Selasa, 5 Mei 2009

Berita bergambar....
PENYAYANG HARTA BENDA…Adik Jerry Gelayan, 9 tahun merupakan seorang pelajar Tahun 3 di SK Kampung Iran, Niah mendapatkan basikalnya yang telah musnah dijilat api untuk diperbaiki semula. Kejadian kebakaran ini berlaku Jerry tidak berada di Rh Chabu Makom di Lepong Ajai Bakong Sungai Liam Daerah Baram kerana bersekolah dekat tempat dengan bapanya bekerjasa di kawasan Niah/Suai/Iran. Basikal ini akan diperbaiki semula kerana ia masih elok lagi. - Utusan Subis 5/5/2009 - Foto : Adum Liu

Berita bergambar....SEDIH SEKALI… Inoi anak Ibit, 40an, yang ditemubual oleh pihak RTM pagi tadi merupakan mangsa kebakaran tidak sedar rumah panjangnya (Rh Chabu Makom di Lepong Ajai Bakong Sungai Liam Daerah Baram) habis musnah sekitar jam 2.30 petang pada 29 April lepas. Ketika kebakaran rumah panjang Inoi anak Ibit bersama anaknya berada di kebun sawit yang jauh dari rumah mereka dan apabila sampai di rumah panjang rasa seperti bermimpim melihat beberapa batang tiang sahaja yang tinggal. Utusan Subis 5/5/2009 - Foto: Adum Liu
Datuk Jacob Dungau Sagan (2 kanan) mendegar talimat disampaikan oleh Anthony Lani pada majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Rh Chabu Makom di Lepong Ajai Bakong Sungai Liam Daerah Baram. - Foto : Adum Liu

Oleh : Adum Liu
5 Mei 2009

Datuk Jacob Dungau - Khidmat JPN dan Polis diperlukan esok

UTUSAN SUBIS (Miri/Baram – 5/5/2009) – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis dikerahkan segera ke Rh Chabu Makom di Lepong Ajai Bakong Sungai Liam Daerah Baram untuk memberi perkhidmatan kepada mangsa kebakaran di sini pada hari esok.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan berkata, pihak JPN dan Polis nanti akan memberi perkhidmatan yang mesra dan kerja sepenuhnya serta penghuni di sini harus memberi kerjsama bagi melicinkan kerja.

Datuk Jacob Dungau yang juga merupakan ahli Parlimen Baram telah menghulur bantuan kewangan segera berjumlah RM11,400 kepada 57 pintu keluarga (RM200 setiap pintu) dan 57 set dapur bersama gas yang telah disampaikan di kawasan kebakaran pada pagi tadi.

Perkhidmatan JPN di sini nanti ialah untuk memberi kemudahan kepada mangsa kebakaran membuat dan mengantikan dokumen penting yang telah musnah akibat kebakaran, mana kala polis pula sebagai membuat laporan kemusnahan dokumen mereka dan secara demikian tugas mereka akan berjalan lancar.

Antara dokumen penting yang banyak musnah ialah seperti kad pengenala, surat kelahiran dan kematian, lesen senapang patah, paspot dan sijil-sijil persekolah serta pelbagai sijil penting.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan juga telah menyampaikan cek bernilai RM142,500 kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

Anthony Ladi ahli JKKK ketika ditemui di sini memberitahu bahawa jumlah sebenar mangsa kebakaran di Rh Chabu Makom ialah seramai 379 orang melibatkan sebanyak 57 pintu keluarga hanya tinggal sehelai sepinggang.

Katanya, semasa kejadian kebakaran ini berlaku adalah ramai penghuni rumah panjang tidak berada di rumah kerana menjalankan tugas masing-masing di kebun yang agak jauh. Dan ramai yang pulang dari kebun sebelah petang macam rasa bermimpi melihat rumah mereka tunggal tiang kerana tidak tahu perkara sebenar telah berlaku.

Paling menyedihkan ialah perkara ini berlaku serupa dengan yang dialami oleh penduduk rumah panjang Rh Banyang (Sengkabang Ulu Sibuti) di mana tinggal sebulan untuk sambutan Hari Gawai Dayak pada tahun 2008 lepas.