Ahad, 7 Februari 2010

MEMUASKAN... Ahmad Lai Bujang (depan) ketika mengadakan pemantauan projek pembinaan jeti di Kampung Kuala Niah yang turut hadir di tapak projek SAO Niah Salbilah dan Kaunselor Anuar Ahmad.


Ahmad Lai: Kampung Muhhidbah diberi tumpuan bantuan


UTUSAN SIBUTI 7/1/2010 - Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang menyuarakan akan terus memberi tumpuan mengatasi masalah dan keperluan kepada penduduk Kampung Muhhidbah Ladang Tiga di sini.


Katanya, kerajaan Barisan Nasional yang berpegang kuat dasar gagasan 1 Malaysia akan membantu mana-mana saja kawasan, rumah panjang dan kampung yang mempunyai masalah kerana kita tidak mahu ada yang tercicir.


“Penduduk Kampung Muhidbah di sini sangat bertuah kerana lokasi tanah mereka sudah bersukat dan tidak lagi dalam kuasa Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) dan Lembaga Penyatuan Tanah Pertanian Sarawak (SPAD), dan sudah ada dalam senarai di Jabatan Tanah dan Ukur Kerajaan Sarawak”.


“Mengenai masalah bekalan air bersih yang sering terganggu di kampung ini, saya akan mengarah pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat tinjauan dan permantauan agar penduduk di sini menerima bekalan yang bersih dan selamat digunakan”, tambahnya.


Selain daripada itu, jalan raya dan parit akan diperbaiki bagi kemudahan mereka. Manakala permohonan untuk sebuah surau akan kita bantu juga setelah penduduk kampung mendapat tempat yang sesuai atau di lokasi yang sedia ada sekarang, jelasnya.


Bagi keselamatan kampung di ladang-ladang juga akan dimajukan kepada pihak yang berkuasa agar keselamatan penduduk sentiasa terjamin pada setiap masa. Sementara itu, dinasihatkan supaya masyarakat kawasan ini untuk menubuhkan pasukan RELA.


Turut hadir bersama lawatan Ahli Parlimen ini ialah SAO Niah Salbilah Mahdar, pegawai Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Saliran dan Perparitan, JAIS Miri, kaunselor-kauselor Masjlis Daerah Subis dan ketua-ketua kaum setempat.


Pada masa yang sama, beliau juga telah mengadakan lawatan ke Masjid Al-Muqarrabiin yang hampir siap sepenuhnya dekat simpang Ladang Tiga Jalan Miri/Bintulu, lawatan singkat juga di Sekolah Kebangasaan Kelapa Sawit No.4 untuk mengenalpasti kemudahan asas yang tersedia di sekolah berkenaan demi keselesaan pelajar pada masa kini.


-----------------------berita seterusnya--------------------------------------------------------

PPKM terkejut dengan luahan Lengetan Gagat


UTUSAN SIBUTI 7/1/2010 – Persatuan Penyayang Kanak-Kanak Miri (PPKM) terkejut dengan berita benar yang diluahkan oleh tuai rumah dan penduduknya ketika pergi menziarahi balu Lengetan Gagat di Rh Humprey petang semalam.


Pengerusi PPKM Mohamad Saizal Abdullah yang ditemui ketika mengikuti rombongan lawatan kerja Ahli Parlimen Sibuti ke Ladang Tiga berkata, pihak PPKM sangat terkejut dengan berita disiarkan di Utusan Sarawak pada 6 Februari lepas dan terus pergi ke rumah panjang berkenaan.


“Kami sepasukan PPKM telah berjaya menemui Lengetan Gagat dan Irang Basok (Orang Kurang Upaya-OKU) serta penduduk rumah panjang, sangat sedih sekali mendengar penjelasan kematian terhadap mendiang Angas Basok baru-baru ini”.


“Kita akan berusaha membantu mangsa kerana mereka beranak dalam keadaan sangat daif yang amat memerlukan bantuan. Lebih-lebih lagi dalam soalan siapa yang perlu mencari rezeki harian antara mereka berdua? Ibu pergi cari rezeki harian siapa yang jaga dan menyuap nasi anak yang cacat sepenuhnya?”, tambahnya.


Kami mempnuayai sedikit kesulitan untuk membantu Irang Angas kerana tidak mempunyai kad pengenalan walaubagai mana kami tetap juga terus berusaha untuk membantu kerana tidak mahu ada yang tercicir, jelasnya.


Katanya, objektif utama persatuan ini ialah membantu dan menerima semua OKU dan kanak-kanak istimewa yang telah diklasifikasi oleh pegawai perubatan hospital tidak mengira umur.


Selain itu, PPKM juga memberi latihan asas di rumah bagi yang tinggal di luar bandar dan memantau peluang pekerjaan terbuka bagi yang berkelayakan, tambahnya.


Denagn ini Persatuan Penyayang Istimewa Miri sangat mengalu-alukan kerjasama, sokongan dan sumbangan daripada ibubapa, orang awam, mana-mana agensi yang sudi menghulurkan apa juga bantuan keperluan demi menjayakan aktiviti persatuan ini, katanya.


-----------------------berita seterusnya------------------------------------------------------------------------

TERSELAMAT… Pemandu trele Zamani Zahir, 55, (gambar kecil) yang membawa muatan paip gas mengalami cedera ringan bahagian kaki kanan dan luka-luka kecil di bahunya dalam satu kecelakaan jalan raya. Beliau yang ditemui di tempat kejadian di KM17 dari Simpang Bekenu Jalan Miri/Binutlu petang tadi berkata, kejadian ini berlaku adalah untuk menggelak dirempuh oleh sebuah kereta proton yang datang dari arah bertentangan yang telah memotong kereta di depan. Paip gas dibawa dari pelabuhan Bintulu adalah hendak dihantar ke Long Lama itu nyaris melanggar tiang elektrik di selekoh jalan berkenaan.


-----------------------berita seterusnya------------------------------------------------------------------------

VANDALISME… Angkara siapa? Kehilangan beberapa skru paip ini (anak panah dalam gambar) disedari oleh orang awam yang menghubungi Utusan Sarawak di sini pagi tadi. Tinjauan Utusan Sarawak di beberapa kasawan paip utama di sekitar Simpang Bekenu Jalan Persisiran Pantai Miri/Bintulu telah mendapati lebih daripada 50 biji skru telah hilang dan dipercayai dicuri oleh orang tidak bertanggungjawab.