Sabtu, 19 Disember 2009

Bantuan seumpama ini, ramai masyarakat yang masih belum menyetai bantuan hingga kini menjadi satu persoalan iaitu yang telah menerima bantuan ini adakah mereka harus menerima bantuan subsidi beras (SUBUR) daripada kerajaan?


PERLUKAH PESERTA SBPKP-IPP SERTAI SUBUR?


UTUSAN SUBIS (19/12/2009)Skim Baja Padi Paya Kerajaan Persekutuan (SBPK-IPP) tahun 2009 telah diagihkan kepada masyarakat rumah-rumah panjang di kawasan Parlimen P.218 Sibuti baru-baru ini.


Bantuan seumpama ini, ramai masyarakat yang masih belum menyertai SBPKP hingga kini menjadi satu persoalan iaitu yang telah menerima bantuan ini adakah mereka harus menerima bantuan subsidi beras (SUBUR) daripada kerajaan?


Ramai warga kota berpandangan bahawa peserta SBPKP-IPP ini tidak wajar menyertai pemohonan SUBUR kerana peserta SBPKP-IPP adalah mengusahakan penanaman padi, jadi sah mereka tidak perlu sertai SUBUR bagi tidak pembaziran wang ringgit kerajaan dan rakyat.


Dalam permahatian Utusan Subis beberapa minggu juga mendapat ramai peserta SBPKP-IPP di Bekenu telah mengisi borang SUBUR, antara yang ramai merebut peluang ini masyarakat daripada rumah panjang yang mempunyai ladang sawit dengan pengeluaran melebihi 8 tan sawit segar.


Dengan ini adalah dikehendakkan Tuai Rumah dan Ketua Kaum dan kakitangan penapisan peserta SUBUR harus tegas. Jangan tidak ingat bahawa Program SUBUR ini adalah khas kepada mereka tergolong dalam miskin tegar, miskin dan mudah jadi miskin.


Pihak Utusan Subis difahamkan bahawa hampir 8 ribu petani telah menerima bekalan bantuan ini sebagai usaha kerajaan membantu mereka menambahkan hasil pengeluar padi untuk menampung keperluan harian mereka.


Baja-baja dan racun makluk perosak (gambar di atas) telah diagihkan kepada peserta skim dengan nisbah 5:2:2:2:1:1:1 iaitu 5 kampit baja kompaun, Urea, Zeo Organik, NPK Tambahan masing-masing 2 kampit.


Mana kala racun makluk perosak setiap peserta skim masing-masing menerima sebotol Decis 500ml, sebotol Nativo 250ml dan sekampit Tikusmin 1kg.


Ramai daripada hampir 8 ribu peserta SBPKP ini telah menerima bantuan seumpama ini sejak tahun 2003.


Kerja-kerja pengendalian SBPKP ini ialah melalui Jabatan Pertanian Miri, Bekenu, Batu Niah, Bakong dan Niah/Suai serta dibantu oleh daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Subis, Miri.


WAKIL RAKYAT SARAWAK BANTU BELIA CARI PEKERJAAN


UTUSAN SUBIS (19/12/2009) – Golongan Belia dan siswazah menganggur Sarawak akan dibantu menerusi wakil rakyat kawasan masing-masing kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.62 Lambir Aidan Wing di Program Nur Bestari anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen P.218 Sibuti yang dijalankan di Balai Raya Riam, Taman Tunku di sini baru-baru ini.


Aidan, kerajaan akan mengambil pendekatan menyeluruh dalam memajukan golongan ini untuk mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan mereka mulai tahun 2010.


Ketua kaum adalah sangat diharapkan dan digesa supaya berkerjasama sepenuhnya dengan menyenaraikan butiran peribadi semua belia di kawasan masing-masing yang masih menganggur.


Butiran peribadi belia atau siswazah seperti kelulusan sama ada ijazah atau diploma, alamat yang lengkap, nombor telefon serta e-mel, bagi membolehkan mereka dihubungi dengan mudah sekiranya diperlukan atau terdapat sebarang kekosongan jawatan, tegas beliau.


Katanya, perkara itu dinyatakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud semasa mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada baru-baru ini.


Ini adalah merupakan satu kesungguhan bahawa Ketua Menteri Sarawak sangat memberi tumpuan dan mengambil berat terhadap rakyat dan belia-belia serta siswazah menganggur di negeri ini.


Katanya, penganjuran program ini juga akan mendapatkan kaum wanita lebih memahami dan mengetahui hak-hak mereka dalam keluarga dan masyarakat.


Hadir bersama program ini ialah Pengerusi MPWK Kaunselor Zainani Salleh dan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Ranting Taman Tunku, Arbi Lai serta masyarakat sekitar kawasan itu.