Jumaat, 21 Ogos 2009


MUSNAH... Beginilah keadaan rumah Lipat Engki yang runtuh dan habis harta benda musnah.


Rumah ibu tunggal runtuh dan tiga cucu

terselamat dalam timbun kayu-kayu


UTUSAN SUBIS (21 Ogos 2009) – Sebuah keluarga dengan lima orang ahlinya yang terperangkap dalam rumah terselamat dalam kejadian rumah runtuh pada tengah hari semalam di kilometer 1 dari pekan Batu Niah.


Mangsa Lipat ak Engki, 57, ketika ditemui menceritakan bahawa dia terdengar dua bunyi aneh (kayu patah) dan dalam beberapa saat sahaja beliau dan anaknya serta tiga cucunya telah ditimbus rumah.


“Saya berasa bersukur kerana tiga cucu saya, Elysia Ruran, 2, Baggio Lian, 5, dan Lanmelly Rinai, 8,tidak mengalami kecederaan semasa keruntuhan berlaku, cuma anak perempuan saya Catherine Ranggi, 38 mengalami cedera kecil bahagian kaki kanan.

KESAKITAN... Lipat (duduk) menunjukkan kecederaan di bahagian kaki kanannya. Mana kala Catherine Ranggi hanya cedera kecil juga di bahagian kaki kanan.


Saya yang berapa di bahagian belakang rumah ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa hanya turut sahaja dibawa runtuhan dan terperangkap menahan kesakitan pada di bahagian belakang dan kaki”, jelasnya.


Katanya, ketika saya berada dalam timbunan runtuhan itu hanya mampu berdoa kesemua ahli keluarga saya selamat sahaja.


Lipat dan anak perempuannya Catherine masing-masing merupakan ibu tunggal yang bergantung pada hasil kebun untuk menyara hidupan harian mereka.


Punca kejadian rumah runtuh ini belum diketahui lagi, kesemua harta benda di dalam rumah musnah.

SETINGGI-TINGGI DIUCAPKAN
TERIMA KASIH


DI ATAS KESUDIAN LAWATAN KERJA
KE KAWASAN P.218 SIBUTI
DI KAMPUNG TIRIS, BEKENU
PADA 20 OGOS 2009


KEPADA

YANG BERHORMAT
Datuk Seri Haji Mohd. Shafie
Bin Haji Apdal

Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah Malaysia


DARIPADA


YANG BERHORMAT
TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG

AHLI PARLIMEN P.218 SIBUTI

DAN

KAKITANGAN
PUSAT KHIDMAT P.218 SIBUTI


"RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"


RASMI... Datuk Seri Shafie Apdal (tengah) ketika merasmikan jambatan melalui projek pembangunan kerajaan. Turut hadir Tuan Haji Ahmad Lai (3 kiri), Datuk Gramong Juna (3 kanan), Rosey Yunus (2 kiri) dan Ripin Lamat (2 kanan).

Datuk Seri Shafie Apdal:
KKLW dalam proses kumpul data


UTUSAN SUBIS (21 Ogos 2009) Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia sedang dalam proses menggumpul data untuk melaksanakan beberapa lagi projek kepada kumpulan asar yang menjadi keperluan di luar bandar Sarawak.

Datuk Seri Shafie Apdal berkata ini bagi memastikan pelaksanaan projek itu di bawah peruntukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dapat memberikan implikasi besar kepada penduduk di Sarawak malahan juga di Sabah sama mendapatkan peruntukkan RM2 billion.
BEGINI CARA LEBIH BERHASIL... Datuk Seri Shafie Apdal etika mengadakan lawatan ke SK Beliau Ahad di Kampung Tiris.

Katanya di bawah NKRA, sebanyak RM2 bilion disediakan khusus bagi membangunkan jalan luar bandar dan jalan kampung yang keseluruhannya dianggar sepanjang 1,500 kilometer di negeri ini. Sebanyak RM750 juta lagi turut diperuntukkan untuk pembangunan bekalan air bersih di kawasan penempatan luar bandar di Sarawak, katanya dan menurutnya kemudahan itu bakal turut dinikmati oleh kira-kira 2,000 penduduk Kampung Tiris Bekenu.

Dalam ucapannya sebelum itu, Mohd Shafie meminta rakyat di luar bandar negeri ini supaya bersabar menanti pelaksanaan projek-projek ini disiapkan.

Katanya beliau secara peribadi akan memastikan pelaksanaan projek terlibat akan mengikut jadual dan meminta wakil rakyat sentiasa memberikan maklum balas terkini berkenaan perkembangan semasa pembangunan di kawasan masing-masing.
NAMA BERITA NUAN? Datuk Seri Shafie Apdal yang sempat mengadakan lawatan singkat ke Rumah Panjang Entrie Tiris.

Selain itu, katanya kontraktor yang telah diamanahkan untuk melaksanakan projek berkenaan perlu memastikan kerja mereka siap mengikut jadual dan memenuhi kualiti kerja yang ditetapkan.

Di Kawasan P.218 Sibuti (Kampung Tiris) bahawa 7 kawasan menerima pembangunan ini ialah Kampung Masjid, Pintasan, Tunah, Panyang, Tunah, Buihneh dan Rumah Panjang Enteri Blawan.

Turut hadir ialah MP P.218 Sibuti, Tuan Haji Ahmad Lai Bujang, Menteri Muda Pembangunan Sarawak Datuk Gramong Juna, Adun N.61 Bekenu Rosey Yunus, Setiausaha Politik Ketua Menteri Ripin Lamat dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan.
Tahniah...Masyarakt P.218 Sibuti bertuah kerana suara kalian (penduduk Sibuti) disampaikan YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang mendapat restu dan membuahkan hasil dengan terperuntuknya jutaan ringgit untuk Projek Jalan, Bekalan Air Bersih dan Pembaikkan Saluran Elektrik di kawasan Kampung Tiris. Memang benar suara YB P.218 Sibuti lantang didengarkan kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia Datu Seri Shafie Apdal (kiri) dan Tuan Haji Ahmad Lai Bujang (kanan) ketika sidang media di Tiris pada 20 Ogos 2009.


Datuk Seri Shafie Apdal :
Bising YB P.218 Sibuti di persidangan
parlimen membuahkan hasil


UTUSAN SUBIS (21 Ogos 2009) - Masyarakat P.218 Sibuti sangat bertuah kerana mempunyai seorang wakil rakyat yang benar-benar berjiwa rakyat dalam membela nasib rakyat kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia Datuk Seri Haji Mohamad Safie Haji Apdal.


“Wakil rakyat P.218 Sibuti, Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang selalu bising pada persidangan parlimen, bising beliau adalah sebagai membela nasib rakyat di sini sebagai mana yang dikehendakkan rakyat sendiri.


Beliau telah banyak kali bising menyuarakan pelbagai masalah dan kekurangan kemudahan seperti mengenai permohonan bekalan air bersih, bekalan elektrik, jalan raya sebagai yang dihantar oleh rakyat di sini“.

PENGHASILAN BISING... Ini dia hasil penduduk tempatan untuk Datuk Seri Shafie Apdal setelah menterinya menyampaikan permohonan rakyat telah diluluskan dan sabar nantikan bekalan bair ersih, jalan raya lebih sempurna dan elektrik dalam masa setahun dua ini.


Katanya, suara rakyat P.218 Sibuti bukan sahaja didengar di Sarawak tetapi secara langsung juga didengar oleh para ahli Parlimen yang sama turut hadir pada sesi persidangan Parlimen.


Bising Tuan Haji Ahmad Lai Bujang di persidangan parlimen untuk berkali-kali dan tengoklah hasilnya pada 20 Ogos 2009 bahawa kawasan Tiris yang terdiri 6 kampung dan sebuah rumah panjang telah mendapat peruntukkan yang besar untuk bekalan air bersih, jalan raya dan bekalan elektrik disempurnakan lagi.


Tuan Haji Ahmad Lai memang seorang yang bekerja keras dan jujur menjalankan tugas demi kepentingan rakyat yang berbilang kaum di P.218 Sibuti. Maka rakyat di sini harus memberi sokoangan padu kepada beliau yang kini bersama Kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional.