Selasa, 11 Mei 2010

BANTUAN… Pegawai Kesihatan Bekenu yang segera memberi bantuan tetapi gagal kerana mangsa mengalami kecederaan teruk patah leher.

TERUK… Keadaan pancuan empat roda milik Jamil Karkarun yang terbabas hingga maut kepadanya di satu kecelakaan di Jalan Kejapil/Kabuloh.


KECELAKAAN KENDIRI: 1 Maut 3 Cedera


UTUSAN SIBUTI – Dalam kegembiran bercuti di Hari Pekerja empat saudara yang hanya tinggal 1km untuk sampai di rumah mereka menjadi satu peristiwa yang menyayat hati keluarga mereka apabila kenderaan pancuan empat roda (Isuzu) mereka terbabas hingga membawa maut kepada pemandunya.


Kejadian kecelakaan jalan raya yang berlaku di Jalan Kejapil Kebuluh pada lewat petang samalam amat tidak disangkakan kerana keempat-empat mangsa tercampak keluar dari kenderaan yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersiar-siar di kedai Simpang Bekenu.


Polis yang ditemui ditempat kejadian telah mengesahkan bahawa mangsa Jamil Karkarun, 31 dari Kampung Kejapil telah maut ditempat kejadian ketika tercampak beberapa meter daripada kenderaannya lalu mengena pokok dan mengalami patah leher yang teruk.


Katanya, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu dipercayai hilang kawalan ketika berada di selekoh lalu terbatas yang hampir melanggar tiang elektrik dan pintu pagar rumah di kawasan Kampung Kejapil.


“Tiga lagi mangsa yang terlibat dalam kecelakaan ini telah dikerja ke Hospital Umum Miri (HUM), di mana seorang daripadanya telah mengalami retakkan di kepala yang berlumuran darah dan mereka bertiga telah dihantar oleh penduduk kampung mereka”.


“Mereka yang dikerja ke HUM ialah Saiful Rizal Razam, 18, Mohamad Armirzan, 15 dan Shart Nazri, 21 kesemua mereka termasuk Jamil Karkarun adalah bersaudara yang masih lagi bujang dan sama tinggal di Kampung Kejapil”, jelasnya.


Turut hadir memberi bantuan segera ialah pegawai kesihatan dari Klinik Desa Bekenu, tetapi malang bantuan itu tidak kesampaian kerana mangsa (Jamil Karkarun) telah mengalami cedera teruk patah leher menyebabkan kematian mangsa.


Mayat mangsa maut telah dibawa ke HUM untuk bedah siasat oleh pihak HUM, sehingga berita ini ditulis bahawa ketiga-tiga rakan mangsa masih berada di HUM dalam zoon hijau HUM.

SAMBUTAN…Awang Tengah (kiri) dan Rosey Yunus (kanan) mendapat sambutan hanggat daripada penduduk RH Patrick Libau Niah pada Program Pemimpin Bersama Rakyat semalam.


KERAJAAN TIDAK LUPA JANJI


UTUSAN SIBUTI – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak lupakan taburan janji kepada rakyat, hanya cuma rakyat sabar menunggu peruntukkan disalurkan dan dilaksanakan secara berperingkat.


Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, kerajaan BN tidak pernah mengabaikan permohonan rakyat malahan wakil rakyat (ADUN/Ahli Parlimen) kawasan masing-masing terus berpeluang di persidangan untuk mendapat peruntukkan untuk rakyat.


Katanya, lihatlah dengan kesabaran rakyat di sini dan ketekunan wakil rakyat di sini telah berjaya memperolehi peruntukkan berjuta ringgit untuk bekalan elektrik ke Rumah Panjang Rh. Patrick Libau dan Rh. Paong sekarang.


Begitu juga wakil rakyat kita di sini iaitu permohonan bekalan air bersih dan naik taraf jalan kampung sentiasa berkumandang di persidangan DUN oleh Rosey Yunus dan Parlimen oleh Ahmad Lai Bujang, mereka sentiasa kerja keras dan turun padang tambahnya.


“Projek untuk saluran bekalan air bersih ke Rh Patrick Libau dalam NKRA memang diluluskan, cuma kita sedang berusaha untuk memperolehi peruntukkan kerana ia memerlukan berjutaan ringgit untuk projek ini”.


“Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar untuk Rh Patrick Libau adalah sejumlah RM3.5 juta dengan konsumer sebanyak 106 bilik dan Rh Paong ialah RM234, 314.73 (18 bilik), di mana ia dibiayai oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerjasama Kementerian Kemudahan Awam Sarawak”, jelasnya.


Tengah yang juga merangkap Menteri Kemudahan Awam berkata, rakyat di kedua-dua rumah panjang yang terlibat dalam menerima kemudahan asas elektrik ini nanti adalah dinasihatkan supaya memberi kerjasama kepada pihak kontraktor bagi memperceptkan proses menikmati elektrik ke tempat masing-masing.


Turut hadir bersama rombongan pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rh Patrick Libau ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Bekenu Rosey Yunus, ADUN Marudi Sylvester Enteri Muran, ADUN Telang Usan Lihan Jok, Setiausaha Politik Ketua Menteri Robert Laying dan Ripin Lamat.

RUNTUH… Kelihatan seorang budak dan kumang-kumang yang mengiring perjalanan terjatuh semasa dalam perjalanan mengiringi Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan bersurai dari Prigram Pemimpin Bersama Rakyat.


Kejadian ini amat bernasib baik kerana Datuk Amar Awang Tengah bersama Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Marudi, Bekenu dan Telang Usan (Slyvester Enteri, Rosey Yunus dan Lihan Jok) telah selamat ketika melepasi tangga berkenaan.


Demi menjamin keselamatan penduduk di rumah panjang berkenaan, Datuk Amar Awang Tengah Hassan telah memberi peruntukkan sejumlah RM5,000 untuk membina sebuah tangga yang baru. – Foto: Adum Liu

TERIMA KASIH… Rosey Yunus menyampaikan MRP kepada Wartawan Utusan Sarawak Adum Liu selaku ahli Persatuan Musik dan Sukan Sibuti.


29 JKKK N.61 BEKENU TERIMA MRP


UTUSAN SIBUTI – Sebanyak 29 Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) dan persatuan menerima bantuan Geran Peruntukkan Luar Bandar (MRP) daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN 61 Bekenu) Rosey Yunus di sini petang tadi.


Rosey Yunus, permohonan untuk mendapat bantuan MRP ini adalah terbuka dan kita dalam Barisan Nasional (BN) di bawah pucuk kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud adalah tetap berusaha membantu rakyat yang memerlukan supaya setiap aktiviti kemasyarakatan dapat berjalan lancer.


Katanya, permohonan ini kita tidak dapat luluskan dengan segera kerana ia hanya mendapat perbincangan terlebih dahulu, kita juga tidak dapat memberi permohonan rakyat dengan secara segera yang berperingkat-ringkat.


Bantuan segera adalah diberikan kepada mereka yang mengalami atau ditimpa bencana yang tidak diduga di mana tempat kediaman mereka musnah akibat sesuatu perkara yang tidak diingin, tambahnya.


Kepada mana-mana jawatankuasa kampung dan persatuan atau pertubuhan yang telah menerima peruntukkan MRP ini adalah dinasihatkan supaya gunakan secara betul dan tidak merugikan mana-mana pihak yang terbabit dalam pembangunan kawasan masing-masing.


Sementara itu, Rosey juga turut berpuas hati dengan perkhidamtan talian telifon bimbit daripada syarikat yang terbabit meluaskan rangkaian penggunaannya.


Dengan sempurnanya perkhidmatan sedemikian sangat berguna kepada semua masyarakat terutama di luar bandar, di mana rangkaiannya sudah dapat digunakan disepanjang jalan dari pekan Bekenu ke Niah dan ini sudah tentu memudahkan pelbagai masalah yang berlaku di sepanjang jalan berkenaan, tambahnya.


Antara yang menerima MRP ialah Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Suai, JKKK Rh Daud, Rukun Tetangga Niah, Jiran Wanita Naih, JKKK Rh Gamang, Biro Wanita Rh Gamang, Jkkk Kpg Selanyau, Biro Wanita Kpg Selanyau, JKKK Surau Kpg Gatas, JKKK Rh Sebastian Madang, JKKK Rh Ayai, Biro Wanita Rh Ayai, Persatuan Foo Chow Batu Niah, PIBG Rh Tinggi, Gereja Rh Ayai, Jawatankuasa Khas Pembangunan Zon Saeh, Kelab Rekresi MDS, Jabatan Pelajaran Subis, PEMADAM, Persatuan Bekas Polis Cawangan Miri, Persatuan Muzik dan Sukan Sibuti, Persatuan Buddha Batu Niah, Persatuan Hakka, Pemudan dan Wanita Hakka Batru Niah, Tadika Batu Niah, Persatuan Atletik Amatur dan Musik Batu Niah, Lembaga Perniagaan Cina Batu Niah dan PIBG SK Tanjung Belipat.


Turut hadir pada penyampaian geran yang diadakan di Pejabat Daerah Kecil Niah ialah Pemangku SAO Niah Doris Tie, Ketua Bahagian Parti Progresif Demokretif Sarawak (SPDP) Sebastian Janting, Kaunselor Sulaiman Ahmad dan tuai-tuai rumah panjang serta ketua-ketua kaum di DUN Bekenu.

TERIMA KASIH… Jabu (kanan) menerima cenderahati daripada Tr. Busang (kiri) sebagai tanda penghargaan peruntukkan Projek BELB. Turut kelihatan ialah (dari enam kiri) Ahmad Lai Bujang, Dr Stephen Rundi dan Aidan Wing.


JABU : SARAWAK CADANG BAWA BALIK

RANGKA ASKAR DI SEMENANJUNG


UTUSAN SIBUTI – Kerajaan Sarawak sedang dalam proses perbincangan untuk membawa balik rangka askar Sarawak yang terbunuh dan dikebumikan di Semenanjung Malaysia ketika membantu askar Tanah Malayu zaman pemborontakkan komunis lampau.


Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, bahawa beliau bersama Ketua Menteri kini cuba berusaha untuk membawa balik rangka askar Sarawak yang sudah dikenal pasti sebanyak 19 mangsa terbunuh.


Katanya, rangka-rangka sebanyak 19 itu adalah berbangsa Iban akan dibawa balik untuk disemadikan di Bumi Kenyalang sebagai satu penghargaan kepelahwanan mereka dalam usaha membantu askar Tanah Melayu menentang komunis demi pertahankan tanah air pada masa yang lampau.


“Saya amat membantah dengan sekeras-kerasnya mengenai usaha parti pembangkang untuk memberi kebenaran kepada Ketua Komunis Cheng Peng dibawa balik dan diterima semula ke dalam Malaysia”.


“Ketua pembangkang itu (Cheng Peng) tidak harus diterima semula masuk ke Malaysia kerana komunis telah mengorbankan begitu ramai askar kita, jika masa itu tiada komunis sudah tentu mereka 19 ini masih hidup dan bersama keluarga mereka di Sarawak”, jelasnya.


Justeru itu, amatlah diharapkan dan dinasihatkan supaya rakyat di Sarawak beri penghormatan kepada mereka (askar Sarawak) yang terkorban ini dan jangan beri sokongan kepada pembangkang yang tidak tahu erti kepentingan rakyat.


Katanya, jika rakyat terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah tentu setiap masyarakat di bandar, luar bandar mahupun di pendalaman akan terus mendapat pembangunan untuk memperolehi pelbagai kemudahan asas.


Jika rakyat masih terus menyokong pihak pembangkang dalam Pilhan Raya Kecil P.212 Sibu mahupun Pilihan Raya Negeri akan datang, ini sudah semestinya akan merugikan generasi baru. Maka adalah penting rakyat terus bersatu padu bersama kerajaan untuk mendapat pelbagai kemudahan dalam menjaga kepentingan negerasi baru yang lebih menjaminkan masa depan mereka kelak, tambahnya.


Jabu, dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) adalah mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar bahawa Kerajaan Malaysia akan melaksanakan program besar pembangunan infrastuktur asas luar bandar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan aspirasi untuk menyediakan bekalan elektrik 24 jam untuk lebih 140,000 isi rumah pada tahun 2012.

Ini akan meningkatkan isi rumah yang akan mendapat akses kepada tenaga elektrik di Sarawak kepada 73 peratus pada 2010 dan 95 peratus pada 95 peratus, tambahnya.


Jabu yang juga merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak berkata, usaha penduduk Bukit Kisi Peninjau yang mendapat bekalan elektrik ini adalah sebagai suatu hadiah istimewa kerana telah memberi sokongan kepada kerajaan.


Nilai peruntukkan membiayai projek ini ialah sejumlah RM561,076 dengan purata setiap pintu di empat buah rumah panjang ini ialah RM7,013.45. Projek ini telah siap sepenuhnya pada November 2009 lepas.


Antara empat buah rumah panjang yang terlibat mendapat projek ini ialah Rumah Busang sebanyak 23 pintu, Rumah Gan (10), Rumah Jumat (23) dan Rumah Bidol (20) dengan penduduk seramai 569 orang.


Pada majlis tersebut, Jabu turut mengumumkan peruntukkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Rumah-rumah panjang (JKKK-Kaum Wanita) yang bernilai RM3,000 kepada 36 buah rumah panjang di kawasan Parlimen P.218 Sibuti.


Turut hadir pada Majlis Perasmian Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Lot 84, Bukit Kisi Peninjau ialah Menteri Muda Kesihatan dan Menteri Mudah Kemudahan Awam, Dr Stephen Rundi, Senator Datuk Paduka Empiang Jabu, Ahli Parlimen Ahmad Lai Bujang, ADUN Lambir Aidan Wing, Setiausaha Politik Ketua Menteri Robert Laying, Ripin Lamat dan Isek Utau serta ketua-ketua kerajaan.

PROGRAM PEMBANGUNAN RAKYAT….Epat Bakar (dari kiri), John Siki Taiyai, Ahmad Lai Bujang, Sylvester Entei, Rosey Yunus dan Tr. Lucas semasa lawatan kerja turun pada di Saeh baru-baru ini.

13 Rumah Panjang Saeh Mohon gazette


UTUSAN SIBUTI – Tigabelas rumah panjang kawasan Saeh di Niah Sepupok dalam kawasan Parlimen Sibuti memohon pihak kerajaan supaya mewartakan (Gazette) kawasan rumah panjang dan tanah perkuburan.


Pengerusi Pembangunan Zon Saeh, Epat Bakar ketika ditemui di Pejabat Daerah Kecil Niah semalam berkata, masyarakat Iban di 13 buah rumah panjang di sini sangat berharap pihak kerajaan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak dapat memenuhi permohoan untuk mewartakan kawasan rumah panjang dan tanah perkuburan.


Katanya, permohonan kami sudah pun dimajukan kepada Datuk Sri Dr. James Jemut Masing pada bulan April lepas untuk tindakan lanjut dan kami di sini menunggu jawaban dengan berharap agar permohonan kami mendapat perhatian mendalam oleh pihak berkenaan.


“Mewartakan kawasan rumah panjang di 13 buah rumah panjang di Saeh ini sangat penting demi generasi kami yang akan datang supaya tidak mempunyai sebarang masalah tidak ingin berlaku”.


“Kami tidak mahu seperti kawasan rumah panjang yang pernah kita dengar dan lihat di media massa tentang pencerobohan tanah malah kawasan perkuburan juga sanggup diceroboh”, jelasnya.


Selaku Pengerusi Pembangunan Zon Saeh, kami masyarakat Iban di di 13 buhan rumah panjang sini mengucapkan ribuan terima kasih kehadiran menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Lucas baru-baru ini.


Pada majlis tersebut, Komiti Khas Pembangunan Saeh dan JKKK Rh Lucas Muling telah mendapat peruntukkan sejumlah RM33,000 masing-masing disumbang oleh Menteri Muda Bekalan Air Sarawak Sylvester Enteri RM13,000, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri John Siki Tayai (RM7,000), Ahli Parlimen Ahmad Lai Bujang (RM3,000) dan ADUN Bekenu Rosey Yunus (RM10,000).

DIALOG…Rosey Yunus (duduk tengah depan) ketika sesi dialog bermula di antara penduduk Kampung Kuala Sibuti bersama Sesco Miri dan Citra Allti serta kontraktor di balai kampung berkenaan semalam.



RAKYAT BERTUAH PUNYAI

WAKIL RAKYAT AMBIL BERAT


UTUSAN SIBUTI – Masyarakat daerah kecil Sibuti melahirkan rasa bertuah dan beruntung kerana mempunyai seorang wakil rakyat yang sentiasa mengambil berat tentang pembangunan dan kebajikan rakyatnya.


Kata Ketua Kaum Kampung Kuala Sibuti Saini Lakim pada sesi dialog di anatara penduduk kampung bersama Sesco (Miri) dan Kontraktor Citra Arti yang disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (N.61 Bekenu) Rosey Yunus semalam.


“Kami di Kampung Kuala Sibuti ini sangat senang untuk menemui beliau (Rosey Yunus) ketika menghadapi pelbagai masalah pembangunan seperti bekalan elektrik di kampung kami, beliau telah berjaya menyuraikan kurang faham penduduk mengenai kos-kos pembayaran kepada pihak kontraktor pemasangan wayer di kampung kami”.


“Hari ini kita telah menyaksikan Rosey Yunus menjadi orang tengah dalam penyelesaian masalah bekalan elektrik di antara kami bersama pihak Sesco dan kontraktor, semua berjalan dengan lancer dan mudah dipaham tentang pelbagai yang mengirukan semasa penyambungan elektrik”, jelasnya.


ADUN Bekenu, Rosey Yunus ketika ditemui berkata, dengan cara berdialog sedemikian semua masalah dapat diatasi kerana tidak adalah masalah yang tidak dapat kita selesaikan.


Katanya, setiap masalah pasti ada cara penyelesaian yang harus menggunakan cara pemikiran dan budi bahasa yang terbuka kedua-dua belah pihak.


Lihatlah keputusan yang kita telah hari ini dalam menyelesaikan masalah berdialog di antara penduduk kampung dengan pihak Sesco dan kontraktor telah berjaya kita, masalah ini hanya salah faham sahaja.


Sesuatu masalah sering timbul disebabkan terdapat sebelah pihak kurang faham dengan penjelasan pihak yang lain hingga jadikan ia salah faham maka timbullah masalah sedemian rupa, jelasnya.


Turut hadir sesi dialog ini ialah Ketua Bahagian SPDP Kaunselor Sebastian Janting, Pegawai Sesco Miri, Ketua Kontraktor Citra Alti dan masyarakat kampung berkenaaan.