Ahad, 1 Mei 2011

AKTIVITI SOSIAL TERBAIK…. Datuk Patinggi Alfred Jabu ketika ditemui memberi keterangan derma social itu, turut kelihatan bersama beliau ialah Datuk Duad Abdul Rahman (kiri) dan Rosey Yunus (tengah).

KETUA MENTER DERMA RM50,000

KEPADA PKAY SARAWAK


UTUSAN SIBUTI (Mukah) - Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud derma RM50, 000 menjadikan jumlah terkumpul kini sejumlah RM170,000 kepada Persatuan Kebajikan Anak Yatim (PKAY) di Sarawak.


Kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Alfred Jabu Jumpanng ketika ditemui di Majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dataran Pehin Setia Raya di sini malam tadi.


“Jumlah yang terkumpul sekarang sejumlah RM170 ribu dan jumlah ini akan meningkat lagi dalam masa terdekat di mana semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN-BN) akan menyumbang sejumlah RM10 ribu seorang.


“Aktiviti sosial diketuai oleh Ketua Menteri kita ini untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim di seluruh negeri Sarawak, langkah yang dibuat ini adalah untuk tidak masa anak-anak yatim terasa terpinggir dalam kemasyarakatan”, jelasnya.


Turut ditemui ketika bersama Timbalan Ketua Menteri malam tadi ialah ADUN Bekenu Rosey Yunus berkata, aktiviti sosial derma kewangan kepada persatuan anak yatim ini sangat mulia dan diucapkan terima kasih kepada Pehin Sri punyai ikrar membela anak-anak sedemikian.


“Saya sangat setuju dengan setaip ADUN BN untuk menyumbangkan derma yang diperkataan oleh Timbalan Ketua Menteri kita yang sejumlah RM10,000 itu.


“Derma kewangan itu bukan sahaja mampu meringankan kesulitan para anak yatim akan tetapi ia merupakan memberi satu semangat tinggi untuk mereka bersama masyarakat dan tidak timbul perasaan terpinggir”, jelasnya.


Pada majlis malam tersebut dianggar seramai 5,000 masyarakat berbilang kaum, agama dan kebudayaan untuk meriahkan majlis itu. Antara yang menarik pada majlis itu ialah persembahan tarian tempatan dan penyanyi jemputan dari semenanjung serta pertunjukan bunga api.



SALAM TERIMA KASIH… Tan Sri Jabu bersalaman bersama masyarakat kawasan Mukah yang hadir memeriahkan Majlis Merai Kemenangan Barisan Nasional Pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah malam tadi.


KEMENANGAN BARISAN NASIONAL

BUKTI SOKONGAN RAKYAT


UTUSAN SIBUTI (Mukah) - Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 lepas membuktikan kepimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud disokong kuat oleh rakyat untuk terus menajui Sarawak.


Kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang pada Majlis Merai Kemenangan Barisan Nasional Pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah pada malam 29 April 2011 .


Katanya, dengan kerja keras semua jentera BN bersama ahli-ahli komponen partinya seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah menjayakan BN menang besar pada pilihan raya lepas.


“Pada pilihan raya yang tamat malam 16 April lepas bahawa kita BN telah menang sebanyak 55 kerusi dengan peratusan berjumlah 77.5 peratus daripada 71 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) yang ditandingkan.


“Kemenangan ini telah membawa kita BN sekali lagi diberi mandate untuk merajui kerajaan negeri berdasarkan Politik Pembangunan mentranformasikan rakyat ke arah penpencapaian ekonomi berpendapatan tinggi selaras dengan Gagasan 1Malaysia”, jelasnya.


Di Sarawak, trend politik yang ganas dan budaya samseng yang diperkenalkan oleh parti pembangkang telah ditolak oleh rakyat seluruh Bumi Kenyalang yang mementingkan keamanan, ketenteraman, kestabilan dan keharmonian.


Justeru untuk memperkasakan parti BN Sarawak sangat diharap teruskan kerja keras dan mesti memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat menjalankan tugas iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.


Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Presiden SUPP Datuk Patinggi George Chan, Presiden PRS James Masing dan wakil Presiden SPDP Datuk Peter Nansian serta ADUN-ADUN BN Sarawak.