Isnin, 15 Julai 2013





Berita jarang kita dengar
Ibu dan anak mati serentak 
selang beberapa saat


SAYANG SEORANG AYAH…. Jenak (bapa) yang menangis kesedihan melihat anaknya Umpur yang mati mengejut di berek SMK Luar Bandar Miri setelah balik dari Miri pada pagi tadi.

Bekenu (15/7/2013) - Isteri dan anak lelaki seorang tukang masak mati serentak selang beberapa saat di sebuah berek sekolah selepas mereka pengsan sehingga membawa maut kepada anak beranak tersebut pada tengah hari tadi.

Tukang masak yang dikenali Jenak, 50an ketika ditemui dikediamannya berkata, kejadian menimpa kedua-dua mereka iaitu Daoh Anak Ubam, 53 tahun (isteri) dan Umpur Jenak, 38 (anak lelaki) belum diketahui lagi.

Katanya, anaknya (Umpur) yang merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat pelantar minyak di Miri telah cuti seminggu dan tinggal bersama di berek Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar Miri (SMK) ini.

Sebelum kejadian ini, Umpur dan ibunya (Daoh Ubam) tidak terdapat sebarang tanda yang pelik. Kejadian ini sangat menyedihkan kerana Umpur baharu sahaja balik dari Miri dan pengsan sekitar jam 11.30 pagi dan meninggal dunia.

Dalam beberapa saat selepas Umpur meninggal dunia, ibunya pula turut pengsan dan meninggal dunia di kediaman kerana terkejut melihat keadaan Umpur telah tidak bernyawa.

Sehubungan itu, melihat ibu Umpur pengsan dan tidak bernyawa lagi, saudara berdekatan terus mengejarnya ke Klinik Desa Simpang Bekenu namun telah terlambat dan tidak dapat diselamatkan, tambahnya.

Sementara itu, saudara terdekat ketika ditemui berkata, pengsan sehingga membawa maut kepada isteri Jenak adalah dipercayai kejutan dan dia (Daoh) juga mempunyai penyakit darah tinggi.

Kedua-dua mayat ibu dan anak dibawa pulang ke rumah mereka di Tudan, Miri untuk menanti kedatangan saudara terdekat sebelum disemadikan di sebuah perkuburan yang belum dipastikan.