Selasa, 23 Jun 2009

RENCANA KEMASYARAKAT DI DAERAH LUNDU KUCHING

Oleh : Adum Liu
23 Jun 2009

PERNAH MAKAN HIDUPAN INI ?... Ini adalah ulat kayu bakau atau Kejumah gelaran yang dipanggil di Daerah Lundu, Kuching. (Gambar kecil bawah)…bahagian bulat seperti mata adalah merupakan kepada Kejumah dan bahagian bertulang dua merupakan ekornya.

Keunikkan dan keenakkan Kejumah

hanya di minda sendiri

KEJUMAH (temilok) mungkin tidak ramai yang tahu, jika disebut ulat kayu bakau mungkin ramai yang tahu keenakkan rasanya. Jika anda pertama kali melihat hidup-hidup ulat ini akan terasa geli dan takut untuk merasakannya dan apabila anda telah pertama kali merasa sudah tentu ingin untuk kali kedua.

Paling enak dimakan secara mentah yang diambil terus daripada kayu bakau yang baru dibelah. Ia juga boleh dimakan secara rebus campur daun bawang dan buat gulai pedas. Rasa Kejumah ini seakan-akan rasa kita menghirup telor separuh masak tanpa telor kuning.

Kalau ada terdapat di Tamu Pekan Lundu ia adalah dijual dengan harga RM12 setin susu junjung yang seberat 388g. Difahamkan bawaha bukan masyarakat Dayak sahaja gemar mala kaum Cina di Lundu juga gemar makan Kejumah ini kerana keenakkannya sukar dicari.

Pemandangan kawasan Bandang/Sempadi yang indah dilihat ketika menaiki bot di Batang Kayan, Lundu. (Gambar kecil bawah)…Kawasan bakau payah dan Ameng membelah kayu bakau mencari Kejumah.

Kejumah ini hanya banyak terdapat di kawasan hutan kayu bakau berpaya yang menerima fenomena alam semulajadi air pasang surut air sungai, pencarian Kejumah juga tidak begitu sukar kerana ia sentiasa ada di kayu bakau yang telah lama ditenggelami air.

Tetapi tidak semua kayu bakau yang telah lama tumbang selama 2 tahun juga mempunyai Kejumah, ia kerana bakau lama tumbang ini tidak kena pasang surut air yang menenggelamkan bakau berkenaan.

Cara menentukan kayu bakau yang mempunyai Kejumah ini ialah dengan memotong beberapa bahagian sahaja, jika terdapat lubang-lubang pada kayu bakau ini maka petanda adanya Kejumah di dalamnya, cuma kita tidak dapat pastikan berapa banyak di dalam sesebatang bakau itu.

Ameng Jaban, 40, dari Kampung Temelan Lundu, kerja-kerja mencari Kejumah ini tidak susah asalkan kita tahan berjalan kaki bejam-jam lama dan tahan memikul tong seberat 18 litter yang berisi Kejumah, memikul chainsaw dan kapak .

Kita juga kena tahan serangan nyamuk hutan kayu bakau berpaya, kena tahan merempuhi kawasan payah dalam dan jika kita mempunyai ketahan semua ini maka tiada sebab kita tidak memperolehi Kejumah sebanyak mana yang boleh.

Kerja mencari Kejumah ini amat seronok kerana ia secara tidak lansung cuba menguji ketahan fizikal kita dan hasrat yang tinggi untuk menikmati keenakkan rasa Kejumah yang dimakan secara mentah di dalam hutan.

HASRAT TERPANTUP…Pak Jaban (kanan) yang tidak sabar dengan keenakkan rasa Kejumah akhirnya dapat juga merasai untuk kali ke berapa ratusnya makan secara mentah.

TIDAK KETINGGALAN…Mak Liut (kiri) menunjukkan kayu bakau yang telah dibelah dan lama berendam dalam air masih kelihatan kuat cuma telah dimakan oleh Kejumah.

Jaban, 70-an (bapa Ameng) yang hanya berbekalkan sebilah kapak dan telah biasa dengan kawasan hutan kayu bakau berpaya mala kerja ini sejak usia muda dulu hingga sekarang tidak mempunyai sebarang masalah besar semasa kerja mencari kejumah, ini kerana semata-mata ingin menikmati rasa keunikkan Kejumah yang tiada tandingannya.

Liut, 60-an (ibu Ameng) juga sering kali tidak mahu ketinggalan bila mendapat tahu Ameng dan sepupu sebayanya Roben, 40, untuk kerja-kerja pergi mencari Kejumah, ini kerana ibunya sama juga dengan bapanya semata-mata ingin menikmati rasa keunikkan Kejumah yang tiada tandingannya.

GELI SEKEJAP…Penulis duduk di depan menunjukkan sudah tidak geli terhadap Kejumah ini sambil diperhatikan oleh Roben di belakang.

Jika anda pertama kali melihat hidupan ini, mungkin anda terasa geli dan takut untuk cuba memakannya….Begitulah dengan saya (Adum Liu/Penulis), pertama kali mendengar sebutan Kejumah dan Temilok tersangat hendak melihat lebih dekat dan menikmati rasa sebenarnya.

Apabila sampai di kawasan Bandang/Sempadi dengan menaiki bot di Batang Kayan, Ludun tempat ditujui. Ameng lalu membelah kayu bakau yang agak lama berendam air di kawasan payah dan terdapat beberapa ekor Kejumah.

Masa ini saya terkejut takut kerana fikirkan hidupan ini berbisa dan mengigit, mala dengan rasa takut dan geli buat pertama kali melihat akhirnya perasaan itu hilang kerana ingin mengetahui keunikkan dan keenakkan Kejumah ini.

PEKAN Lundu (gambar atas) kini semakin membangun dan mampu menjadi tarik penggunjung yang bertandang ke sini pada hujung minggu.

Melalui pengalaman kerja-kerja mencari Kejumah yang secara langsung dirasai oleh diri bersama keluarga terdekat ini tadi, adalah didapati Daerah Lundu ini memang harus dibuat program Homestay terutamanya di Kampung Temelan (8 kilometer dari Pekan Lundu).

Sepanjang perjalanan mencari Kejumah selama beberapa jam, kita boleh juga sambil-sambil itu mencari hidupan lain seperti mencari Lokan dengan menghiris parang di kawasan payah dan pelbagai jenis siput yang enak dimakan. Ingin tahu? Sila datang berkunjung ke Daerah Lundu dan kehadiran anda pasti lebih mencabar bila mengikuti program kerja mencari Kejumah.