Khamis, 11 Julai 2013

Kepada pihak yang berkenaan, cepat-cepatlah baikpulih tiang yang tapah di Simpang Taman Bekenu sebelum ada yang cedera atau maut terkena tiang tersebut. 





Keracunan atau diracun ??
Yang dicari tidak ditemui, 
bangkai ikan busuk ditemui pulak

BUSUK…. Pelbagai jenis bangkai ikan yang terapung di Sungai Suai menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat rumah panjang dan kampung sejak petang semalam.

SUAI (10/7/2013) - Orang ramai ketika sibuk menjalankan operasi mencari mangsa yang hilang belum kepastian puncanya, kini telah dikejutkan dengan penemuan pelbagai jenis bangkai ikan timbul berbau susuk di Sungai Suai pada petang tadi.

Semalam, turut dihubungi oleh pihak Jabatan Penerangan Daerah Niah tentang kejadian yang serupa di sini bahawa orang ramai terkejut melihat keadaan pelbagai jenis ikan dan udang yang mabuk.

Sehubungan itu, orang ramai di kawasan Niah/Suai diharapkan tidak mengambil atau mengumpul ikan dan udang untuk dimakan kerana tidak mahu kejadian yang buruk berlaku seperti keracunan.

Punca kejadian ini masih belum dapat dipastikan dan berharap pihak bertanggungjawab untuk membuat pemantauan serta mengkaji sebab kematian ikan dan udang tersebuit.

Kejadian ini juga berkemungkinan besar hidupan sungai telah kerancunan disebabkan bahan kimia dan racun yang digunakan ladang mengalir ke sungai tersebut.