Ahad, 4 November 2012

TAHNIAH… Belia kawasan Parlimen Sibuti berebut peluang merakamkan album kenangan bersama Ahmad Lai Bujang selepas menyambut kehadiran para konvoi bermotor dari Miri.

Ahmad Lai Bujang ~ 
Belia perlu rebut peluang maju diri

SIBUTI (4/11/2012) ~ Belia luar bandar perlu mengambil peluang membangunankan diri melalui pelbagai perkembangan kemajuan yang telah disediakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata demikian ketika ditemui pada Program Bah Berdudon 1Malaysia anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti yang diadakan di Kampung Tanjung Belipat di sini pagi tadi.

 Katanya, pelbagai perkembangan tersedia oleh kerajaan hendaklah diceburi dan diambil oleh masyarakat dan belia luar bandar untuk memajukan diri bersama menghadapi pelbagai cabaran ketika negara sedang dalam arus pembangunan masa ini.

Sebagai contohnya, baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak pada perbentangan Belanjawan 2013 telah mengumumkan peruntukan yang besar kepada rakyat termasuk para belia kita, jelasnya.

SILAT... Persembahan silat anak-anak kampung ketika menyambut ketika Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang di Program Bah Berdudon 1Malaysia.

“Mengenai Program Bah Berdudon 1Malaysia ini ialah untuk memupuk semangat perpaduan dan perhubungan erat persaudaraan dikalangan masyarakat yang berbeza kaum, agama dan kebudayaan di kawasan luar bandar ini.

“Hari ini, kita telah mengadakan mini ekspo dengan membawa pelbagai agensi kerajaan ke kawasan luar bandar untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh rakyat itu sendiri, dengan adanya usaha seperti ini telah banyak memberi kemudahan kepada rakyat memajukan permasalahan mereka,” tambahnya.

Justeru, sokongan dan kerjasama masyarakat kepada kerajaan Barisan Nasional juga harus diteruskan kerana selama ini hanya kerajaan BN yang telah banyak membawa pembangunan kampung dan rumah panjang dengan adanya sudah jalan raya, bekalan air bersih, elektrik dan sebagainya, katanya lagi.

Program ini turut mengadakan konvoi bermotor yang mendapat sambutan sebanyak 230 buah motorsikal dari Bakam ke Tanjung Belipat di sini.

ALBUM… Rosey Yunus, Ahmad Lai Bujang dan Ripin Lamat merakamkan kenangan bersama ahli keluarga BADAMI pada Majlis Ramah Tamah Aidiladha BADAMI 2012 di Dewan Masyarakat Bekenu.

Rosey ~ BADAMI tidak ketinggalan nikmati arus pembangunan

SIBUTI (4/11/2012) Persatuan Bakong Dalek Miri (BADAMI) yang masyarakatnya merupakan sebuah kaum keluarga kecil di Sarawak tidak tercicir dan ketinggalan menikmati arus pembangunan daripada kerajaan.

Kata Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus di Majlis Ramah Tamah Aidiladha BADAMI 2012 di Dewan Masyarakat Bekenu yang mewakil Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg pagi tadi.

Katanya, BADAMI merupakan sebuah kaum keluarga kecil di Sarawak harus bekerja keras menyatu padukan dan perkukuhkan rakyatnya, begitu juga teruskan hubungan erat  dengan masyarakat yang berbilang kaum di negeri ini untuk mencapai kemajuan untuk semua rakyat di sini.

“Pihak kerajaan sangat bangga di atas kerjasama dan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional sehingga kawasan-kawasan kampung masyarakat BADAMI telah menikmati pelbagai pembangunan fizikal pada masa kini.

“Sistem jalan raya yang telah menjalinkan kawasan kampung ke kampung antara Miri, Bekenu, Batu Niah dengan Bekenu telah banyak memberi kesenangan masyarakat BADAMI untuk berkunjung dalam merapatkan lagi perhubungan persaudaraan semasa masyarakat itu sendiri,” jelasnya.
TERIMA KASIH… Rosey Yunus menerima cenderahati daripada Kaunselor Sulaiman Ahmad sambil diperhatikan oleh Ahmad Lai Bujang dan Ripin Lamat.

Rosey yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (N.61 Bekenu) menambah, untuk mencari ramai lagi ahli keluarga BADAMI ini, adalah perlu perbanyakkan aktiviti BADAMI kerana secara tidak langsung ia akan dapat mengumpulkan masyarakat itu sendiri.

Selain itu, aktiviti ini juga akan merapatkan lagi jalinan persaudaraan dengan masyarakat lain yang mampu berganding bahu dalam pembangunan negeri Sarawak, katanya lagi.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Lambir Ripin Lamat, Yang Dipertua BADAMI Kaunselor Sulaiman Ahmad dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Pada majlis itu, Rosey Yunus, Ahmad Lai Bujang dan Ripin Lamat yang masing-masing telah menyumbangkan peruntukan RM1000 kepada BADAMI untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan kawasan Sibuti.