Jumaat, 22 Januari 2010

Muhyiddin Yassin : Kawasan perniagaan Kampung Bakam akan dinaik taraf

UTUSAN SIBUTI (21/1/2010) – Penduduk Kampung Bakam yang menjalankan perniagaan di persisiran jalan pantai di sekitar kampung berkenaan hari ini mendapat resdu daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato Sri Muhyiddin Yassin dengan peruntukkan dinaik taraf kawasan perniagaan mereka.

Tan Sri Dato Sri Muhyiddin Yassin yang merangkap Menteri Pelajaran Melaysia berucap di Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam di sini berkata, kerajaan Barisan Nasional sangat menitik berat masalah dan sentiasa memberi keutamaan terhadap keperluan demi meningkat taraf hidup rakyat.

“Permohonan bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri N.62 Lambir Aidan Wing tadi yang tidak menjelaskan berapa peruntukkan diperlukan adalah merupakan satu tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat yang menitik berat terhadap rakyat”.

“Walaupun permohonan tanpa nilai kos ringgit dipohon daripada beliau (Aidan Wing), saya tetap juga membantu rakyat di sini, dengan ini saya meluluskan peruntukkan dari segi menaik taraf kawasan perniagaan sekitar Kampung Bakam ini”, jelasnya.

Katanya, dengan adanya naik taraf perniagaan di sini nanti maka sudan tentu penduduknya akan mudah menjalankan aktiviti perniagaan harian yang sejurusnya mampu menarik lebih ramai pelancong datang ke kawasan ini.

Berucap terlebih dahulu, ADUN Lambir Aidan Wing berkata bahawa Kampung Bakam sangat berpotensi menarik lebih ramai lagi pelancong datang ke sini terutamanya untuk menimati keindahan alam semulajadi air turjun tujuh tingkat di perhutanan Kampung Bakam ini.

Sementara itu, dengan siapnya Pusat Maklumat Bakam (PMB) dalam tempoh terdekat ini adalah sebagai memudahkan pelancong dalam dan luar Negara mendapat maklumat terperinci berkaitan sektor pelancongan di kawasan DUN Lambir ini, jelasnya.

Di samping itu, kita juga akan mendiri beberapa buah gerai untuk menjual barangan cenderahati yang dihasilkan oleh penduduk tempatan serta bermotifkan kraftangan pelbagai di negeri kita. Dengan adanya PBM nanti pelancong boleh menyewa bot serta beberapa kelengkapan lain untuk sukan marin seperti menyelam scuba dan melihat kecantikkan batu karang, tambahnya.

Turut hadir pada majlis ini ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Insdustri Datuk Jacob Dungau Sagan, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, kedua-dua timbalanya Tan Sri Alfred Jabu, Tan Sri George Chan, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Telang Usan Lihan Jok.