Ahad, 24 Januari 2010

RASMI... Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menurunkan tandatangan sebagai tanda rasminya sudah SK Bakam, Miri.

Kerajaan setuju wujud bilik darjah prasekolah di rumah panjang di Sarawak

UTUSAN SIBUTI (24/1/2010) – Kerajaan setuju wujud bilik darjah prasekolah di rumah-rumah panjang demikian kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengadakan lawatan ke Sarawak baru-baru ini.

Beliau yang merangkap Menteri Pelajaran (M) berkata, kerajaan akan melatih guru-guru di kalangan anak-anak yang terpelajar di rumah panjang negeri ini sebelum mereka ditempatkan untuk mengajar anak-anak prasekolah di ru-mah panjang.

“Uusaha itu akan dilakukan berperingkat-peringkat memandangkan ia membabitkan masalah hubungan pengangkutan di rumah panjang. Sementara itu, kita akan kenal pasti 300 bilik darjah baru (di sekolah) di seluruh negara mulai tahun ini untuk tujuan tersebut,”

“Kerajaan akan mengenal pasti keutamaan sekolah terutamanya bagaimana untuk memperbaiki sekolah-sekolah yang usang dan yang sering dilanda banjir,” jelasnya.

Katanya, Kerajaan dan Kementerian Pelajaran amat berbangga kerana rakyat di negeri ini menunjukkan minat yang tinggi terhadap pendidikan yang bermakna orang Sarawak tahu mengenai kepentingan pendidikan.

Mengenai lawatan kerjanya, beliau cukup berpuas hati memandangkan program yang dijalankan berjalan dengan baik terutamanya pembangunan yang berlaku di Sarawak.

Hadir bersama lawatan Timbalan Perdanan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kebahagian utara Sarawak ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Insdustri Datuk Jacob Dungau Sagan, Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, kedua-dua timbalanya Tan Sri Alfred Jabu, Tan Sri George Chan, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Telang Usan Lihan Jok.

TERIMA KASIH BARISAN NASIONAL...Tr James Biri yang menerima peruntukkan RES daripada Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang (kiri) dan sambil diperhatikan oleh ADUN Lambir Aidan Wing (tengah) pada baru-baru ini.


Penduduk 3 Rumah Panjang Ulu Sibuti Tidak Tuntut Pampasan


UTUSAN SIBUTI (24/1/2009) – Tiga rumah panjang dari Ulu Sungai Sibuti yang telah mendapat peruntukkan bekalan elektrik daripada kerajaan semalam telah berikrar tidak menuntut pampasan terhadap sebarang penebangan pokok sawit mereka.


Pengikrar ini dinyatakan oleh Tr. James Biri, Tr Lani Bujang dan Tr Suyong Belun demi mendapat membangunan Pembekalan Elektrik Luar Bandar (RES) yang diidam-idamkan selama ini.


Ikrar ini telah sebulat suara dikeluarkan oleh ketiga-tiga tuai rumah berkenaan pada mesyuarat dengan Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat di Miri yang turut hadir bersama ialah Ahli Parlimen P.218 SIbuti Ahmad Lai Bujang dan ADUN Lambir Aidan Wing dan wakil syarikat Citra RT.


Pembangunan bekalan elektrik ini akan dikendalikan oleh syarikat Citra RT yang memerlukan sebanyak 162 tiang elektrik untuk ke ruma-rumah panjang berkenaan, perlaksanaan projek ini juga terpaksa menebang pokok sawit dan pokok buahan sepanjang 8 km.


*************************************************************************************

SUPP anjur malam kebudayaan Tahun Baru Cina 2010


UTUSAN SIBUTI (24/1/2009) Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan N.61 Bekenu akan menganjurkan Malam Kebudayaan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2010 pada 23 dan 26 Februari depan di pekan kecil Bekenu.


Jurucakap SUPP Bekenu ketika ditemui hari ini berkata, penganjuran Malam Kebudayaan ini juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Muzik dan Sukan Sibuti bagi menjayakan suasana lebih meriah pada malam itu nanti.


Katanya, antara yang menarik pada malam berkenaan ialah Pertandingan Karaoke Terbuka Subis yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak. Borang boleh didapati di pejabat SUPP (085-719108) di Bekenu dan Batu Niah.


Pertandingan saringan akan bermula pada 23 Februari di Dewan SJK Chung Hua Sibuti dan pertandingan akhir akan diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Majlis Daerah Subis (MDS) pada malam 26 Februari.


Johan untuk kategori dewasa akan menerima wang tunai RM300 bersama sebuah piala dan tempat kedua (RM200), ketiga (RM100) dan keempat (RM50). Bagi kategori kanak-kanak johan akan menerima RM100, kedua (RM80), ketiga (RM50) dan keempat (RM30).


Pada malam akhir juga akan menampilkan beberapa penghibur tempatan dalam penyampaian lagu Bahasa Melayu dan persembahan pelbagai tarian suku kaum.


Turut hadir pada malam berkenaan ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang dan ADUN Lambir dan Bekenu (Aidan Wing dan Rosey Yunus) dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan.

Jumaat, 22 Januari 2010

Muhyiddin Yassin : Kawasan perniagaan Kampung Bakam akan dinaik taraf

UTUSAN SIBUTI (21/1/2010) – Penduduk Kampung Bakam yang menjalankan perniagaan di persisiran jalan pantai di sekitar kampung berkenaan hari ini mendapat resdu daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato Sri Muhyiddin Yassin dengan peruntukkan dinaik taraf kawasan perniagaan mereka.

Tan Sri Dato Sri Muhyiddin Yassin yang merangkap Menteri Pelajaran Melaysia berucap di Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam di sini berkata, kerajaan Barisan Nasional sangat menitik berat masalah dan sentiasa memberi keutamaan terhadap keperluan demi meningkat taraf hidup rakyat.

“Permohonan bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri N.62 Lambir Aidan Wing tadi yang tidak menjelaskan berapa peruntukkan diperlukan adalah merupakan satu tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat yang menitik berat terhadap rakyat”.

“Walaupun permohonan tanpa nilai kos ringgit dipohon daripada beliau (Aidan Wing), saya tetap juga membantu rakyat di sini, dengan ini saya meluluskan peruntukkan dari segi menaik taraf kawasan perniagaan sekitar Kampung Bakam ini”, jelasnya.

Katanya, dengan adanya naik taraf perniagaan di sini nanti maka sudan tentu penduduknya akan mudah menjalankan aktiviti perniagaan harian yang sejurusnya mampu menarik lebih ramai pelancong datang ke kawasan ini.

Berucap terlebih dahulu, ADUN Lambir Aidan Wing berkata bahawa Kampung Bakam sangat berpotensi menarik lebih ramai lagi pelancong datang ke sini terutamanya untuk menimati keindahan alam semulajadi air turjun tujuh tingkat di perhutanan Kampung Bakam ini.

Sementara itu, dengan siapnya Pusat Maklumat Bakam (PMB) dalam tempoh terdekat ini adalah sebagai memudahkan pelancong dalam dan luar Negara mendapat maklumat terperinci berkaitan sektor pelancongan di kawasan DUN Lambir ini, jelasnya.

Di samping itu, kita juga akan mendiri beberapa buah gerai untuk menjual barangan cenderahati yang dihasilkan oleh penduduk tempatan serta bermotifkan kraftangan pelbagai di negeri kita. Dengan adanya PBM nanti pelancong boleh menyewa bot serta beberapa kelengkapan lain untuk sukan marin seperti menyelam scuba dan melihat kecantikkan batu karang, tambahnya.

Turut hadir pada majlis ini ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Insdustri Datuk Jacob Dungau Sagan, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, kedua-dua timbalanya Tan Sri Alfred Jabu, Tan Sri George Chan, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Telang Usan Lihan Jok.

Isnin, 18 Januari 2010


ABANG JOHARI: SARAWAK AKAN PUNYAI TAXI AIR 2010


UTUSAN SIBUTI (18/1/2010) - Sarawak akan mempunyai Taxi Air pertengahan 2010 dan satu jawatankuasa telah ditubuhkan yang dipengerusikan Setiausaha Tetap Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar yang akan dianggotai Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS), Jabatan Marin, IDEAS di bawah Institut Reka Bentuk dan Jawatankuasa Pelancongan Satok.


Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata demikian pada majlis penyerahan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kampung Hunai baru-baru ini.


“Jawatankuasa ini nanti akan memantau dan melihat kaedah yang terbaik bagi memperkenalkan teksi air”.


“Ia juga memberi satu lagi pilihan pengangkutan kepada orang awam khususnya kepada masyarakat di bandar raya Kuching dan sebagai produk pelancongan yang boleh dijadikan satu tarikan dalam industri pelancongan,” jelasnya.


Katanya, ini merupakan satu daripada pendekatan untuk memberi khidmat pengangkutan awam selain jalan darat dan pada masa yang sama mengurangkan kesesakan lalu lintas.


Pembinaan jeti di BCCK kini sedang dijalankan dan selebihnya kini masih dalam pembinaan yang dijangka akan siap dalam masa terdekat, tambahnya.


Turut hadir sama dua Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Dr Soon Choon Teck dan Abdul Wahab Aziz, Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Lambir Aidan Wing dan Rosey Yunus (Bekenu).

Ahad, 17 Januari 2010

MESRA…Datuk Amar Abang Johari yang turut tumpang gembira melihat ramai rakyat kawasan Lambir yang mendapat RMR daripada bantuan kerajaan Barisan Nasional.

Abang Johari: Pemilik RMR dinasihati bayar pinjaman perumahan bulanan


UTUSAN SIBUTI (17/1/2010) - Pemilik Rumah Mesra Rakyat (RMR) negeri ini dihasihati supaya terus membuat bayaran yuran pinjaman perumahan bulanan bagi membolehkan kerajaan merancakkan lagi usaha membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.


Demikian nasihat Menteri Perumahan Dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci RMR Skim Individu di Kampung Hunai di sini kemarin.


“Saya sangat berterima kasih kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan kerajaan mensasarkan pembinaan sebanyak 50,000 unit RMR dan Rumah Mampu Milik (RMM) dengan 20,000 daripada jumlah itu akan dibangunkan oleh kerajaan”.


“Kita juga memperkenalkan program seperti ini untuk membina rumah panjang baru di Daerah Bakong, jika ini mendapat sambutan kita juga akan teruskan program ini ke kawasan lain di Sarawak”, jelasnya.

TANIAH…Datuk Amar Abang Johari (tengah) memotong reben di RMR milik Sidiah Sapar sambil diperhatikan oleh Aidan Wing (3 kiri).

Beliau yang juga merangkap Presiden Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (SABERKAS) berkata, jika rakyat membeli sendiri rumah di bandar maka sudah tentu dikenakan bayaran pendahuluan yang tinggi dan bayaran bulanan rumah mereka pula pasti mencecah RM500 hingga RM600 sebulan.


Tetapi rumah mesra rakyat, tidak ada bayaran pendahuluan kerana kerajaan yang membayar untuk rakyat dan bayaran bulanannya hanya sekitar RM100 ke RM150, hanya kerajaan kita yang berbuat demikian di dunia ini, tambahnya.


Ahli Dewan Undangan Negeri N.62 Lambir Aidan Wing yang terdahulu berucap turut berterima kasih kementerian perumahan kerana telah memberi banyak peruntukkan di kawasan Lambir dan Parlimen P.218 Sibuti. Aidan turut menasihati agar rakyat kawasannya tidak ketinggalan merebut peluang ini kerana selagi program RMR ini masih berjalan lancar.


Turut hadir pada majlis ini ialah kedua-dua Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar Abdul Wahab Azizi dan Datuk Dr Soon Choon Teck, Pengerusi Daya Perumahan Sdn Bhd Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Bekenu Rosey Yunus, Pengarah Urusan SPNB Dr Haji Kamarul Rashdan Haji Salleh dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan.


*************************************************************************************


N.61 Lambir akan punyai Pusat Maklumat Bakam


UTUSAN SIBUTI (17/1/2010) - Parlimen Sibuti telah mendapat peruntukkan sejumlah RM50,000 daripada Jabatan Perikanan untuk membina Pusat Maklumat Bakam (PMB) dalam tempoh terdekat ini.


Demikian kata ADUN Lambir, Aidan Wing ketika ditemui singkat pada Majlis Penyerahan Kunci RMR Skim Individu di Kampung Hunai di sini kemarin.


Tapak lokasi PMB ini ialah di jeti nelayan bakan yang sedia ada sekrang dan ia sebagai memudahkan pelancong dalam dan luar negara mendapat maklumat terperinci berkaitan sektor pelancongan kawasan Parlimen P.218 Sibuti (N.62 Lambir dan N.61 Bekenu).


Di samping itu, kita juga akan mendiri beberapa buah gerai untuk menjual barangan cenderahati yang dihasilkan oleh penduduk tempatan serta bermotifkan kraftangan pelbagai kaum di negeri kita, jelasnya.


Katanya, dengan adanya PMB nanti bahawa pelancong boleh menyewa bot serta beberapa kelengkpan lain untuk sukan marin seperti menyelam skuba dan melihat batu karang.


Secara langsung ia nanti akan mampu meningkatkan lagi sektor pelancongan di kawasan Lambir dan meningkat sumber pendapatan pendudk di kawasan tersebut.

Sabtu, 16 Januari 2010

BORANG MASIH DITERIMA...Tuan Haji Ahmad Lai ketika berucap singkas di salah sebuah rumah penduduk Kampung Lusut, Taman Tunku baru-baru ini. Turut kelihatan di situ ADUN Lambir Aidan Wing (duduk dua kiri).

SUBUR Sibuti 450 peserta dilulus

UTUSAN SIBUTI (16/1/2010)
- Kawasan Parlimen Sibuti kini telah mempunyai senarai 450 nama peserta yang benar-benar layak untuk menyertai Program Subsidi Beras (SUBUR) Kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang ketika ditemui ketika mengadakan lawatan ke kampung-kampung kawasan DUN Lambir baru-baru ini berkata, pejabatnya telah menerima seranai nama seramai 450 orang telah diluluskan untuk mendapat bantuan beras.

“Kita akan mengagihkan bantuan ini kepada peserta berkenaan pada penghujung Mac atau awal April ini, mereka akan diberi kupon untuk mendapat bekalan beras daripada pihak pembekal.

“Kepada mana-mana penduduk kawasan Parlimen Sibuti yang masih belum mendapatkan borang penyertaan, bahawa mereka boleh mendapatkan borang SUBUR berkenaan daripada FAMA Miri, Jabatan Pertanian dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti”, jelasnya.

Katanya, penyertaan peserta adalah dalam 3 kategori ini, Miskin Tegar, Miskin dan Mudah Miskin adalah rakyat yang perlu mendapat bantuan,setiap borang penyertaan daripada penduduk Sibuti akan ditapis dengan terliti oleh badan penapis supaya yang layak tidak akan tercicir nanti.

Pada borang berkenaan juga menyatakan bahawa warga kota adalah berhak memohon bantuan ini dan petani yang mengusahakan padi dan kelapa sawit serta pekebun sambil asalkan pendapat mereka di bawah RM1,500 sebulan.

Selasa, 12 Januari 2010


Klinik kesihatan kerajaan hanya mampu menampung pendudk utara dan tengah Miri


AHLI Parlimen P.218 Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai: Miri yang bertaraf Bandaraya hanya mempunyai dua buah Klinik Kesihatan Kerajaan iaitu Klinik Kesihatan Tudan dan Klinik Kesihatan Bandar Miri adalah hanya mampu menampung keperluan penduduk-penduduk di sekitar Zon Utara dan Zon Tengah Bandaraya Miri.


“Mengujur ke Zon Selatan kita hanya mempunyai sebuah Klinik Ibu dan Anak, Lambir yang terletak di Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir. Saya rasa Klinik Kesihatan Ibu dan Anak lambir ini tidak dapat memenuhi keperluan kesihatan penduduk-penduduk di kawasan Taman Tunku dan kawasan berhampiran.


“Dengan penduduk dianggarkan melebihi 150,000 ribu orang di Zon Selatan dan kawasan luar bandar, fasiliti kesihatan sedia ada dilihat tidak mampu menampung keperluan penduduk bandaraya ini”, jelasnya.


Penubuhan Klinik 1Malaysia ini adalah langkah pertama kea rah kewujudan klinik kesihatan yang lengkap dan menyeluruh perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan. Adalah diharapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, impian penduduk di Palimen Sibuti untuk mendapat sebuah klinik kesihatan akan terlaksana, tambahnya.



Klinik 1Malaysia Hadiah Tahun Baru 2010


Ahli Dewan Undangan Negeri (N.62 Lambir) Aidan Wing: Kewujudan Klinik 1Malaysia sebagai satu usaha kerajaan mengmbil berat perihal kebajikkan rakyat.


"Penubuhan Klinik 1 Malaysia adalah satu hadiah tahun baru 2010 daripada kerajaan kepada penduduk kawasan Lambir ini.


"Adalah hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar rakyat kita dapat menikmati tahap kesihatan yang sempurna dan kewujudannya ini dilihat dapat merealisasikan hasrat tersebut", kata Adian.


Operasi setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 10am hingga 10pm.


Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr. Faizul Mansoor: Klinik 1Malaysia hanya untuk pesakit ringan. Hari dan waktu beroperasi ialah pada setiap Isnin hingga Jumaat dan tutup pada Sabtu dan Ahad serta pelepasan am, klinik ini akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.


Klinik hanya untuk pesakit seperti deman, batuk, sakit perut, muntah, cirit-birit, pesakit asthma/ampus dan luka-luka kecil saja.


RAKYAT DIUTAMAKAN….Ahmad Lai (duduk tengah) memberi talimat mengenai perkembangan MPPP P.218 Sibuti, turut kelihatan Rosey Yunus (dua kanan).

AHMAD : Banyak Projek MPPP Telah Siap Di DUN N.61 Dan N.62

UTUSAN SIBUTI (12/1/2010) – Pelbagai projek melalui Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) P.218 Sibuti berjalan dengan lancar dan teratur mengikut peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Tuan Haji Ahmad Lai Bujang ketika ditemui selepas mempengerusi mesyuarat kedua MPPP di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti di sini hari ini berkata, banyak projek MPPP di sini telah siap pembinaannya.

“Sementara itu, banyak lagi projek MPPP sedang giat dan rancangkan serta dijalankan di kawasan luar bandar untuk kemajuan penduduk kampung-kampung dan rumah-rumah panjang”.

“Projek telah dijalankan di P.218 Sibuti seperti projek kambing sebanyak 5 tempat di DUN Bekenu dan DUN Lambir dengan perbelanjaan RM16 ribu dan jeti-jeti nelayan di Kampung Kuala Niah, Kuala Sibuti, Peliau dan Bakam dengan perbelanjaan RM100 ribu yang sedang dalam pembikinan pada masa ini”, jelasnya.

Tuan Haji Ahmad Lai, projek pertanian seperti benih-benih pokok buah-buahan dengan perbelanjan RM16 ribu dan kita juga memperuntukkan sejumlah RM20 ribu kepada nelayan untuk membeli moto bot dan alat-alat menangkap ikan, tambahnya.

Turut hadir pada mesyuarat ialah ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus, SAO Niah Sebilah Haji Dahlan, Pegawai Operasi FAMA Amin, Jasa Miri Lukanisma dan pegawai-pegawai kerajaan tempat serta ketua kaum P.218 Sibuti.

Sabtu, 9 Januari 2010

1malaysia.com.my (PM):

Klinik 1Malaysia, Doktor Swasta Tidak Perlu Bimbang


UTUSAN SIBUTI (8/1/2009) – Doktor swasta tidak perlu bimbang dengan penubuhan klinki 1 Malaysia sebanyak 50 klinik di Malaysia kerana ia hanya akan menumpukan kepada pemeriksaan kesihatan yang biasa seperti memeriksa tekanan darah dan kandungan gula.


Utusan Sibuti (http://www.utusansubis.blogspot.com) yang melayari http://www.1malaysia.com.my mengenai berita Doktor Swasta Tidak Perlu Bimbang Dengan Penubuhan Klinik 1Malaysia – Najib pada 8 Januari 2010 adalah harus di ketahui semua lapisan masyarakat negara kita.


Dalam blog 1Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka (doktor swasta) tidak terjejas sebab kes-kes daripada sini akan kita rujuk kepada mereka... umpamanya jika pesakit ada hubungan dengan mana-mana doktor swasta, kita akan rujuk kepada mereka.


Tetapi ini memudahkan rakyat jelata untuk membuat pemeriksaan biasa seperti paras gula dalam darah, periksa tekanan darah kalau mereka hipertensi... untuk pemeriksaan lebih lanjut, mereka akan pergi ke klinik swasta atau hospital kerajaan, katanya.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mengadakan sesi dialog dengan anggota Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengenai perkara berkenaan.

Perdana Menteri menegaskan bahawa klinik 1Malaysia, yang setakat ini 44 daripadanya sudah beroperasi di seluruh negara, diwujudkan untuk kepentingan rakyat.


Katanya, untuk 50 klinik, kita peruntukkan RM10 juta... tapi RM10 juta ini bukan untuk bangunan...ini adalah untuk kita buat peralatan dalaman sahaja dan untuk ubat-ubatan. Klinik 1Malaysia yang diperkenal dan dilaksanakan kerajaan bertujuan memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di negara ini boleh dinikmati secara adil, saksama dan menyeluruh oleh semua rakyat, sejajar hasrat kerajaan.


Selain itu, pesakit tidak perlu tunggu lama kerana Klinik 1Malaysia akan memberikan layanan pantas. Dalam keadaan ini, Kementerian Kesihatan mendapat untung kerana boleh mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan asas.


Perdana Menteri berkata Klinik 1Malaysia akan beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu dan masa perkhidmatan adalah dari pukul 10 pagi hinggga 10 malam dengan dikendalikan oleh kumpulan paramedik yang terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih.

Jumaat, 8 Januari 2010



DEMI KEPENTINGAN RAKYAT...Tuan Haji Ahmad Lai Bujang (5 kanan) merakamkan kenangan bersama rombongannya di depan Klinik 1 Malaysia Taman Tunku (Miri) baru-baru ini.

Klinik 1 Malaysia beri pelbagai keistimewaan kepada rakyat

UTUSAN SIBUTI (7/1/2010) - KLINIK 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pasti akan memberi pelbagai keistimewaan dan kemudahan yang tidak disangkakan oleh masyarakat setempat dalam sikit masa lagi.
Imbang Penuh
Di Sarawak kini sudah pun mempunyai 4 Klinik 1 Malaysia yang masing-masingnya di Bahagian Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri (Taman Tunku). Klinik 1 Malaysia di Taman Tunku kawasan perumahan yang kini mempunyai lebih 30,000 rakyat berbilang kaum sudah pasti ia merupakan satu berita baik kepada mereka.

Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Tuan Haji Ahmad Lai Bujang memberi tahu bahawa klinik 1 Malaysia ini adalah untuk pesakit ringan dan pesakit berat perlu dirujuk ke Poliklinik dan Hospital Umum Miri (HUM).

Kewujudan klinik 1 Malaysia dan kini telah terbukti dengan jelas bahawa apa yang dicakap dan dicadang oleh kerajaan kita adalah benar dan tidak ada kosong, ini adalah gagasan 1 Malaysia, jelasnya.

Utusan Sibuti yang hadir bersama ke lokasi Klinik 1 Malaysia di Taman Tunku mendapati bahawa amat bersesuaian ia ditubuhkan di kawasan bilang rakayat yang ramai.

Dengan ini, rakyat harus menyedari dan memahami perubahan erah 2010 dalam perkara kenaikan hagar barangan sosioekonomi sekarang, dengan langkah pernubuhan Klinik 1 Malaysia secara tidak lansung dapat meringankan beban dalam kehidupan harian.

Antara perkara penting penubuhan ini sedar tak sedar bahawa ia mampu menjimatkan kos dan masa rakyat di bandar raya Miri dan seruluh Malaysia amnya, terumatanya kos perubatan dan perjalanan.

Kedua, dalam sesuatu masa di poliklinik Miri lebih ratusan orang ramai untuk mendapat rawatan maka dengan adanya Klinik 1 Malaysia orang ramai tidak tertumpu ke poliklinik atau swasta dan menunggu lama.

Ketiga, ia akan memudahkan para pegawai perubatan dapat menjalankan tugas lebih rapi dan menyeruluh tentang seseorang pesakit dalam sesuatu masa.

Hadir bersama Tuan Haji Ahmad Lai Bujang ke Klinik 1 Malaysia ialah Pegawai Jabatan Kesihatan Bahagian Miri (DMO) Dr Faizul Mansoor, Timbalan Residen Miri Abdul Aziz Yusof, para kaunselor dan ketua-ketua parti politik Barisan Nasional.

Isnin, 4 Januari 2010

ANAK-ANAK YANG BELUM ERTI KEPERITAN IBUBAPA...seorang ibu yang rasa serba salah dengan yuran buku dan pelbagai yang perlu dibayar.

Yuran buku! ibubapa berhutang dengan sekolah


UTUSAN SUBIS (4/1/2010) – Tahun 2010 ini Sarawak mempunyai seramai 267,624 murid sekolah rendah dan hari ini terdapat seramai 45,256 murid masuk Tahun Satu. Mana kala terdapat seramai 3,968 pelajar tingkatan peralihan dan 35,818 pelajar tingkatan satu.


Dengan kemasukkan pelajar yang begitu ramai pada tahun ini pihak Utusan Subis membuat tinjauan di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sibuti kawasan luar bandar terdapat ramai ibubapa mengeluh panjang mengenang nasib diri kerana perlu membayar yuran buku.


ANAK RAMAI DAN BANYAK BENDA PERLU DIBAYAR LAGI...kelihatan beberapa ibu bermuka muram binggung tentang yuran buku-buku yang tidak terbayar kepada pihak sekolah.


Seorang ibu kepada murid Tahun 3, 4 dan Tingkatan Peralihan yang enggan namanya disiarkan berkata, mengapa buku-buku begitu banyak dan pelbagai bayaran perlu dibayar berbanding pada tahun 1979 hingga akhir tahu sekitar 1990 tidak begitu banyak bayaran.


Katanya, beliau mempunyai 3 orang anak bersekolah terpaksa berhutang kepada pihak sekolah dan kini masih belum dijelaskan, di mana seseorang murid perlu membuat bayaran melebihi RM150 hingga RM270 dan bayangkan terdapat 3 anak di sekolah rendah dan 2 orang di sekolah menengah!


Alat-alat sekolah dan pakaian kita kena belanja hampir RM100 seorang, dan jika mereka mempunyai seramai 5 hingga 6 anak? Pada masa lampau 50, 60 dan 70-an terdapat juga kanan-kanak tidak membayar yuran buku yang banyak juga mampu menjadi seorang menteri, wakil rakyat, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dockor dan sebagainya, jelasnya.


Penemuan Utusan Subis semalam dan hari ini juga mendapati bahawa ramai ibu bapa masih berhutang dengan pihak sekolah. Ramai dan sangat sangat ramai ibubapa masa ini berasa tertekan kerana kos pembayaran berkenaan.


Kebinggungan perasaan mereka juga menjadi serba salah ekoran pelbagai harga barangan harian telah naik sedangkan gaji mereka (pihak swasta) tidak pernah naik pada tahun 2009.


Kita rakyat Sarawak tidak harus berasa bangga dengan jumlah pelajar semakin bertambah pada tahun ini, apa yang penting pelajar harus pandai membaca dan disiplin diutamakan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


TANIAH...Tuan Haji Ahmad Lai Bujang menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan Keluru Idol, Pian Saimi.


Keluru Idol eratkan hubungan PBB dengan masyarakat


UTUSAN SUBIS (4/1/2010) - Keluru Idol anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Keluru Jaya dengan kerjasama PBB N.62 Lambir menarik minat 30 peserta dari Bakong, Niah, Lambir, Miri dan Sibuti.


Pengajur, Razak Sual menjelaskan bahawa aktiviti seperti ini adalah mampu mengukuhkan hubungan PBB dengan masyarakat setempat, selain itu ia juga sebagai menampilkan bakat nyanyian masyarakat kawasan luar bandar.


Hadiah-hadiah pertandingan Keluru Idol yang diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Keluru Jaya (Bekenu) baru-baru ini adalah tajaan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.62 Lambir Aidan Wing.


Pian Saimi muncul juara Keluru Idol tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Armi Abdullah dan Saimi Lamat.


Turut hadir menyaksikan pertandingan akhir ini ialah Ahli Parlimen P.218 Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai Bujang dan ahli-ahli PBB N.61 Bekenu. Majlis penyampaian hadiah juga telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Lai Bujang.

Sabtu, 2 Januari 2010

KEHADIRAN…YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang (duduk tengah) bersama tetamu yang hadir pada Majlis Tahun Baru 2010 dan Makan Malam Bersama Rakan Media Utara Sarawak.

Ahmad Lai :
Media berperanan penting penyampaian berita


UTUSAN SUBIS (2/1/2010) -
MEDIA massa salah satu daripada badan bertanggungjawab dalam meyampaikan maklumat terkini khasnya untuk masyarakat bandar mahu pun di kawasan luar bandar lebih-lebih lagi kepada belia remaja untuk mengetahui pelbagai aspek penting yang wujud di Malaysia mahu pun luar negara pada masa sekarang.

Dalam kebijaksana menjalankan tugas yang penuh cabaran sebagai seorang wartawa menjadi orang tengah kepada pihak kerajaan dan rakyat, dengan ini Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti yang diketuai oleh Ahli Parlimen P.218 Sibuti YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang menghadiahkan Majlis Makan Malam Bersama Rakan Media-Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA).

Ahli Parlimen P.218 Sibuti YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang ketika berucap di majlis perasmian bersama rakan media di Eastwood Vally, Miri semalam berkata, hanya melalui media massa tidak kira daripada akhbar mahu pun elektronik sangat penting kerana ia sentiasa memainkan peranan sebagai penyampai berita yang berlaku di luar kawasan masing-masing.

“Karajaan mengucapkan terima kasih di atas usaha dalam menyampaikan bahan penting kepada semua dan kerjasama pihak media dengan pihak kerajaan sangat dihargai serta diharapkan terus eratkan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak.

“Jika tiada media sudah tentu kita tidak tahu apa yang berlaku dan akan berlaku di sekeliling dan di luar kawasan masing-masing. Selain itu, ia juga peranan mampu memperluaskan minda kefahaman remaja dan pelajar sekolah dalam pelbagai aspek”, jelasnya.

SELAMAT TAHUN BARU…Nazri Ahmad berdiri ketika berbual mesra dengan wartawan-wartawan yang hadir pada majlis berkenaan.

Antara akhbar media yang hadir ialah Utusan Sarawak, Eastern Time, United Daily, Sin Chew Jit Po, The See Hua Group, Radio Televison Malaysia (RTM) dan Jabatan Penerangan Bahagian Miri. Turut hadir juga majlis ini ialah Timbalan Residen Miri Abdul Aziz, pegawai-pegawai kerajaan tempat dan Kauselor Jamali Basri.

HEBAT…Pusat Khidmat Wakil Rayat P.218 Sibuti yang membuat persembahan poco-poco sebagai penghargaan kepada pihak media yang hadir pada malam berkenaan.

TERIMA KASIH…Utusan Sarawak Adum Liu yang turut hadir meriahkan suasana dengan menyampaikan persembahan sebuah lagu.

Pegawai Pembangunan P.218 Sibuti Nazri Ahmad, orang ramai juga boleh melayari laman web rasmi http://www.utusansubis.blogspot.com sebagai salah satu cara Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti dalam penyampaikan aktiviti harian yang dijalankan di kawasan Parlimen P.218 Sibuti yang sentiasa di kemas kini.

Orang ramai yang mempunyai aktiviti juga boleh menyalurkan bahan mereka untuk dimuatkan di utusansubis.blogspot.com boleh menghantar bahan menggunakan alamat email sibuti@parlimen.gov.my atau amirulkiut@gmail.com.