Selasa, 13 Oktober 2009

Daif...beginilah keadaan rumah yang diami oleh Mahdan Hai di Kampung Gatas Bungai, Bekenu. Beliau amat berharap agar permohonannya dilulus semula.

Keluarga Mahdan rayu kerajaan timbang semula permohonan

UTUSAN SUBIS (13/10/2009) - Sebuah keluarga nelayan sambilan yang kurang bernasib baik di Kampung Gatas Bungai terkilan apabila dia dapat tahu bahawa namanya yang terserai telah dilulus untuk memiliki rumah PPRT dibatalkan.

Mahdan Hai, 51, ketika menemui Utusan Sarawak di sini memberitahu bahawa beliau amat kecewa dengan tanpa sebab pihak tertentu telah membatalkan kelulusan mendapat rumah PPRT.

“Saya telah memohon bantuan kerajaan sejak 13 tahun yang lalu dan merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan permohonan saya.

“Tetapi yang menyedihkan tiba-tiba nama saya hilang dari senarai penerima bantuan seperti dimaklumkan oleh ketua kaum, saya tidak tahu dan siapa yang memotong nama saya dari senarai penerima bantuan PPRT“, jelasnya.

Rayuannya, saya dan isteri serta tiga orang anak yang masih bersekolah dengan sepenuh hati bahawa kami amat mengharapkan supaya mempertimbangkan semula kelulusan yang asal dan seterusnya dapat menerima bantuan PPRT.

Tinjauan Utusan Sarawak ke tempat diamannya di Kampung Gatas Bungai di kilometer 8 mendapat terlalu banyak keadaan yang telah rosak.

Isnin, 12 Oktober 2009

Rakam kenangan bersama Tuan Haji Ahmad Lai Bujang, Rosey Yunus dan Aidan Wing pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri P.218 Sibuti baru-baru ini.

Ramah Tamah Aidilfiri P.218 Meriah

UTUSAN SUBIS, (9/10/2009) – Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti mendapat sambutan yang di luar dugaan dengan kehadiran lebih 500 masyarakat bandar dan luar bandar yang tidak mahu lepas peluang untuk berjumpa dengan Ahli Parlimen P.218 Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai Bujang di sini.

Utusan Sibus turut difahamkan bahawa hampir 100 peratus Tuai-tuai Rumah dan Ketua Kaum kawasan P.218 Sibuti hadir, malahan juga rakan penjuangan politik Tuan Haji Ahmad Lai Bujang dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kawasan P.219 Miri juga turut memberi sokongan kepada sambutan Ramah Tamah Aidilfitri julung kali pernah diadakan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti ini.
Ucapan ringkas Tuan Haji Ahmad Lai Bujang berkata, beliau merasa begitu terharu dengan kehadiran masyarakat yang berbilang kaum dan mengucapkan ribuan terima kasih ke atas sokongan rakyat di P.218 Sibuti yang membawa banyak perubahan kepada penduduk di kawasan luar bandar sekarang.

Katanya, tujuan utama mengadakan majlis ini ialah untuk mengeratkan perhubungan persaudaraan yang berkonsepkan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri yang kita kasih iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Hanya Barisan Nasional (BN) yang mampu membela nasib rakyat, kemajuan dan perkembangan kawasan luar bandar mahu pun di bandar adalah kerajaan kita iaitu kerajaan BN sahaja yang telah memberi kemudahan seperti jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik dan pelbagai lagi kemudahan, tambahnya.
Tuan Haji Ahmad Lai Bujang juga menyeru kepada rakyat di P.218 Sibuti supaya terus memberi sokongan kepada siapa saja calon BN di kawasan ini (N.61 dan N.62) yang akan bertandingan pada pilihan raya ADUN yang akan menjelang mungkin pada tahun 2010 atau 2011 nanti demi kebaikkan kepada generasi akan datang.

ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus dan ADUN N.62 Lambir Aidan Wing juga turut hadir memberi sokongan sambil bertemu mesra dengan rakyat dalam jagaan masing-masing. Turut kelihatan juga ialah ketua PBB cawangan Bekenu Kaunselor Jamali Basri, Ketua PRS Bekenu Tuai Rumah Johnson Jangu, Ketua SPDP Bekenu Kaunselor Sebastian Janting dan ahli-ahli dari SUPP Bekenu serta Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Ripin Lamat.

TERIMA KASIH KEPADA BN…Tuan Haji Ahmad Lai Bujang menyampaikan surat kelulusan permohonan bekelan elektrik kepada Tr James Biri, sambil diperhatikan oleh Rosey Yunus (kiri), Aidan Wing (tengah) dan Kaunselor Jamali Basri.

Ahmad Lai : Tiga Rumah Panjang Ulu Sibuti Akan Menerima Bekalan Elektrik Tidak Lama Lagi

UTUSAN SUBIS (9/10/2009) – Tiga rumah panjang kini nampu tersenyum lebar apabilan permohonan untuk mendapat bekalan elektrik daripada ADUN N.62 Aidan Wing sejak tahun 2000 mendapat kelulusan daripada kerajaan tempatan.

Tiga rumah panjang yang terletak hampir 200 kilometer dari bandaraya Miri di Ulu Sibuti ialah Rumah Panjang James Biri, Rumah Suyong dan Rumah Lani Bujang telah menerima surat kelulusan itu di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti.

Majlis penyampaian surat kelulusan berkenaan telah disampaikan oleh Ahli Prlimen P.218 Sibuti, Tuan Haji Ahmad Lai Bujang kepada Tuai Rumah James Biri bagi mewakili Tuai Rumai Suyong dan Lani Bujang.

Turut hadir bersama ialah Adun N.62 Lambir Aidan Wing dan Adun N.61 Bekenu Rosey Yunus, Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bekenu Kaunselor Jamali Basri dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawa Ripin Lamat.
Tuai Rumah James Biri ketika ditemui berkata, kelulusan ini amat tidak diduga sekali pada hari ini kerana kami cuma dijemput oleh Tuan Haji Ahmad Lai Bujang untuk hadir bersama memeriahkan suasana ramah tamah.

“Hari ini saya dan Tr. Suyong dan Tr. Lani Bujang telah menerima bonos berganda iaitu kelulusan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Talian Grid Negeri Sarawak Zon Satu A (1A) Tahun 2009-2010 Secara Rundingan Terus ‘Design & Build’ dan menerima geran membersih sungai yang berjumlah RM6,000.

TERIMA KASIH KEPADA BN…Rosey Yunus menyampaikan peruntukkan projek meluas sungai kepada Tr. Banyang ak Ngalai sambil diperhatikan oleh Tuan Haji Ahmad Lai Bujang (tengah) dan Aidan Wing (3 kanan) dan Kaunselor Jamali Basri.

Kami akan mengadakan Majlis Dialog Bersama Pemohon Projek 24 Oktober 2009 sesi dialog bersama Syarikat SESCO Bhd di rumah panjang saya bagi mempercepatkan proses pemasangan elektrik nanti”, jelasnya dengan wajah kegembiraan.

Katanya, kami dari kawasan Ulu Sibuti mengucapkan ribuan terima kasih kepada keperihatinan kerajaan yang sentiasa peka dengan kekurangan yang dihadapi rakyat di kawasan luar bandar.
Kami juga akan terus memberi kerja sama kepada pihak kerajaan dan Barisan Nasional (BN) supaya kawasan P.218 Sibuti ini lebih maju membangun dari masa ke semasa, dan terima kasih kepada Aidan Wing, Tuan Haji Ahmad Lai Bujang dan Rosey Yunus.
TANIAH…Aidan Wing menyampaikan surat peruntukkan projek meluas sungai kepada ketua kaum Kampung Kejapil Narawi Arrifin sambil diperhatikan oleh Pemanca Abu Bakar Panggis (kiri), Boniface Bada, Penghulu Sahar.

34 JKKK ADUN N.62 terima peruntukkan projek meluas sungai

UTUSAN SUBIS (9/10/2009) – Tiga puluh empat Jawatankuasa Keselamat dan Kemajuan Kampung (JKKK) dari kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.62 Lambir Aidan Wing telah menerima peruntukkan RM6,000 untuk kerja meluas membersih sungai.

Aidan Wing yang ditemui Utusan Sarawak di Majlis Perasmian Ramah Tamah Aidilfitri Bersama Ahli anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Subis (PPKS) dan JKKK Kampung Kejapil Bekenu berkata, bantuan ini adalah sebagai usaha kerajaan dalam menjaga kebersihan dan keselamatan kesihatan rakyat.

Katanya, mana-mana JKKK yang telah menerima peruntukkan itu diharap supaya menggunakan peruntukkan itu dengan sebaik-baiknya dan pemberian peruntukkan ini adalah bukan pilih kasih serta mana-mana JKKK belum terima peruntukkan ini harap bersabar.

Turut hadir majlis itu ialah Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPKS Boniface Bada, Pengurus Besar PPKS Yeong Kui Po, Pemanca Abu Bakar Panggis, Penghulu Sahar dan ketua-ketua kaum kawasan N.62 Lambir.

Antara penerimanya ialah JKKK Rh Banyang Ngalai (Ulu Sibuti), Rumah Insin Pak dan Lagan Dingat (Telajin), Rh. Etap Lungan, Rh Sating Antau, Rh James Biri, Rh Duat Kalom, Rh Jeli Naga, Rh Nelson Janggai, Rh Asong Pitot, Rh Techoi Gendang, Rh Saga Egai, Rh Bunsang Braoh, Rh Sampang Sayop, Rh Gan Munsang, Rh Midul Sewi, Rh Mokeng, Rh Langgie Jemat, Rh Buli Amu, Sungai Butir Kejapil, Kpg Kejapil, Kpg Keluru Jaya, Rh Genatan Danggak, Kpg Bakam Miri, Kpg Lusut Miri, Sungai Dalam Lmbir, Rh Randi Elon, Rh Lani Bujang, Rh Suyong Belon, Rh Johnson Janggu, Rh Awain Banyang, Rh Unggeh Budit, Rh Balie Abon dan Rh Kunjan Abas.