Selasa, 13 Oktober 2009

Daif...beginilah keadaan rumah yang diami oleh Mahdan Hai di Kampung Gatas Bungai, Bekenu. Beliau amat berharap agar permohonannya dilulus semula.

Keluarga Mahdan rayu kerajaan timbang semula permohonan

UTUSAN SUBIS (13/10/2009) - Sebuah keluarga nelayan sambilan yang kurang bernasib baik di Kampung Gatas Bungai terkilan apabila dia dapat tahu bahawa namanya yang terserai telah dilulus untuk memiliki rumah PPRT dibatalkan.

Mahdan Hai, 51, ketika menemui Utusan Sarawak di sini memberitahu bahawa beliau amat kecewa dengan tanpa sebab pihak tertentu telah membatalkan kelulusan mendapat rumah PPRT.

“Saya telah memohon bantuan kerajaan sejak 13 tahun yang lalu dan merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan permohonan saya.

“Tetapi yang menyedihkan tiba-tiba nama saya hilang dari senarai penerima bantuan seperti dimaklumkan oleh ketua kaum, saya tidak tahu dan siapa yang memotong nama saya dari senarai penerima bantuan PPRT“, jelasnya.

Rayuannya, saya dan isteri serta tiga orang anak yang masih bersekolah dengan sepenuh hati bahawa kami amat mengharapkan supaya mempertimbangkan semula kelulusan yang asal dan seterusnya dapat menerima bantuan PPRT.

Tinjauan Utusan Sarawak ke tempat diamannya di Kampung Gatas Bungai di kilometer 8 mendapat terlalu banyak keadaan yang telah rosak.