KERJASAMA… Rosey Yunus menyerahkan buku
sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang menyertai Seminar Kesihatan
Reproduktif Remaja di Kompleks Majlis Agama Islam Sarawak.
257 ribu sijil kelahiran tanpa nama bapa
KUCHING (31/10/2012) -
Perangkaan Jabatan Pedaftaran Negara bagi tahun 2000 sehingga Julai 2008
mencatatkan lebih 257 ribu sijil kelahiran didaftar tanpa catatan nama bapa,
kata Menteri Mudah Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey
Yunus.
Ini bermakna
secara purata 2,500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau jampir 84
kes setiap hari, ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Kesihatan
Reproduktif Remaja anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak di Kompleks Majlis
Agama Islam Sarawak petang tadi.
“Masalah
kehamilan dan penguguran dalam kalangan remaja juga semakin meningkat di negara
kita, laporan Jabatan Perangkaan Negara Malaysia menunjukkan kelahiran dalam kalangan
remaja berumur 15-19 tahun bertambah dari 15,849 (2004) kepada 17,600 (2008).
“Penganjuran
seminar ini tepat pada masanya kerana kita sering mendengar berita dari surat
khabar tentang masalah kesihatan seksual yang melibatkan remaja seperti kes buang
janin (bayi) yang baru lahir, mengandung luar nikah, rogol dan meningkatnya
bilangsan kes penyakit kelamin dalam kalangan remaja,” katanya.
Tambahnya,
data yang dikumpulkan dari Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
seluruh negara menunjukkan jumlah remaja hamil berusia 10 hingga 19 tahun dari
Julai hingga Disember 2010 adalah sebanyak 5,962 orang.
Daripada
jumlah tersebut, seramai 4,441 (75%) remaja telah berkahwin manaka 1,5121 (25%)
adalah belum berkahwin.
Dalam masa
yang sama, kita menghadapi dilemma sosial yang melibatkan peningkatan kes
pembuangan bayi, purata sebanyak 100 orang bayi dibuang di Malaysia setiap
tahun dan kebanyakannya telah meninggal dunia apabila ditemui.
Dan, sumber
statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan di antara tahun 2004 hingga 2009
sebanyak 496 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku di Malaysia, tambahnya
lagi.
Selain itu,
kita juga berhadapan dengan masalah seks bebas dalam kalangan remaja, laporan
kajian kesihatan seksual dan reproduktif remaja Malaysia tahun 2003, mendapati
dua peratus daripada 30 ribu pelajar sekolah menengah pernah melakukan hubungan
seks, dengan 9.4 peratus daripadanya melakukan perbuatan itu dengan pelacur.