Jumaat, 7 Ogos 2009


SUMBANGAN IHSAN… Gerak Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Cawangan N.61 Bekenu yang diketuai oleh Ketua Pemuda Kaunselor Yussof Bujang bersama jawatankuasanya telah mengadakan aktiviti sosial kerohanian kemasyarakatan dengan menyumbangkan bekalan keperluan harian kepada Liman Marali,57, mangsa kebakaran di Kampung Selanyau Bekenu baru-baru ini.

Majlis penyampaian sumbangan ihsan ini telah disampaikan oleh Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang kepada Liman Marali ini dijalankan di Pusat Khidmat P.218 Sibuti semalam. Turut kelihatan di sini ialah Kaunselor Yussof Bujang (tiga kanan).

TERIMA KASIH…Ahmad Lai Bujang (kiri) menerima cenderahati daripada Pemangku Pengarah RELA Sarawak John Gila.


NKRA diharapkan sampai di kumpulan sasaran


UTUSAN SUBIS (/8/2009) - Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang sangat berharap enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan sampai kepada kumpulan sasaran terutamanya penduduk kawasan luar bandar di P.218 Sibuti ini.


Katanya, dengan gabungan Gelombang Ke-2 Negeri Sarawak dan NKRA ini kita akan melihat sedikit masa lagi Sarawak akan setanding maju dengan negeri-negeri di Malaysia ini.


Dengan ini, kita perlu memberikan kepercayaan penuh terhadap kerajaan dengan menyokong polisi yang mampu memberi jaminan pembangunan sosial dan ekonomi agar penduduk luar bandar memperoleh segala faedah melalui NKRA ini.


“Menyentuh mengenai (NKRA) kemudahan infranstruktur, penduduk kawasan P.218 Sibuti ini amat jauh dari bandar dan kepentingan kemudahan seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan-jalan amat diharapkan sampai ke sekolah-sekolah.


Kemudahan asas tersebut amat penting dan sampai di sekolah-sekolah di sini kerana sekolah merupakan tempat utama melahirkan generasi baru yang bakal mencorak mengharumkan nama baik negera di persandar dunia pada masa akan datang”, tegasnya.


Beliau yang ditemui di Majlis Serah / Terima Tugas Kawalan Keselamatan Depot Tahanan Sementara Imigresen Bekenu semalam, kemudahan asas berkenaan juga harus sampai ke kampung-kampung dan rumah-rumah panjang supaya masyarakat luar bandar akan rasa apa yang dirasai oleh masyarakat di bandar.


Selain itu, kita juga berterima kasih kepada Kerajaan Pusat dan Negeri yang telah banyak dan cuba memberi bantuan dalam bidang pertanian, kesihatan dan kemudahan-kemudahan yang telah disalurkan kepada rakyat.


Kita amat bertuah dengan adanya gabungan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib) dan kabinet baru dan Ketua Menteri Sarawak (Pehin Abdul Taib Mahmud) yang sentiasa memberi perhatian penuh terhadap pembangunan dan kemajuan rakyat di era baru dan Gelombang Ke-2 Negeri Sarawak.


Terdahulu pada ucapan majlis ini, beliau amat bangga dengan kerjasama di anatara RELA dan pihak Depot Tahanan Imigresen Bekenu selama dua tahun RELA menjalankan tugas telah menjalan tugas dengan cemerlang demi keselamatan kawasan ini.


Selepas ini nanti, pegawai-pegawai dan pihak pengurusan Depot Tahanan Imigresen Bekenu akan bertambahlah tugas masing-masing, maka berharap mereka dapat berkerjasama dalam menjalankan tugas demi keamanan dan keselamatan kawasan kita dapat terjaga.


Turut hadir pada majlis ini ialah Pengarah Imigresen Sarawak Datu Robert Lian, Pemangku Pengarah RELA Sarawak John ak Gila dan kakitangan kerajaan tempatan.


Encik Termizie Alwi (dua kanan) ketika melawat kawasan projek yang musnah
Encik Rahim Jamil yang sedang berusaha untuk memadam api bawah tanah


Kebakaran : Skim Taman Penduduk Kampung Kelulit musnah


UTUSAN SUBIS (7/8/2009) - Projek Jabatan Pertanian yang telah disalurkan kepada penduduk Kampung Kelulit melalui pelbagai skim bantuan tanaman lebih 2 juta ringgit beberapa tahun lalu kini separuh daripadanya telah musnah ekoran kebakaran yang tidak dapat terkawal.


Pegawai Pertanian dari Jabatan Pertanian Bekenu, Termizi Alwi ketika mengadakan lawatan bersama penduduk kampung ke tapak projek berkata bahawa kira-kira 1000 ekar kawasan projek telah musnah dan dianggarkan pendudk kampung menanggung rugi lebih sejuta ringgit dalam kebakaran yang tidak dapat dikawal itu.


“Sebelum Jabatan Pertanian membangunkan kawasan tersebut, bahawa kawasan ini awal dibuka oleh pihak Jabatan Saluran dan Perparitan membuat parit dan jalan supaya penduduk kampung senang menjalankan aktiviti permulaan pertanian kira-kita pada tahun 1991 yang lalu.


Selepas semua kerja perparitan dan jalan siap, maka penduduk kampung telah memohon skim bantuan tanaman kelapa dan berjaya, selepas itu mohon projek kolam dan permohonan serta bantuan ini telah disalurkan pada tahun 1995“, jelasnya.


Semenjak kejayaan berusaha dalam pertanian yang ditunjukkan oleh penduduk kampung sekali lagi mereka memohon skim tanaman buah-buahan (rambutan, limau, nenas, durian dan pelbagai jenis buah) dan disusuli dengan tanaman petai. Dan semua usaha kampung juga berjaya, jelasnya.


Kampung Kelulit yang mempunyai dua pembahagian kampungnya iaitu Kelulit Padang dan Kelulit Pejuang boleh dikatakan sangat memerangsangkan yang mempunyai kawasan tanah luas akhirnya penduduk di sini beralih untuk tanaman kelapa sawit.


Katanya, walaupun mereka telah menyeburi tanaman sawit tetapi mereka tidak pernah lupa projek bantuan daripada Jabatan Pertanian dan mereka masih lagi mengusahakan kebun-kebun buahan dan petai mereka.


Ramai daripada penduduk di sini telah membeli benih sawit sendiri dan terdapat juga mereka memohon bantuan benih daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Miri) dan separuh daripada telah mengeluarkan hasil.


Penduduk Kampung Kelulit, Sahi Ahad, 50-an, ketika ditemui di tapak projek kebun mereka telah merasa sangat gelisah yang nangis dalam hati berkata, kejadian ini telah berlaku pada petang semalam sedikit demi sedikit yang akhirnya menjadi tidak dapat dikawal hingga musnahkan tanaman.


“Kami amat sedih melihat kelapa sawit yang baru sahaja hendak dituai hasilnya tiba-tiba api yang dahulu datang menuai hasil kami, kami hanya mampu berputih mata kerana api tidak dapat dilawan.

Walau pun seberapa ramai anggota bomba datang menyelamat pasti tidak dapat dipadamkan kerana kawasan kebun sawit dan tanaman di sini di tanam di tanah gambut di mana api marak di bawah tanah berkenaan, memang sukar dipadam“, jelasnya dengan kegelisahan.


Kita hanya mampu berserah kepada yang maha kuasa, minta hujan lebat seharian mencurahi kebun kami maka pasti semua akan selamat, tambahnya lagi.


Di kampung ini terdapat lebih 200 penduduk telah bergiat dalam bidang pertanian di mana jabatan kerajaan kita juga telah banyak menghulurkan bantuan kepada projek-projek yang kami laksanakan kini dan kini semuanya hampir musnah dan tidak tahu lagi keadaan pada esok hari.

TERIMA KASIH... Rosey Yunus menyampaikan peruntukkan MRP kepada Ketua Kumpulan Wanita Kampung Angus Bekenu sambil diperhatikan oleh Kaunselor Sebastian Janting (2 kanan).

20 pertubuhan terima MRP

UTUSAN SUBIS (7/8/2009) - Dua puluh pertubuhan rumah panjang dan kampung kawasan N.61 Bekenu gembira menerima peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus di Majlis Daerah Subis (MDS) di sini semalam.



Katanya, peruntukkan MRP kegunaan perbadanan kampung, rumah panjang seperti jawatankuasa keselamatan kemajuan kampung, rukun tetangga, lembaga pengelola sekolah, kumpulan wanita, PIBG sekolah dan individu (mangsa bencana) ialah sebagai usaha kerajaan membantu meringankan bebanan semasa mereka menjalankan aktiviti di kawasan masing-masing.



“Peruntukkan MRP ini adalah disalurkan oleh kerajaan negeri selepas menerima permohonan dari sesebuah perbadanan, mana kala MRP bencana pula merupakan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat dalam kesusahan seperti kebaran rumah dan kediaman musnah ekoran banjir.



Dengan adanya bantuan yang telah diterima ini, saya berharap supaya gunakan dengan sebetul-betul jangan untuk mengendalikan aktiviti yang berfaedah kepada penduduk masing-masing“, jelasnya.



Katanya, bantuan MRP seumpama ini yang dapat kita salurkan adalah tidak besar hanya jumlah yang kecil sebagai membantu mana-mana perbadanan yang telah memohon MRP ini yang bertujuan kerajaan kerjasama membantu menjayakan aktiviti yang masyarakat hendak adakan di sesuatu masa.



Antara 20 perbadanan dan individu yang menerima MRP ialah JKKK Kampung Dagang, Niah, Rh Agap, Rh Selan,Rh Danggang, Rh Paong, Tanjung Melipat, Kampung Lajong, Rh Empading dan Rh Lingu, Rukun Tetangga Niah, Batu Niah Charitable, Bekenu Charitable Trust Board, Budhist Association (Batu Niah), RELA Niah, Kumpulan Wanita Kampung Angus, PIBG SMK Luar Bandar Miri, SK Kampung Bulau, Kampung Pejuang, Lembaga Pengelola Chung Hua Sibuti, dan Mangsa kebakaran Kampung Selanyau (Liman bin Merali).



Turut hadir pada Majlis Penyerahan MRP ialah Pengerusi SPDP Canwangan N.61 Bekenu Kaunselor Sebastian Janting, Kaunselor Sulaiman Ahmad dan ketua-ketua kaum Bekenu dan Batu Niah.