Rabu, 8 Julai 2009

CARI MUKA BARU...gambar-gambar di atas adalah gambar ketika Perhimpunan Agung Ke-11 Parti Pesaka Bumiputera pada 2007 lepas.

Oleh : Adum Liu
8 Julai 2009

Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali

AHMAD LAI BERI LALU
KEPADA MUKA BARU

UTUSAN SUBIS, (Miri 8/7/2009)Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Cawangan N.63 Piasau yang juga merupakan Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Ahmad Lai Bujang akan memberi laluan kepada muka baru untuk memegang jawatan nombor satu itu pada Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali yang akan berlangsung 19 Julai ini.

Demikian kata jurucakap dari Pejabat PBB Cawangan N.63 Piasau ketika dihubungi, turut dijangkakan memberi lalu kepada muka baru ialah Pengerusi PPB Cawangan N.65 Senadin, Senator Abdillah Abdul Rahim juga tidak mempertahankan jawatanya itu.

CARI MUKA BARU...gambar atas ialah ketika Ahmad Lai dipilih sebagai Pengerusi PBB Cawangan N.63 Piasau pada beberapa tahun lalu.

Katanya, mesyuarat ini nanti akan memperlihatkan dua cawangan PBB iaitu PBB N.63 dan N.65 diadakan secara serentak dan akan dirasmikan oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Mana kala Mesyuarat Agung Wanita PBB dan Pemuda PBB Cawangan Piasau pula akan berlangsung pada 12 Julai ini yang bertempat di Hotel Dynasty di sini.

Mesyuarat Agung Wanita PBB dan Pemuda PBB Cawangan Senadin pula akan dijalankan pada 19 Julai ini dan majlis perasmiaan ini nanti akan dilaksanakan oleh Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Ahmad Lai Bujang.

Oleh : Adum Liu
7 Julau 2009

Program Pemimpin Bersama Rakyat

UTUSAN SUBIS (Sibuti 8/7/2009) – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak dan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti akan mengadakan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Kumbang ak Penga, Sebatu Niah pada 11 Julai ini.

Program yang banyak manfaat kepada rakyat adalah bertujuan membantu di dalam memberi khidmat nasihat kepada penduduk setempat berkaitan permasalahan kehidupan sosial, ekonomi dan peluang pekerjaan serta perkara-perkara berkaitan.

Program ini nanti akan bermula pada jam 8 hingga 2 petang, di mana masyarakat dari Pekan Batu Niah dan Sepupuk adalah dijemput hadir kerana di sini nanti mungkin ada berkaitan dengan perluan masing-masing.

Turut hadir pada program ribu makna kepada penduduk luar bandar nanti ialah Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Ahmad Lai Bujang dan ADUN N.61 Bekenu, Rosey Yunus serta pegawai-pegawai kerajaan.

Pada program ini nanti terdapat beberapa kaunter perkhidmatan pelanggan bagi membantu permasalahan penduduk setempat dan sekali gus akan mampu meringankan atau menyelesaikan malahan penduduk di luar bandar.

Antara kaunter yang turut menyertai program ini ialah Jabatan Tanah dan Ukur, KEMAS, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan, DID, Jabatan Kesihatan dan SPR.

GAWAI...Aloysius (tengah) dan rombongannya merakamkan kenangan bersama penduduk rh panjang pada sambutan Ngiling Bidai anjuran RT Bintulu.

Oleh : Adum Liu
7 Julau 2009

RT Bintulu berjaya adakan
Ngiling Bidai di Pakut

UTUSAN SUBIS (Sibuti 8/7/2009) – Sambutan Ngiling Bidai merupakan tanda berakhirnya sudah Gawai Dayak di Rh Lingu Pakut Sungai Sibuti yang telah diadakan pada baru-baru ini. Majlis Ngiling Bidai ini telah dianjurkan oleh Rukun Tetangga dari Bahagian Bintulu dan diketuai oleh Pengerusi RT RPR Bintulu iaitu Aloysius Jembu Selah Sanggau dengan seramai lebih 150 masyarakat berbilang kaum dari serata Negeri Sarawak.

Aloysius Jembu ketika ditemui di majlis pada malam itu berkata, tujuan utama mengadakan Ngiling Bidai luar dari Bahagian Bintulu ialah untuk mengeratkan lagi perhubungan persaudaraan yang berkonsep 1 Malaysia.

Katanya, rombongan ini telah disertai oleh masyarakat melayu untuk mendekatkan lagi mereka dalam mengenai kebudaya sara hidup di rumah panjang kaum iban di sini.

“Saya telah melihat mereka (rombongan melayu) amat gembira sekali kerana kedatangan kami tidak diduga telah disambut dengan meriah sekali dengan penuh tradisi lagi bersopan santun.

Mala penyediaan makanan malam untuk kaum muslim juga teratur tidak ada masalah permakanan kerana rumah panjang ini terdapat juga beberapa penduduk di sini yang memeluk agama islam”, jelasnya.

Antara atur cara yang telah disediakan oleh persembahan tarian ngajat lelaki dan perempuan, persembahan kugiran dari Kumpulan No Entry dari Bintulu, penyampaian hadiah kepada 5 pelajar cemerlang yang melanjutkan pelajaran ke universiti di Semenanjung, poco-poco, ngetas ranyai dan mereka (kaum melayu) juga tidak ketinggalan untuk menunjuk bakat mereka mempersembahkan tarian ngajat.

Tr. Lingu yang juga sempat ditemui berkata, penganjuran majlis ini amat tidak diduga sekali kerana RT Bintulu jauh dari Miri telah memilih Pakut sebagai tempat sambutan Ngiling Bidai, kami di sini mengucapkan ribuan terima kasih kesudian memilih rumah panjang kami.

Katanya, usaha pengajuran oleh RT Bintulu ini harus dicontohi oleh mana-mana RT yang ada di Sarawak supaya konsep 1 Malaysia bukti kemakmuran negara dan mampu menjadikan kita yang kaya dengan pelbagai lapisan masyarakat dalam sebuah keluarga bersatu padu di mata dunia.