Ahad, 21 Julai 2019


BOMBA keluarkan ular sawa 

sembunyi di bawah kereta



21 Julai 2019 [Adum Liu] ~ Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) mengambil masa 20 minit untuk menarik keluar ular sawa yang berada di bawah sebuah kenderaan jenis TOYOTA di sini pagi semalam.



TARIK… Salah seorang anggota bomba berusaha menarik seekor ular sawa yang berada di bawah kenderaan di Lot 1933, Jalan Akasia 3 pada pagi semalam.

 
PBKII Abang Muhammad Fhazil, pelapor kejadian yang hanya dikenali sebagai Jessica bahawa pada jam 11.02 pagi telah menghubungi pihak bombak tentang seekor ular sawa berada di bawah kenderaan pelapor.


Katanya, sekumpulan enam anggota bomba tiba di lokasi kejadian iaitu di Lot 1933, Jalan Akasia 3,  Miri telah temui seekor ular sawa berada dibahagian bawah kenderaan tersebut.

Anggota bomba bertindak menggunakan penjerut ular untuk menangkap ular tersebut dan berjaya dikeluarkan pada jam 11.22 pagi.

Ular sawa yang ditangkap itu dilepaskan ke habitat asal di kawasan Hutan Canada Hill di sini oleh pihak bomba, jelasnya.

*** BERJAYA…. Anggota bomba yang berjaya menangkap ular sawa turut dikatakan akan dilepaskan ke habitat asal di kawasan Hutan Canada Hill di sini.



Gambar rakam Festival Jazz Borneo Ke-14 pada 19 Julai 2019 di Coco Cabana Miri





***Kumpulan Fox Capture Plan (FCP) Rock Jazz Jepun ketika membuat persembahan pertama di Festival Jazz Borneo (FJB) Ke-14 pada 19 hingga 21 Julai berjaya memukau peminat FJB di Coco Cabana Miri. Mereka berjaya rai Anugerah Jazz Japan dan dimainkan di pelbagai festival seperti Tokyo Jazz Festival, Fuji Rock Festival, Blue Note Tokyo dan Summer Sonic. 



***SEMALAMI ALUNAN… Wajah seni Jepun Hidehiro Kawai (Double Bass) dan Tsukasa Inoue (Drum) bergabung dalam menyelami alunan muzik Jazz Jepun yang memukau peminat Festival Jazz Borneo semalam. 







*** Ryo Kishimoto pemain piano Fox Capture Plan dengan gaya sendiri ketika membaut persembahan di Festival Jazz Borneo semalam. 

***TERPESONA…. Para peminat ketika dibuai kedamaian muzik jazz dan terpesona ketika menyaksikan persembahan daripada beberapa kumpulan band luar negara pada Festival Jazz Borneo di Coco Cabana malam semalam. 


***WARNA WARNI…. Persembahan daripada salah sebuah kumpulan yang mantap yang dirakam dari tingkat atas ini menyaksikan orang ramai berkunjung ke Festival Jazz Borneo Ke-14 di Coco Bacana malam semalam.







***HEBAT… Persembahan oleh Joe Balanjiu Jr yang merupakan penyanyi, penulis lagu dan pelakon dari Sino-Kadazan dan keturunan Filipina-Sepanyol yang tinggal di Kota Kinabalu turut tidak ketinggalan untuk sertai Festical Jazz Borneo semalam.





***ORANG KITA… Clinton Jerome Chua (Miri Sarawak), penerima anugerah ‘Juara dan Persembahan Terbaik’ pada Pertandingan JBL Rising Star turut membuat persembahan terbaiknya di Festival Jazz Borneo di sini semalam.


RAMSI… Datuk Lee Kim Shin memukul gong sebagai majlis perasmian Festival Jazz Borneo sambal diperhatikan oleh Evelyn Hii dan Angelina Bateman di Coco Cabana di sini semalam.

FJB tingkat kesedaran alam sekitar

21 Julai 2019 [Adum Liu] ~ Festival Jazz Borneo ke-14 yang bermula 19 hingga 21 Julai sebagai landasan untuk meningkatkan kesedaran pentingnya melindungi alam sekitar untuk pelancongan, kata Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin di Coco Cabana semalam.

Katanya, Uniknya, festival kali ini menampilkan empat inisiatif baharu iaitu No Plastic Campaign dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM), bengkel reka bentuk kreatif 'Upcylce Plastic' anjuran Fakulti Seni dan Rekacipta Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Sehubungan itu, ia juga melaksanakan pelancongan bertanggungjawab semasa festival dengan menggalakkan penonton tidak menggunakan plastik dan meningkatkan kesedaran pengurusan sisa buangan semasa festival dan acara mesra keluarga.

“Antara yang menarik di sini ialah banyak minuman dan makanan dijual di gerai-gerai semasa festival.

"Justeru saya nasihatkan penonton agar membawa botol minuman sendiri kerana terdapat kemudahan water dispenser di Coco Cabana," katanya.

Acara tahunan kali yang dikendalikan berskala besar mensasarkan pengunjung seramai 4,000 orang.
Festival kali ini menampilkan lebih 20 artis luar negara antaranya dari Shanghai, Jepun, Amerika Syarikat, Belanda, Itali, Mexico, Brunei dan Malaysia termasuk artis tempatan.




Festival berkenaan turut mendapat liputan meluas sekitar 50 media dari Jerman, Jepun, Indonesia, India, United Kingdom, blogger, pemuzik dan media tempatan.

Lee turut mengalu-alukan kedatangan artis dan penonton dari negara jiran seperti Brunei dan Indonesia yang menyaksikan festival tersebut.

Borneo Jazz adalah milik sepenuhnya Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan kali ini dianjurkan syarikat pengurus acara No Black Tie dengan kerjasama Kementerian Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

Hadir sama semasa sidang media Pengarah Festival dan Pengasas No Black Tie, Evelyn Hii dan Pengarah Acara dan Hubungan Korporat Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Angelina Bateman serta tetamu lain.