Rabu, 29 Julai 2009

MUSNAH... Keadaan rumah Liman (gambar kecil kiri) yang dijilat api sekelip mata ketika mangsa tidak berada di rumah pada pagi tadi.

KEBAKARAN : Warga tua tinggal sehelai sepinggang


UTUSAN SUBIS (BEKENU 29/7/2009) Seorang warga tua tinggal sehelai sepinggang setelah rumah papannya di Kampung Selanyau di sini musnah dijilat api dalam satu kebakaran pada pagi tadi.


Semasa kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi bahawa mangsa kebakaran Liman bin Marali (warga tua), 57 tahun tidak berada di rumah kerana beliau sejak awal pagi telah turun ke pekan Bekenu.


Polis Bekenu ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihak polis bekenu menerima panggilan kebakaran sekitar 9 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian sambil menghubungi Bomba Sukarela Sibuti untuk mendapat bantuan penyelamat.


Katanya, kebakaran ini telah disedari oleh salah seorang anak mangsa yang tinggal berdekatan kejadian di mana api semasa itu telah pun marak kuat bermula dari bahagian dapur.


Dengan tiupan angin kuat juga menjadikan api marak semakin kuat hingga tidak sempat anaknya dan orang-orang kampung untuk memadamkan api dan menyelamatkan barang-barang mangsa.


Mangsa, Liman yang telah dihubungi balik ke kampung dan tiba di halaman rumahnya tidak dapat berbuat apa-apa yang cuma melihat sahaja api terus marak sekelip mata sahaja rumahnya habis musnah.


Turut hadir memberi bantuan kerja menyelamat ialah sepasukan Bomba Miri dan Bomba Sukarela Sibuti. Punca sebenar kejadian dan kerugian serta dokumen penting masih lagi dalam siasatan pihak Polis Bekenu.

KENA FIKIR... Ahmad Lai (berdiri) ketika berucap pada Program Penerangan dan Dialog Bersama Ranting-ranting PBB Cawangan N.61 Bekenu, kelihatan (kanannya) Kaunselor JamaliBasri dan Ripin Lamat.

BEKENU, Selasa – Tujuhbelas Ranting Parti Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.61 Bekenu berharap Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang agar terbuka hati dengan jemputan untuk mengemudikan parti berkenaan.

Tujuhbelas Ranting PBB Cawangan N.61 Bekenu amat mengalu-alukan Ahmad Lai Bujang supaya tidak keberatan menerima permohonan mereka, ini kerana beliau sudah tidak lagi menjadi Pengerusi PBB Cawangan N.63 Piasau maka tidak ada masalah beliau tidak mahu menerima.

Demikian kata Pengerusi PBB Cawangan N.61 Bekenu Kaunselor Jamali Basri pada Program Penerangan dan Dialog Bersama Ranting baru-baru ini di Pejata Pusat Khidmat P.218 Sibuti di Bekenu.

“Saya sudah lama bersedia untuk menyerahkan jawatan pengerusi ini kepada beliau (Ahmad Lai Bujang) dan saya sudah berbincang dengan ranting-ranting PBB di sini dan semua ahli-ahli juga bersetuju dengan hasrat saya.

Pengunduran saya ini tidak menjadi masalah, apa yang penting ialah keteguhan Parti PBB kita adalah utama kerana Bekenu merupakan kubu kuat PBB“, katanya.

Tetapi keputusan sepenuhnya akan diketahui selepas mengadakan Mesyuarat Agong PBB Cawangan N.61 Bekenu dan N.62 Lambir pada bulan depan yang akan diadakan di Bandaraya Miri.

Katanya, sejak beliau menjadi wakil rakyat kawasan Sibuti dalam tempoh yang singkat kita telah nampak banyak perubahan pembangunan di kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di luar bandar.

Maka tidaklah kita terasa ragu-ragu dengan kepimpinan beliau jika mengemudikan parti PBB ini dan lagi pun sekarang di Bekenu ini sudah pun mempunyai sebuah pejabat serba lengkap untuk mengadakan mesyuarat pada bila-bila masa.

Lagi pun, beliau merupakan wakil rakyat kawasan Sibuti ini dan maka beliau harus menjadi ketua di sini dan beliau sudah serasi dengan kebudayaan masyarakat kawasan jagaannya, jelasnya.

Sementara itu, ketika Ahmad Lai Bujang berucap telah menyuarakan beliau tidak terburu-buru menerima jemputan untuk mengemudi Parti PBB di Bekenu ini kerana kena fikir terhadap orang yang telah berjaya membawa PBB memiliki P.218 Sibuti ini.

Kita tidak patut menggenepikan beliau (Kaunselor Jamali Basri), ini kerana beliau dan rakan-rakan sepejuangan parti PBB telah berjaya membawa saya untuk dicalokan sebagai calon Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 lalu, katanya.

Turut hadir bersama pada program ini ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ripin Lamat yang merupankan Timbalan Pengerusi PBB Cawangan N.61 Bekenu, setiausaha partinya Kaunselor Anuar Haji Ahmad dan Ketua-ketua Ranting PBB Cawangan N.61 Bekenu.

Selasa, 28 Julai 2009

PERSEDIAAN YANG RAPI... beginilah keadaan bilik mesyuarat Pusat Khidmat P.218 Sibuti yang telah dilengkapi dengan peralatan dan (gambar kecil) ialah Nazri Ahmad Lai ketika ditemui.


Pejabat Pusat Khidmat P.218 Sibuti

mula buka pada 31 Julai ini


UTUSAN SUBIS (BEKENU 28/7/2009) - Pusat Khidamat P.218 Sibuti menjemput orang ramai hadir pada hari Perasmian Pembukaan Pajabat Pusat Khidmat P.218 di Pekan Bekenu pada jam 2.15 petang Jumaat 31 Julai ini.

Jurucakap Pusat Khidmat P.218 Sibuti Nazri Ahmad Lai ketika ditemui berkata, Ketua-ketua Ranting Parti Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.61 Bekenu dan N.62 Lambir serta tiga lagi parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) serta kakitangan kerajaan tempatan adalah dijemput hadir pada majlis perasmian ini.

Katanya, Pejabat Khidmat ini diadakan di sini amat bersesuaian kerana inilah ikrar Ahli Parlimen P.218 Sibtui, Ahmad Lai Bujang untuk membela nasib rakyat dan di sini nanti kita dengan senang membuat kerja pemantauan ke kawasan kampung-kampung dan rumah-rumah panjang yang menghadapi masalah.

Dengan adanya sudah pusat khidmat ini sudah tentu memberi banyak manfaat kepada ahli-ahli parti PBB mengadakan mesyuarat dengan keadaan peralatan yang lengkap, malahan memberi banyak kemudahan kepada masyarakat datang menampilkan urusan pembangunan mereka bersama kakitangan di pejabat ini.

Jika wakil rakyat kita (Ahmad Lai) tidak mempunyai sebarang urusan penting dan persidangan parlimen di Kuala Lumpur maka beliau akan kerap kali berada di sini bersama kita dan ini mudah untuk masyarakat luar bandar berundingan dengan beliau, jelasnya lagi.

Lawatan Utusan Subis ke Pusat Khidmat P.218 Sibuti ini di bahagian tingkat dua bahawa bilik mesyuarat telah tersusun rapi dengan peralatan beberapa buah komputer, mesen fax dan telefon, satu bilik rehat khas dan pejabat Ahmad Lai Bujang.

Mana kala di tingkat bawah pula tersedia meja kerusi sebagai tempat penduduk menunggu untuk mendapat perkhidamtan daripada kakitangannya bagi mengurus persoalan yang akan disampaikan.

Isnin, 20 Julai 2009

KERJASAMA PERLU ADA... Datuk Amar Awang Tengah (atas) ketika berucap di Majlis Makan Tahun di Kampung Pejuang Kelulit baru-baru ini.

Awang Tengah : RM120 juta untuk projek
pembangunan luar bandar


UTUSAN SUBIS (20 Julai 2009) - Sebahagian besar daripada peruntukan RM120 juta yang diterima oleh Kementerian Awam Sarawak telah diagihkan untuk projek bekalan air luar bandar Sarawak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama dan telah dilaksanakan.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang ditemui semasa hadir di Majlis Pemimpin bersama Rakyat sempena Makan Tahun 2009 anjuran bersama Persatuan Kedayan Sibuti dan JKKK Kampung Pejuang Kelulit pada 19 Julai 2009.

“Pelaksanaan projek-projek berkenaan kini dipantau oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Muda Bekalan Air negeri, Sylvester Entri Muran dan projek-projek berkenaan perlu disaipkan dalam masa dua tahun.

Langkah itu sejajar dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan pakej itu tahun lepas yang mahukan semua projek di bawah pakej berkenaan disiapkan dalam tempoh berkenaan” jelasnya.

TERIMA KASIH... Ripin Lamat (2 kiri) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Amar Awang Tengah yang sudi hadir di Majlis Makan Tahun di Kampung Pejuang Kelulit baru-baru ini.

Katanya, tender untuk projek-projek bekalan air luar bandar yang belum lagi dilaksanakan di bawah pakej ini sudahpun dikeluarkan dan dijangka bermula dalam tahun ini.
Pada majlis itu juga beliau telah menyalukan sumbangan sejumlah RM300 ribu sebagai naik taraf jalan kampung-kampung dan RM20,000 kepada Persatuan Kedayan Sibuti untuk menjalankan kegiatan aktiviti-aktiviti persatuan berkenaan.

Sementara itu, beliau juga mahu bekalan elektrik ke Kampung Kelulit dan kawasan terdekat akan dipercepatkan dan boleh diguna menjelang Ramadan ini.

Turut hadir bersama ialah Ahli Parlimen P. 218 Sibuti Ahmad Lai Bujang,
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Mohd. Naroden Majais, Adun Bekenu Rosey Yunus, Adun Lambir Aidan Wing, Adun Telang Usan Lihan Jok dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Ripin Lamat.
Majlis Perasmian...Dr. Chan yang sedang menyampaikan ucapan, kelihatan di situ ialah Presiden Kehormat PPK Subis Aidan Wing (duduk Kanan) dan Pengerusi AJP PPK Subis Boniface Bada (duduk kiri).

Dr Chan : Pelbagai insentif dan bentuk bantuan
kepada petani melalui Kerajaan Persekutuan

UTUSAN SUBIS (20 Julai 2009) Pelbagai insentif dan bentuk bantuan telah disalurkan kepada petani kecil bagi memastikan mereka berusaha lebih giat dan progresif dalam meningkatkan keluaran produk tani melalui Kerajaan Persekutuan.

Demikian kata, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan pada sidang media sempena perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Subis Ke-26 pada 18 Julai baru-baru ini.

Dr Chan berkata, petani juga harus memahami konsep pertanian moden seperti sistem saliran dan kawalan air untuk tanaman supaya hasilnya lebih berkualiti.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Perindustrian menjelaskan petani terutamanya dalam persatuan atau pertubuhan harus bekerja sebagai satu pasukan bagi mencari alternatif meningkatkan produk tani mereka.

Petani kecil tidak seharusnya menyembunyikan masalah berkaitan pertanian mereka sebaliknya mencari pihak yang berkaitan untuk membantu meningkatkan hasil produk tani.

Selamat hari jadi ke-25 PPK Subis.... Dr. Chan meniup lilin kek sebagai tanda menghargai kejayaan PPK Subis, hadir sama Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Subis Tuai Rumah Boniface Bada Enjah, Menteri Muda Kemajuan Tanah merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang, Presiden Kehormat PPK Subis Aidan Wing, Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut Andy Chia dan Pengurus Besar PPK Subis Yeong Kui Po.

PPK Subis yang mempunyai 5,686 ahli dengan saham berjumlah RM511,000 telah mencatatkan isipadu perniagaan berjumlah RM28.05 juta dan RM30.08 juta untuk kumpulan dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM408,000.

Dr Chan menjelaskan, jumlah besar isipadu perniagaan dikumpulkan sejak 10 tahun di bawah pengurusan sedia ada sejak tahun 1998 sehingga 2008 telah mencecah RM87.6 juta dengan keuntungan terkumpul melebihi RM1.7 juta.

Sejumlah 20 peratus daripada 5,686 ahli PPK Subis telah menjadi usahawan berjaya apabila ada di antara mereka menceburi pelbagai bidang pertanian seperti minyak sawit, buah-buahan atau sayuran dengan pendapatan bulanan kira-kira RM2,000 sebulan.

BETIK TUAIAN PERTAMA.... PKK Subis telah menanam 22,000 batang pokok betik spesies betik sekaki dan betik eksotika di atas tanah seluas 40 ekar dan mensasarkan akan menanam 36,000 batang pokok di tanah seluas 60 ekar menjelang Ogos ini.

Pada majlis yang sama Dr Chan turut menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Subis New Vision Sdn Bdn dan Full Target Sdn Bhd bagi pemasaran buah betik.(Gambar atas)

Jumaat, 17 Julai 2009

KENANGAN...Ahmad Lai (4 kanan) menyampaikan potret Perdana Menteri kepada Tr. Kumbang pada program Pemimpin Mesra Bersama Rakyat baru-baru ini.

Ahmad Lai : Perancangan dan masalah rakyat
sudah dipersidangan parlimen


UTUSAN SUBIS (NIAH 17/7/2009)
– Setiap perancangan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat yang dimajukan kepada wakil rakyat di kawasan jagaan masing-masing akan disampaikan pada setiap kali persidangan Parlimen bermula.

Demikian kata Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Ahmad Lai Bujang pada perasmian Progam Pemimpin Mesra Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti di Rumah Panjang Kumbang di sini pada 12 Julai lepas.

“Setiap perancangan dan masalah yang dikemukan sejak mula saya menjadi wakil rakyat P.218 Sibuti ini telah pun saya sampaikan pada setiap kali persidangan parlimen yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Dan kita hanya menunggu pertimbangan daripada pihak kerajaan mengenai perancangan dan masalah rakyat yang telah saya sampaikan pada persidangan Parlimen itu”, katanya.

Katanya, seseorang wakil rakyat bukan senang untuk berdiri bagi mementangkan isu-isu yang telah dimajukan oleh rakyat kepada wakil rakyat untuk disampaikan ke permukaan persidangan Parlimen.

Wakil rakyat juga terpaksa menunggu giliran masing-masing, di mana seseorang wakil rakyat terpaksa menunggu dua hingga tiga untuk giliran masing-masing.

Kita di Malaysia mempunyai begitu ramai wakil rakyat di Parlimen maka kita kena juga menunggu giliran kita kerana kita adalah orang yang telah dipilih melalui pilihan raya sebagai mewakili rakyat untuk membentangkan isu-isu berkaitan ke persidangan Parlimen ini, jelasnya.

Persidang Parlimen ini juga dihadiri oleh pihak media untuk membuat liputan akhbar dan berita perdana malah juga melalui program siaran persidangan Parlimen secara langsung. Dan saya juga pernah kena rakaman di televisyen semasa menyampaikan isu-isu yang dimajukan oleh rakyat di sini.

Sebagai wakil rakyat saya berikrar kepada diri sendiri untuk membangunkan kawasan Sibuti ini menjadi sebuah daerah yang baru agar semua kemudahan, keselamatan dan ekonomi di tempat ini meningkatnaik supaya nasib rakyat terbela, jelasnya dengan kesungguhan.

Turut hadir menjaya program ini ialah Jabatan Pertanian, Unit Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Saliran dan Pengairan, Jabatan Kebajikan, KEMAS, Majlis Daerah Subis dan Jabatan Penerangan.
Taniah...Ahmad Lai (tengah) dan Rosey Yunus (2 kiri) bersama merakamkan kenangan bersama lima Ketua Kaum yang menerima Sijil Perlantikan sebagai Ketua Kaum di kawasan masing-masing.


Ketua-ketua masyarakat harus

bekerjasama dengan kerajaan


UTUSAN SUBIS (BEKENU 17/7/2009) Ketua-ketua masyarakat yang telah menerima Sijili Perlantikan harus memainkan peranan penting dan beri kerjasama kepada kerajaan.


Demikian kata ADUN N.61 Bekenu pada Majlis Penyampaian Sijil Perlantikan Ketua Kaum yang diadakan di Pejabat Daerah Kecil Sibuti pada 12 Julai lepas.


Katanya, Ketua-ketua Masyarakat (KK) yang telah menerima sijil perlantikan harus menjalankan tugas dengan sebaik mana yang boleh dan beri kerjasama kepada pihak kerajaan bagi membantu rakyat di kawasan masing-masing yang memerlukan bantuan sesebuah perkara.


Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Ahmad Lai Bujang, Pagawai Tabdir Sibuti, Awang Jaapari Awang Narawi, Pemanca Abu Bakar Panggis dan ketua-ketua kaum di kawasan ADUN N.61 dan N.62.


Antara lima Ketua Kaum yang menerima Sijil Perlantikan ialah KK Amin Antin dari Kampung Bulau, KK Jumat Mail (Kpg Selanyau), KK Hussin Jiua (Kpg Jenggalas), KK Yusof Lamat (Kpg Sulap Lada) dan KK Abdul Rahman Talip (Kpg Beraya Batu Satu, Miri).

Rabu, 8 Julai 2009

CARI MUKA BARU...gambar-gambar di atas adalah gambar ketika Perhimpunan Agung Ke-11 Parti Pesaka Bumiputera pada 2007 lepas.

Oleh : Adum Liu
8 Julai 2009

Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali

AHMAD LAI BERI LALU
KEPADA MUKA BARU

UTUSAN SUBIS, (Miri 8/7/2009)Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Cawangan N.63 Piasau yang juga merupakan Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Ahmad Lai Bujang akan memberi laluan kepada muka baru untuk memegang jawatan nombor satu itu pada Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali yang akan berlangsung 19 Julai ini.

Demikian kata jurucakap dari Pejabat PBB Cawangan N.63 Piasau ketika dihubungi, turut dijangkakan memberi lalu kepada muka baru ialah Pengerusi PPB Cawangan N.65 Senadin, Senator Abdillah Abdul Rahim juga tidak mempertahankan jawatanya itu.

CARI MUKA BARU...gambar atas ialah ketika Ahmad Lai dipilih sebagai Pengerusi PBB Cawangan N.63 Piasau pada beberapa tahun lalu.

Katanya, mesyuarat ini nanti akan memperlihatkan dua cawangan PBB iaitu PBB N.63 dan N.65 diadakan secara serentak dan akan dirasmikan oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Mana kala Mesyuarat Agung Wanita PBB dan Pemuda PBB Cawangan Piasau pula akan berlangsung pada 12 Julai ini yang bertempat di Hotel Dynasty di sini.

Mesyuarat Agung Wanita PBB dan Pemuda PBB Cawangan Senadin pula akan dijalankan pada 19 Julai ini dan majlis perasmiaan ini nanti akan dilaksanakan oleh Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Ahmad Lai Bujang.

Oleh : Adum Liu
7 Julau 2009

Program Pemimpin Bersama Rakyat

UTUSAN SUBIS (Sibuti 8/7/2009) – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak dan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti akan mengadakan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Kumbang ak Penga, Sebatu Niah pada 11 Julai ini.

Program yang banyak manfaat kepada rakyat adalah bertujuan membantu di dalam memberi khidmat nasihat kepada penduduk setempat berkaitan permasalahan kehidupan sosial, ekonomi dan peluang pekerjaan serta perkara-perkara berkaitan.

Program ini nanti akan bermula pada jam 8 hingga 2 petang, di mana masyarakat dari Pekan Batu Niah dan Sepupuk adalah dijemput hadir kerana di sini nanti mungkin ada berkaitan dengan perluan masing-masing.

Turut hadir pada program ribu makna kepada penduduk luar bandar nanti ialah Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Ahmad Lai Bujang dan ADUN N.61 Bekenu, Rosey Yunus serta pegawai-pegawai kerajaan.

Pada program ini nanti terdapat beberapa kaunter perkhidmatan pelanggan bagi membantu permasalahan penduduk setempat dan sekali gus akan mampu meringankan atau menyelesaikan malahan penduduk di luar bandar.

Antara kaunter yang turut menyertai program ini ialah Jabatan Tanah dan Ukur, KEMAS, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan, DID, Jabatan Kesihatan dan SPR.

GAWAI...Aloysius (tengah) dan rombongannya merakamkan kenangan bersama penduduk rh panjang pada sambutan Ngiling Bidai anjuran RT Bintulu.

Oleh : Adum Liu
7 Julau 2009

RT Bintulu berjaya adakan
Ngiling Bidai di Pakut

UTUSAN SUBIS (Sibuti 8/7/2009) – Sambutan Ngiling Bidai merupakan tanda berakhirnya sudah Gawai Dayak di Rh Lingu Pakut Sungai Sibuti yang telah diadakan pada baru-baru ini. Majlis Ngiling Bidai ini telah dianjurkan oleh Rukun Tetangga dari Bahagian Bintulu dan diketuai oleh Pengerusi RT RPR Bintulu iaitu Aloysius Jembu Selah Sanggau dengan seramai lebih 150 masyarakat berbilang kaum dari serata Negeri Sarawak.

Aloysius Jembu ketika ditemui di majlis pada malam itu berkata, tujuan utama mengadakan Ngiling Bidai luar dari Bahagian Bintulu ialah untuk mengeratkan lagi perhubungan persaudaraan yang berkonsep 1 Malaysia.

Katanya, rombongan ini telah disertai oleh masyarakat melayu untuk mendekatkan lagi mereka dalam mengenai kebudaya sara hidup di rumah panjang kaum iban di sini.

“Saya telah melihat mereka (rombongan melayu) amat gembira sekali kerana kedatangan kami tidak diduga telah disambut dengan meriah sekali dengan penuh tradisi lagi bersopan santun.

Mala penyediaan makanan malam untuk kaum muslim juga teratur tidak ada masalah permakanan kerana rumah panjang ini terdapat juga beberapa penduduk di sini yang memeluk agama islam”, jelasnya.

Antara atur cara yang telah disediakan oleh persembahan tarian ngajat lelaki dan perempuan, persembahan kugiran dari Kumpulan No Entry dari Bintulu, penyampaian hadiah kepada 5 pelajar cemerlang yang melanjutkan pelajaran ke universiti di Semenanjung, poco-poco, ngetas ranyai dan mereka (kaum melayu) juga tidak ketinggalan untuk menunjuk bakat mereka mempersembahkan tarian ngajat.

Tr. Lingu yang juga sempat ditemui berkata, penganjuran majlis ini amat tidak diduga sekali kerana RT Bintulu jauh dari Miri telah memilih Pakut sebagai tempat sambutan Ngiling Bidai, kami di sini mengucapkan ribuan terima kasih kesudian memilih rumah panjang kami.

Katanya, usaha pengajuran oleh RT Bintulu ini harus dicontohi oleh mana-mana RT yang ada di Sarawak supaya konsep 1 Malaysia bukti kemakmuran negara dan mampu menjadikan kita yang kaya dengan pelbagai lapisan masyarakat dalam sebuah keluarga bersatu padu di mata dunia.

Rabu, 1 Julai 2009

Datuk Francis Harden ketika ditemubual oleh pihak RTM Miri turut kelihatan ialah Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Subis, Tr. Boniface Bada.

Oleh : Adum Liu
1 Julai 2009

Pelbagai kemudahan jadi PPK semenanjung lebih berjaya

UTUSAN SUBIS, (SUAI 1/7/2009) – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di semenanjung adalah lebih berjaya dari Sarawak kerana telah mempunyai pelbagai kemudahan dan factor yang telah sedia ada.

Demikian kata, Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis pada sidang media pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Penutupan Program Rumah Panjang AADK Daerah Miri di Rumah Boniface Bada di Suai pada 29 Jun lepas.

Katanya, dengan banyak prasarana dan sistem jalan yang berturap serta pelbagai kemudahan sedia ada telah memberi banyak kebaikan. Di Sarawak mempunyai seramai 150,000 ahli peladang dengan punyai sebanyak 28 PPK.

Selain itu, wargakerja PPK di semenang sangat aktif dan berpengalaman tinggi pengendalian kerja-kerja di kawasan masing-masing juga memberi peluang yang besar lebih maju berbanding PPK di Sarawak.

Francis Harden yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak berkata, di Sarawak terdapat sebanyak 28 PPK dan PPK Subis (Miri) adalah merupakan yang terbaik dan berjaya kerana mempunyai pelbagai projek dijalankan.

Datuk Francis Harden (tengah), Dr. Stephen Rundi (3 kiri) dan Tr.Boniface Bada (3 kanan) semasa majlis Perasmian Program Anti Dadah di Rumah Boniface Bada pada 29 Jun Lepas.

Antara yang membawa peningkatan kepada PPK Subis ialah berjaya menghasilkan banyak anak benih kelapa sawit dan mendapat sambutan menggalak daripada ahli-ahli peladangnya sendiri dan sekarang ia melaksanakan projek betik dan dalam proses menghasilkan buah dalam sedikit masa lagi.

Katanya, kemajuan PPK Subis ini juga atas kerjasama bersatu antara Ahli Jemaah Pengarah, Pengurus Besar dan wargakerjanya juga merupakan faktor membawa kejayaannya.

PPNS juga mengadakan pemantauan dan pameran gerai untuk membantu mana-mana PPK di Sarawak yang mempunyai masalah untuk membangunkan diri, sejak awal tahun ini kita telah melawat PPK Lawas dan Limbang.

Pada 25 Jun lepas kita di PPK Saribas dan Kelaka dapatkan laporan bersama kakitangan Jabatan Pertanian. Melalui laporan ini nanti kita cari peluang untuk membantu ahli-ahli supaya lebih aktif.

Turut hadir majlis anjuran Agensi AntiDadah Kebangsaan (Miri) ialah ADUN N.60 Kemena, Stephen Rundi Untom, SAO Boniface Intang, Temenggong Wilson Atong, Pemanca Wilson Siang Lim, Tuai-tuai rumah Sibuti dan Niah serta Suai.

UNTUK KEPASTIAN...Para tuai rumah dari kawasan Niah, Suai dan SIbuti yang hadir mendengar ulasan mengenai wang ihsan di Rh Boniface Bada di Suai pada 29 Jun lepas.

Oleh : Adum Liu
1 Julai 2009

BANJAIR : Mangsa banjir Niah/Suai dapat wang ihsan

UTUSAN SUBIS, (SUAI 1/7/2009) – Banjir besar Sarawak awal tahun ini di kawasan Niah/Suai didapati masih ramai yang tidak menerima wang ihsan kerana tidak melaporan kemusnahan tanaman dan ternakan mereka di Pejabat Jabatan Pertanian.

ADUN N.60 Kemena, Stephen Rundi Untom ketika ditemui di Rumah Boniface Bada berkata, kerja-kerja untuk mengisi borang mangsa banjir yang tercicir sedang dalam proses di mana SAO dan tuai-tuai rumah turut terlibat mengendalikannya.

Di kawasan Niah/Suai terdapat lebih 20 rumah panjang dilandar banjir besar hingga banyak tanaman dan ternakan mereka musnah dan wang ihsan ini adalah bertujuan meringankan bebanan yang mereka alami.

“Kerajaan Pusat telah memperuntukan sejumlah 1.3 juta dan telah disalurkan kepada mangsa banjir ini. RM300 adalah diberikan kepada mangsa banjir kawasan rumah sahaja.

Mana kala RM1000 adalah diberikan kepada mangsa banjir yang melihatkan kemusnahan lading kebun termasuk ternakan, dan kemusnahan lading kebun tanaman ini adalah perlu dilaporkan kepada Jabatan Pertanian di sini”, katanya.

MESRA...Dr. Stephen Rundi berbincang sesuatu bersama Datuk Hasan Sui yang merupakan seorang usahawan berjaya yang turut hadir ke Rh Boniface Bada di Suai pada 29 Jun lepas.

Kita juga sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan wang ihsan bagi mangsa banjir yang telah tercicir dalam membantu meringankan bebanan yang mereka tanggung.

Utusan Subis yang juga pergi melawat ke Jabatan Pertanian Batu Niah baru-baru ini telah mendapati begitu banyak borang yang telah disedia dan diisi cuma dalam proses kemas kini untuk dimajukan kepada pihak atasan.

Pengagihan wang ihsan buktikan menunjukkan bahawa kerajaan berpegang dan mengotakan janji-janjinya kepada rakyat yang menghadapi masalah, khasnya golongan yang dilanda bencana.