itu, turut hadir bersama ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Senadin Datuk Lee Kim Shin, ADUN Piasau Datuk Sebastian Thing, ADUN Samalaju Majang Renggi, ADUN Repok Dato’ Sri Huang Tiong Sii dan Anthony Nogeh wakil Presiden PDP.