Sabtu, 8 Ogos 2009

PERGERAKAN WANITA PBB BEKENU…. Hajah Halimah Abu Bakar (duduk tengah) dan timbalannya Mariam Suhaili (duduk 2 kanan) bersama AJK nya merakam kenangan selepas tamat pengundian pemilihan di Dewan Masyarakat Bekenu tadi.

PERGERAKAN WANITA PBB N.61 BEKENU
Hajah Halimah Menang Tipis Dan Kekal Ketua Wanita Sesi 2009/2012

UTUSAN SUBIS (8/8/2009) - Hajah Halimah Abu Bakar sekali lagi menerajui Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Cawangan N.61 Bekenu setelah berjaya menewaskan Hadijah Sh. Kassim pada pemilihan bagi sesi 2009-2012.

Beliau yang merupakan Pengerusi Wanita PBB Cawangan N.61 Bekenu penggal lepas telah ditentang oleh Hadijah Sh. Kassim satu lawan satu telah menang nipis.

Ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Perwakilan Pergerakan Pemuda PBB di sini berkata, beliau bahawa akan terus berusaha demi parti dan masyarakat yang masih memerlukan khidmatnya.

BERSEMANGAT... Duyah Mudin begitu semangat untuk mengundi bagi pemilihan pengerusi (Ketua Pergerakan Wanita) untuk sesi 2009/2012.

“Saya berterima kasih kepada perwakilan dari 13 ranting yang hadir dengan penuh semangat tinggi dalam memperjuangkan parti menjadi lebih kukuh dari masa ke semasa.

“Kemenangan ini juga bukan untuk sendiri, ia adalah sebagai memperjuangkan parti kerana Bekenu merupakan kubu kuat PBB. Selain itu kena membantu mereka yang memerlukan perkhidmatan saya, saya akan menjalankan tugas lebih teliti dan penuh tanggungjawab”, jelasnya.

UNDI BIJAK...Kelihatan beberapa perwakilan wanita membuat undian untuk merebut Jawatan Pengerusi Wanita dan 7 Ahli Jawatankuasa.

Mana kala, Jawatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita PBB Cawangan N.61 Bekenu juga dipertandingkan kerana mempunyai seramai sembilan yang berminat untuk mengisi jawatan berkenaan.

Selepas perundian dijalankan, hanya tujuh ahli yang dihadkan telah terpilih melalui perundian yang dijalankan. Tujuh yang berjaya ialah Masbah Joll, Jaliah Yussop, Iyat ak Rotok, Salmah Suhaili, Dayang Satun Pg Sanjak, Limah Burut dan Fridah Hj Salman.

Jawatan Timbalan Pengerusi masih disandang oleh Mariam Suhaili (tidak dipertandingkan), mana kala jawatan seperti Setiausaha, Timbalan Setiausaha, Bendahari dan Timbalan Bendahari masih belum diaturkan. Senarai penuh Jawatankuasa boleh didapati dalam sikit masa lagi.
Proses pengiraan undian yang dijalankan oleh beberapa urusetia berkecuali.

Antara Ranting-ranting Pergerakan Wanita PBB N.61 Bekenu yang hadir, Ranting Kuala Sibuti, Tiris, Bukit Bom, Skim Sepupok, Kampung Sepupok Niah, Ladang Komplek, Selanyau, Sibuti, Bekenu, Rancha-rancha, Pejuang Kelulit, Lajung dan Tanjung Melipat.

Majlis perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Pergerakan Wanita ini telah dirasmikan oleh Kaunselor Jamali Basri yang turut hadir ialah Kaunselor Anuar Ahmad, Kaunselor Yussof Bujang dan Kaunselor Zainani Salleh.
PENUNDAAN... Affendi Suhaili (berdiri) menyuarakan penundaan mesyuarat dan akan disambung semula pada 15 Ogos ini di Dewan Masyarakat Bekenu.


Penyelaras PBB : Pemilihan jawatan akan diadakan 15 Ogos ini

Borang boleh didapati 9 Ogos 2009 dan tutup 13 ogos 2009


UTUSAN SUBIS (8/8/2009) – Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bersatu Cawangan N.61 Bekenu yang dijangkakan awal-awal berjalan dengan lancar akhirnya terpaksa ditunda ke 15 Ogos ini ekoran daripada perwakilan yang mahu bertanding merebut beberapa jawatan.


Pengumuman penundaan ini telah disuarakan oleh badan penyelaras PBB Affendi Suhaili di Dewan Masyarakat Bekenu pada Mesyuarat Agung Perwakilan Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N.61 Bekenu semalam.


Katanya, penundaan ini adalah sah mengikut peraturan parti dan kita perlu mengikut perundangan yang ada, dengan ini kita telah menlantik Kaunselor Anuar Ahmad sebagai urusetia berkecuali pada pemilihan calon pada 15 Ogos depan.


“Bagi mana-mana ranting yang ingin menyertai percalonan pemilihan untuk jawatan-jawatan dalam Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N.61 Bekenu untuk sesi 2009/2012 boleh mendapatkan borang daripada Kaunselor Anuar Ahmad yang dibuka pada esok hari (9 Ogos 2009).


“Tarikh tutup penghantaran borang-borang ialah pada 13 Ogos 2009 jam 12 tengahari dan cabutan nombor calon pada hari yang sama di Pejabat Pusat Khidmat P.218 Sibuti dan pemilihan calon yang akan dijalankan di Dewan Masyarakat Bekenu pada 15 Ogos 2009 jam 9 pagi“, jelasnya.


Katanya, peraturan ini (mesyuarat hari ini) adalah terpakaian dan senarai-senarai yang sedia ada hari ini tidak boleh ditukarkan.

KENANGAN... Kaunselor Jamali (4 kanan) menerima cenderahati daripada ketua wanita PBB Bekenu Haj Halimah sambil diperhatikan oleh Ripin Lamat (3 kiri).


Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Pengerusi PBB Cawangan N.61 Bekenu Kauselor Jamali Basri, turut hadir pada Mesyuarat Agung Perwakilan Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N.61 Bekenu ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ripin Lamat, Kaunselor Anuar Ahmad, Kaunselor Yussof Bujang dan ahli-ahli PBB Bekenu, Batu Niah dan Niah Sepupok.

BIAR SEIMBANG... Epat (beridiri) ketika menyampaikan pandangnya bahawa sayap pusaka (PBB Pergerakan Pemuda Bekenu) perlu juga ada jawatan seperti Timbalan Pengerusi.


Epat Balem : Perlu ada jawatan untuk Sayap Pusaka


UTUSAN SUBIS (8/8/200) – Bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Cawangan N.61 Bekenu sesi 2007-2009 Epat Anak Balem hari ini menyuarakan bawasa Timbalan Pengerusi Pergerakan Pemuda Bekenu diagih kepada Sayap Pusaka.


Katanya, pengagihan jawatan berkenaan adalah wajar bagi tidak pinggirkan pihak sayap pusaka supaya ia nampak seimbang.


“Pengagihan jawatan itu sudah tentu ia akan memperkukuhkan lagi parti PBB di Bekenu malah mampu menjadi Bekenu sebagai Kubu Kuat PBB lebih berkembang luas.


“Kita memang mahukan pertandingan calon untuk merebut jawatan-jawatan yang sedia ada pada hari ini. Pada awal-awal mesyuarat tadi kita tidak melihat akan ada pertandingan dan mengekalkan jawatankuasa bagi sesi 2007-2009”, jelasnya.


Namun hari ini, terdapat beberapa ranting mahukan ada pemilihan calon baru disenaraikan untuk sesi 2009-2012 terutamanya kepada sayap pusaka.


Oleh sebab terdapat beberapa ranting menyuara mahukan pemilihan untuk muka baru membuat badan penyelaras diketuai Affendi Suhaili menjadikan beliau membuat keputusan yang mengikut peraturan parti dan selepas perbincangan maka mesyuarat ditundakan kepada 15 Ogos depan.