Selasa, 28 Julai 2009

PERSEDIAAN YANG RAPI... beginilah keadaan bilik mesyuarat Pusat Khidmat P.218 Sibuti yang telah dilengkapi dengan peralatan dan (gambar kecil) ialah Nazri Ahmad Lai ketika ditemui.


Pejabat Pusat Khidmat P.218 Sibuti

mula buka pada 31 Julai ini


UTUSAN SUBIS (BEKENU 28/7/2009) - Pusat Khidamat P.218 Sibuti menjemput orang ramai hadir pada hari Perasmian Pembukaan Pajabat Pusat Khidmat P.218 di Pekan Bekenu pada jam 2.15 petang Jumaat 31 Julai ini.

Jurucakap Pusat Khidmat P.218 Sibuti Nazri Ahmad Lai ketika ditemui berkata, Ketua-ketua Ranting Parti Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.61 Bekenu dan N.62 Lambir serta tiga lagi parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) serta kakitangan kerajaan tempatan adalah dijemput hadir pada majlis perasmian ini.

Katanya, Pejabat Khidmat ini diadakan di sini amat bersesuaian kerana inilah ikrar Ahli Parlimen P.218 Sibtui, Ahmad Lai Bujang untuk membela nasib rakyat dan di sini nanti kita dengan senang membuat kerja pemantauan ke kawasan kampung-kampung dan rumah-rumah panjang yang menghadapi masalah.

Dengan adanya sudah pusat khidmat ini sudah tentu memberi banyak manfaat kepada ahli-ahli parti PBB mengadakan mesyuarat dengan keadaan peralatan yang lengkap, malahan memberi banyak kemudahan kepada masyarakat datang menampilkan urusan pembangunan mereka bersama kakitangan di pejabat ini.

Jika wakil rakyat kita (Ahmad Lai) tidak mempunyai sebarang urusan penting dan persidangan parlimen di Kuala Lumpur maka beliau akan kerap kali berada di sini bersama kita dan ini mudah untuk masyarakat luar bandar berundingan dengan beliau, jelasnya lagi.

Lawatan Utusan Subis ke Pusat Khidmat P.218 Sibuti ini di bahagian tingkat dua bahawa bilik mesyuarat telah tersusun rapi dengan peralatan beberapa buah komputer, mesen fax dan telefon, satu bilik rehat khas dan pejabat Ahmad Lai Bujang.

Mana kala di tingkat bawah pula tersedia meja kerusi sebagai tempat penduduk menunggu untuk mendapat perkhidamtan daripada kakitangannya bagi mengurus persoalan yang akan disampaikan.