Rakam kenangan bersama Tuan Haji Ahmad Lai Bujang, Rosey Yunus dan Aidan Wing pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri P.218 Sibuti baru-baru ini.
Ramah Tamah Aidilfiri P.218 Meriah
UTUSAN SUBIS, (9/10/2009) – Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti mendapat sambutan yang di luar dugaan dengan kehadiran lebih 500 masyarakat bandar dan luar bandar yang tidak mahu lepas peluang untuk berjumpa dengan Ahli Parlimen P.218 Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai Bujang di sini.
Utusan Sibus turut difahamkan bahawa hampir 100 peratus Tuai-tuai Rumah dan Ketua Kaum kawasan P.218 Sibuti hadir, malahan juga rakan penjuangan politik Tuan Haji Ahmad Lai Bujang dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kawasan P.219 Miri juga turut memberi sokongan kepada sambutan Ramah Tamah Aidilfitri julung kali pernah diadakan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti ini.
Ucapan ringkas Tuan Haji Ahmad Lai Bujang berkata, beliau merasa begitu terharu dengan kehadiran masyarakat yang berbilang kaum dan mengucapkan ribuan terima kasih ke atas sokongan rakyat di P.218 Sibuti yang membawa banyak perubahan kepada penduduk di kawasan luar bandar sekarang.
Katanya, tujuan utama mengadakan majlis ini ialah untuk mengeratkan perhubungan persaudaraan yang berkonsepkan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri yang kita kasih iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Hanya Barisan Nasional (BN) yang mampu membela nasib rakyat, kemajuan dan perkembangan kawasan luar bandar mahu pun di bandar adalah kerajaan kita iaitu kerajaan BN sahaja yang telah memberi kemudahan seperti jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik dan pelbagai lagi kemudahan, tambahnya.Tuan Haji Ahmad Lai Bujang juga menyeru kepada rakyat di P.218 Sibuti supaya terus memberi sokongan kepada siapa saja calon BN di kawasan ini (N.61 dan N.62) yang akan bertandingan pada pilihan raya ADUN yang akan menjelang mungkin pada tahun 2010 atau 2011 nanti demi kebaikkan kepada generasi akan datang.
ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus dan ADUN N.62 Lambir Aidan Wing juga turut hadir memberi sokongan sambil bertemu mesra dengan rakyat dalam jagaan masing-masing. Turut kelihatan juga ialah ketua PBB cawangan Bekenu Kaunselor Jamali Basri, Ketua PRS Bekenu Tuai Rumah Johnson Jangu, Ketua SPDP Bekenu Kaunselor Sebastian Janting dan ahli-ahli dari SUPP Bekenu serta Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Ripin Lamat.
Katanya, tujuan utama mengadakan majlis ini ialah untuk mengeratkan perhubungan persaudaraan yang berkonsepkan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri yang kita kasih iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Hanya Barisan Nasional (BN) yang mampu membela nasib rakyat, kemajuan dan perkembangan kawasan luar bandar mahu pun di bandar adalah kerajaan kita iaitu kerajaan BN sahaja yang telah memberi kemudahan seperti jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik dan pelbagai lagi kemudahan, tambahnya.