Khamis, 9 April 2009

Kumpulan Kompang Shoutus As-Solehah (Miri-Bakong)

BERITA BERGAMBAR….

SEKOLAH Kebangsaan South, Miri yang mewakili Daerah Miri-Bakong (Kumpulan Shoutus As-Solehah) muncul Johan Kompang Selawat pada Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid, Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Bahagian Miri yang berlangsung di SMK Bekenu (Subis) petang tadi. Turut hadir menyasikan ialah Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Ahmad Lai Bujang dan ADUN Bekenu, Rosey Yunus. – foto : Adum Liu

Majlis Penutupan Tadarus Sekolah Bahagian Miri

KENANGAN... Ahmad Lai Bujang (2 kiri) menerima cenderahati daripada Pegawai Pelajaran Daerah Subis, Puan Kasiah Jafarali (kanan sekali) sambil diperhatikan oleh Rosey Yunus (kiri Sekali).

Oleh : Adum Liu
9 April 2009

Al-Quran mampu meletakkan Negara sebagai sebuah Negara maju

UTUSAN SUBIS (Bekenu – 9/4/2009) Al-Quran mampu menghasilkan modal insan yang berakhlak mulia dan mapum meletakkan Negara sebagai sebuah Negara maju sebaris dengan Negara-negara maju lain.

Demikian kata Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Haji Ahmad Lai Bujang pada Majlis Penutupan Rasmi Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid, Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Bahagian Miri di SMK Bekenu (Subis) petang tadi.

“Kita harus mengetahui maksud pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang ingin dilahirkan oleh Negara. Bagi memastikan modal insan yang berkualiti, pendidikan yang berterusan seawal kanak-kanak hingga ke menara gading amat diperlukan.

Pengetahuan mendalam dengan mempunyai bekalan modal insan merupakan elemen penting bagi memastikan Negara terus berdaya saing dan berdaya tahan dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains teknologi”, katanya yang tek ucapan disampaikan oleh ADUN Bekenu, Rosey Yunus.

Katanya, pembangunan modal insan berteraskan Al-Quran mampu memenuhi tuntutan Negara dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu mencapai hasrat membentuk sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri iaitu maju dari segi fizikal, mental rohani dan jasmani.

Hanya melalui pendekatan ini, usaha membangunkan modal insan yang mampu melonjakkan tahap kedudukan bangsa dan negara Malaysia sebagai sebuah bangsa dan negara yang terbilang di pentas dunia akan menjadi kenyataan, tambahnya.

Penyertaan Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid, Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Bahagian Miri ini ialah sekolah rendah dan menenegah Daerah Miri-Bakong, Daerah Baram dan Daerah Subis.

Program Menjaga Kesihatan Warga Emas

TERTARIK...Para warga emas yang turut serta pada Program Menjaga Kesihatan Warga Emas yang dilangsungkan di Bekenu pagi tadi. - Foto : Adum Liu

Oleh : Adum Liu
9 April 2009

Program Menjaga Kesihatan Warga Emas

UTUSAN SUBIS (Bekenu – 9/4/2009) – Program Menjaga Kesihatan Warga Emas anjuran Jabatan Kesihatan Negeri mendapat sambutan menggalakkan daripada warga emas yang berbilang kaum di sekitar kawasan Bekenu pada pagi tadi.

Ketua Program Menjaga Kesihatan Warga Emas, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (Kementerian Peringkat Kebangsaan), Dr Mohammad Salleh ketika ditemui di sini pada pelancaran program berkata, tujuan program ini adalah unutk menjaga kesihatan para warga emas di sekitar bahagian utara Sarawak.

PENERANGAN... DR. Mohammad Salleh (berdiri kanan sekali) cuba menerangkan program berkenaan kepada salah seorang warga emas yang turut hadir pada program berkenaan. - Foto : Adum Liu

“Sehubungan dengan itu, ia sebagai memberi kursus kecekapan kakitangan Jabatan Kesihatan dalam usaha meningkatkan lagi mutu kerja dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh kerajan demi menjaga kesihatan masyarakat kita terutamanya kepada warga emas.

Kami juga memberi penerangan penting mengenai bagaimana menjalankan kerja penjagaan kesihatan yang betul dan sesuai demi kecegasan warga emas masa kini”, jelas beliau.

Aktiviti seumpama ini telah lama dilaksanakan di seluruh negeri dan dilancarkan pada setiap tahun, di mana program kali ini telah pengelibatan kakitangan Jabatan Kesihatan bahagian utara Sarawak seperti dari Sibu, Bintulu, Limbang, Lawas, Marudi dan Miri sebagai tuan rumah.

Antara aktiviti kursus ini ialah seperti membuat pemeriksaan kesihatan tubuh badan dan mata yang semua kerja pemeriksaan perlu direkodkan, jika terdapat warga emas yang mengalami masalah kesihatan yang teruk kita juga akan membuat pemeriksaan selanjutnya di klinik terdekat atau disyorkan rawatan lanjut di hospital.

PENERANGAN...Kakitangan Jabatan Kesihatan Miri menerangkan program berkenaan kepada salah seorang warga emas (Kaum Iban) yang turut hadir pada program berkenaan. - Foto : Adum Liu


PENERANGAN... Kakitangan Jabatan Kesihatan (Klinik Desa Bekenu) menyediakan bahan program untuk memudahkan kerja-kerja dijalankan. - Foto : Adum Liu

Tinjauan Utusan Subis di tapak program di Gelanggan Serbaguna Majlis Daerah Subis, Bekenu hari ini bahawa hampiran seramai 250 warga emas telah tampil untuk mendapat pemeriksaan secara percuma daripada program ini.