Rabu, 1 September 2010

TERIMA KASIH…. Masjid Kampung Kelulit Bekenu di sini baru-baru ini menerima dua unit kipas untuk memberi keselesaan para penduduknya ketika mengadakan pelbagai aktiviti agama di masjid berkenaan.

Sumbangan itu adalah hadiah istimewa Ahli Dewan Undangan Negeri (N.61 Bekenu) Rosey Yunus semperna sambutan hari mulia di Bulan Ramadan 2010. Kampung Kelulit juga merupakan kampung kelahiran Rosey Yunus dan kini beliau bersama adik beradik masih mendiami rumah peninggalan kedua-dua orang tuanya.