
Awang Tengah : RM120 juta untuk projek
pembangunan luar bandar
UTUSAN SUBIS (20 Julai 2009) - Sebahagian besar daripada peruntukan RM120 juta yang diterima oleh Kementerian Awam Sarawak telah diagihkan untuk projek bekalan air luar bandar Sarawak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan telah dilaksanakan.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang ditemui semasa hadir di Majlis Pemimpin bersama Rakyat sempena Makan Tahun 2009 anjuran bersama Persatuan Kedayan Sibuti dan JKKK Kampung Pejuang Kelulit pada 19 Julai 2009.
“Pelaksanaan projek-projek berkenaan kini dipantau oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Muda Bekalan Air negeri, Sylvester Entri Muran dan projek-projek berkenaan perlu disaipkan dalam masa dua tahun.
Langkah itu sejajar dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan pakej itu tahun lepas yang mahukan semua projek di bawah pakej berkenaan disiapkan dalam tempoh berkenaan” jelasnya.
Katanya, tender untuk projek-projek bekalan air luar bandar yang belum lagi dilaksanakan di bawah pakej ini sudahpun dikeluarkan dan dijangka bermula dalam tahun ini.
Pada majlis itu juga beliau telah menyalukan sumbangan sejumlah RM300 ribu sebagai naik taraf jalan kampung-kampung dan RM20,000 kepada Persatuan Kedayan Sibuti untuk menjalankan kegiatan aktiviti-aktiviti persatuan berkenaan.
Sementara itu, beliau juga mahu bekalan elektrik ke Kampung Kelulit dan kawasan terdekat akan dipercepatkan dan boleh diguna menjelang Ramadan ini.
Turut hadir bersama ialah Ahli Parlimen P. 218 Sibuti Ahmad Lai Bujang, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Mohd. Naroden Majais, Adun Bekenu Rosey Yunus, Adun Lambir Aidan Wing, Adun Telang Usan Lihan Jok dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Ripin Lamat.