Isnin, 29 Jun 2009

Berita bergambar…..

TERIMA KASIH KERAJAAN… Para penduduk dari beberapa buah rumah panjang kawasan P.218 Sibuti/N.61 Bekenu yang menerima bantuan wang ihsan di Pajabat Daerah Kecil Sibuti pada pagi tadi. (Gambar bawah) Kelihatan Tr. Enteri ak Belawan dari Rumah Panjang Sungai Tiris Bekenu sedang menunggu wang ihsan daripada kakitangan Pejabat Daerah Kecil Sibuti, Encik Hamdan Mee. - Foto: Adum Liu (29/6/2009)

Oleh : Adum Liu
29 Jun 2009

Banjir besar Sarawak:

Wang ihsan bukti keprihatinan kerajaan

UTUSAN SUBIS (MIRI 29/6/2009) – Wakil rakyat P.218 Sibuti dari PBB dan ADUN N.61 Bekenu dari SPDP berkerjasama dalam mengatasi masalah yang dialami rakyat semasa banjir melanda pada awal tahun.

Parlimen Sibuti P.218 Ahmad Lai Bujang yang dihubungi ketika sesi mesyuarat di Pejabat Parlimen di Kuala Lumpur hari ini berkata,wang ihsan banjir yang disalurkan kepada penduduk kampung-kampung dan rumah-rumah panjang kawasannya adalah membuktikan keprihatinan kerajaan yang sentiasa berusaha meringankan beban rakyat.

“Pengagihan wang ihsan buktikan menunjukkan bahawa kerajaan berpegang dan mengotakan janji-janjinya kepada rakyat yang menghadapi masalah, khasnya golongan yang dilanda bencana.

Sumbangan wang ihsan banjir ini bukanlah ganti rugi kerajaan terhadap musibah yang menimpa rakyat. Sebaliknya, rakyat harus faham bahawa bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban mereka yang ditimpa bencana banjir awal tahun ini,” katanya.

Katanya, bantuan ini dibahagikan kepada dua kategori. Pertama ialah rumah ditenggelam akibat banjir dan penghuni dipindah ke sesebuah Pusat akan menerima bantuan RM500 dan rumah yang banjir yang masih boleh ditinggal rumah mereka hanya menerima RM300. Kategori kedua, mereka yang hilang dan musnah ternakan dan lading-ladang akibat banjir dibantu sejumlah RM1000.

Katanya, bagi mereka yang mengalami kemusnahan dan tidak menerima bantuan serta tidak membuat laporan kepada Jabatan Pertanian semasa banjir dulu adalah dinasihatkan supaya bersabar kerana beliau sedang berusaha merayu bantuan ini kepada kerajaan Pusat.

Dalam perbualan menerusi panggilan tadi, beliau tidak berjanji apa-apa mengenai bantuan ini kepada mereka yang terlibat dalam banjir kerana beliau sedang meneruskan rayuan kepada Kerajaan Pusat dan kerja-kerja mengenai pasti mereka yang tertinggal akan dikenal pasti dengan terperinci oleh Pejabat Daerah Kecil Bekenu diketuai oleh SAO dibantu oleh ketua-ketua kaum kelak.

ADUN N. 61 Bekenu, Rosey Yunus ketika dihubungi hari ini berkata, bantuan wang ihsan daripada kerajaan adalah menunjukkan kerajaan sentiasa bersikap prihatin akan kesusahan rakyat yang memerlukan.

Di samping itu, pengalibatan Agensi kerajaan dalam membantu semasa kesusahan rakyat juga jelas bahawa kerajaan sentiasa mengambil peduli rakyat yang susah dan bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa kira kaum yang berunsur konsep 1 Malaysia.

Oleh itu, kerjasama dan sokongan daripada setiap lapisan masyarakat harus kekalkan, dengan kekekalan akan menjadi kita lebih teguh dan maju di masa akan datang.