Isnin, 5 April 2010

Kampung Kuala Sibuti hanya kurang 20km dari pekan Bekenu hanya mengambil masa kurang 20 minit untuk sampai. Pengunjung juga boleh menggunakan bot sewa untuk ke sini yang mengambil masa hampir sejam dengan bot berkuasa 15 kuasa kuda.


PANGGILAN KUALA SIBUTI
MENGAMATKAN HATI ANDA


UDARA SEGAR DAN PEMANDANGAN INDAH…. Lihat dan bayangkan suasana keunikan tersendiri yang dimiliki oleh masyarakat di Kampung Nelayan Kuala Sibuti (gambar). Lawatan Utusan Sarawak telah memberi satu keyakinan bahawa suatu hari nanti ia akan menjadi satu destinasi pusat pelancongan popular kalangan warga kota utara Sarawak dan di mata dunia kelak.


Sistem Jalan Persisiran Pantai Miri/Bintulu sudah membuka satu lembaran baru kepada penduduk di sini kerana kampung ini sudah punyai jalan raya yang baik untuk sampai ke kampung ini.


Kampung Kuala Sibuti hanya kurang 20km dari pekan Bekenu hanya mengambil masa kurang 20 minit untuk sampai. Pengunjung juga boleh menggunakan bot sewa untuk ke sini yang mengambil masa hampir sejam dengan bot berkuasa 15 kuasa kuda.


Pelancong yang datang sudah pasti tidak dihampakan kerana dalam perjalanan ke sini menlalui jalan raya atau sungai sudah cukup dengan sajian alam keindahan sepanjang jalanan. Anda juga dengan senang untuk mendapatkan bekalan hasil tangkapan laut seperti ikan, undang dan sotong kering serta belacan segar daripada masyarakat di sini dengan harga yang berpatut. – Foto : Adum Liu

TUMBANG… Keadaan lori sampah yang tumbang hampir mengena pada tiang elektrik di Pusat Pengumpulan Sampah MBM pada pagi tadi.



PEMANDU LORI SAMPAH SELAMAT


UTUSAN SIBUTI – Pemandu lori sampah terselamat dalam kemalangan kendiri ketika membuang sampah di kawasan Pusat Penggumpulan Sampah Majlis Bandaraya Miri dekat Kampung Subak di sini pagi tadi.


Jurucakap pusat berkenaan ketika ditemui berkata, punca kejadian adalah disebabkan muatan sampah yang tidak seimbang dan bila pemandu cuba membuang sampah yang ada dalam lori menjadi tidak terkawal hingga tumbang.


Katanya, kejadian ini yang berlaku 8.30 pagi tadi amat bernasib baik kerana pemandu lori terselamat dan tidak mengalami sebaran kecederaan berat. Pemandu juga agak bernasib baik kerana lori sampah yang tumbang tidak mengena para pekerja dan tiang elektrik beberapa meter dari lorinya.


“Pusat penggumpulan sampah yang telah beroperasi beberapa lalu adalah menerima sampah daripada bandaraya Miri yang dibawa oleh kenderaan sampah MBM mana kala Bekenu dan Batu Niah adalah usaha Majlis Daerah Subis (MDS)”.


“Dengan mempunyai pusat penggumpulan sampah ini sudah menjadikan satu kemudahan yang agak selesa untuk masyarakat bandaraya Miri dan daerah kecil Sibuti dalam menjaga kebersihan bandar dan kesihatan lebih terjamin”, jelasnya.


Utusan Sarawak turut dipahamkan bahawa pusat penggumpulan sampah ini pada setiap hari akan menerima sampah beratusan tan. Lokasi mengumpulan sampah ini juga sangat bersesuaian kerana ia terletak di kawasan jauh daripada kediaman orang ramai.

Kita hampiri garis pergabungan …. Masing ketika disoal pada sidang media di Dewan Masyarakat Bakong pada pagi kelmarin. Turut kelihatan ialah ADUN Marudi Sylvester Entri Muran (kanan).



MASING : PERGABUNGAN PRS - SPDP

HAMPIRI GARISAN


UTUSAN SIBUTI – Tidak ada masalah jika pergabungan parti dapat disatukan malahan usaha ini pasti akan lebih memberi keteguhan dan menguatkan lagi Barisan Nasional (BN) Sarawak.


Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Jemut Masing berkata demikian pada sidang media di Dewan Masyarakat Bakong (Daerah Baram) baru-baru ini.


Katanya, PRS dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) kian makin hampir garis pergabungan. Sebagai contoh, jika rumah panjang kita terdapat bernambahan rumah maka ia akan lebih panjang dan mampu mendatang banyak manfaatnya.


“Lihatlah sebelah kanan saya (gambar) mantan Setiausaha Agong SPDP yang merupakan Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) dan Menteri Muda Kemajuan Tanah, Sarawak Sylvester Entri Muran sudah mendekati PRS dan begitu juga ahli-ahli PRS, ini bukti pergabungan kita semakin hampir”.


“Proses pergabungan ini kita perlu buat lebih terliti dan tersusun mengikut landasan yang betul lagi adil demi kemajuan rakyat dapat kita atasi”, tambahnya.


Masing ketika ditanya mengenai isu sabotaj dan munsuh BN dalam ahli BN, katanya, perkara ini bukan baru bahawa perbuatan ini adalah daripada ahli BN sendiri yang kurang menyelarkan diri maka mereka cuba untuk mendapat berhatian dan kita kenal mereka juga.


Walaubagaimana pun kita nasihati mereka supaya berubah dan beri berkerjasama kepada parti bagi memperkukuhkan BN kita, kita kerja beri kepentigan kepada rakyat dan bukan secara untuk individu, tambahnya.


Masing juga meluahkan bahawa beliau senada dengan Presiden SPDP Dato Sri William Mawan Ikom bahawa perkara lepas harus dilupakan apa yang penting ialah lebih baik pergabungan parti dapat diteruskan.

SETUJU… Dato Sri James Jemut Masing (tengah) menyaksikan Perjanjian Tandatangan pihak pemaju NCR ialah Pelita Holding Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Abdullah Chek Sahamat dan Cipta Sawit Sdn. Bhd. Pengarah Urusan Hii Poh Bing baru-baru ini.

TARUH HARAPAN… Rakyat daripada 35 rumah panjang yang berminat memajukan tanah NCR melalui projek sawit.


BANGUN NCR DEMI GENERASI BARU


UTUSAN SIBUTI - MASYARAKAT Iban di kawasan pendalaman Daerah Baram sangat setuju dan mengalu-alukan Kementerian Tanah Sarawak untuk membangunkan tanah adat bumiputera (NCR) demi membela nasib generasi akan datang.


Penghulu Engah Mugak, 50-an dari Ulu Teru Tinjar Tengah ketika ditemui berkata, kami masyarakat Iban di kawasan pendalaman di sini terbuka untuk kerajaan memajukan NCR dengan penanaman kelapa sawit seperti mereka yang telah berjaya.


Penghulu Enggah Mugak…Projek Sawit Bok mendapat sambutan.

Katanya, projek penanaman kelapa sawit di sini sudah lama kita rancangkan iaitu sejak 1996 hingga sekarang baru sudah mendapat lampu hijau daripada pihak kerajaan yang diusahakan oleh pihak pemaju Pelita Sdn Bhd dan Cipta Sdn Bhd serta pemilik NCR.


“Kesedaran ini ialah kita telah lihat yang berjaya dan penduduk rumah panjang yang mendapat projek seperti ini sudah mendapat geran tanah masing-masing, dengan punyai geran kita boleh berasa senang kerana tidak masalah gangguan daripada pihak tertentu yang caba untuk mengambil alih daripada pemilik”.


“Daerah Bakong (kawasan Bok dan Tinjar) kita sudah mendapat 35 buah rumah panjang berminat untuk projek ini, kita juga sudah mendapat berita baik dan restu kerajaan di mana dua pihak setuju untuk majukan tanah NCR kami untuk tanaman kelapa sawit”, jelasnya.


Keluasan tanah yang sudah dikenal pasti untuk projek sawit ini ialah seluas 7,913 hektar, syarat-syarat diberi kepada kami seperti 60 peratus kepada pihak pemaju, pemilih tanah (30%) dan Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (10%) masing-masing setuju dan mendapat sambutan daripada rakyat kami, tambahnya.


Tr. Gangsa Pangan… rakyat harus paham pembangunan.


Kaunselor Tuai Rumah Gangsa Pangan, 57, dari kawasan Bok turut ditemui berkata, kami di sini memang setuju dengan projek yang membawa kemajuan dan pembangunan kepada kami kerana yang penting ialah generasi kami yang akan datang.


Katanya, melalui projek sedemikian sudah tentu kami akan menikmati pelbagai infrustuktur nanti, maka kami tidak berat untuk membangunkan tanah NCR kami, malahan melalui projek yang berjaya ini pasti kami akan milik sendiri geran tanah.


Rakyat yang masih belum bersedia tentang projek ini harus bertanya apa kebaikkan dan keuntungan daripada pihak pemajuan atau tuai-tuai rumah masing-masing, tambahnya.


“Rakyat harus paham bahawa untuk mendapatkan geran tanah dan mohon pihak Jabatan Tanah dan Ukur untuk kerja pengukuran tanah adalah memakan masa yang panjang kerana banyak perkara harus dilalui dalam kerja pemprosesannya”.


“Maka kerajaan dengan adanya kerjasama daripada peminat majukan tanah telah menjadikan pemprosesan ukuran tanah lebih senang diuruskan kerana pemaju tanah yang ingin kawasan itu untuk sesuatu projek seperti tanaman kelapa sawit ini harus didahulukan mendapat kelulusan daripada penduduk rumah panjang dan Jabatan Tanah dan Ukur ”, jelasnya yang ditemui semasa perjanjian pihak pemaju dan pemilik NCR.


Majlis Perasmian Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek NCR Bok-Bakong (Block B), Miri telah disaksikan oleh Dato Sri Jemut Masing hari ini ialah perjanjian di antara Pelita Holding Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Abdullah Chek Sahamat dan Cipta Sawit Sdn. Bhd. Pengarah Urusan Hii Poh Bing.


Turut hadir ialah Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) dan Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak Sylvester Entri Muran, Setiausaha Tetap Kementerina Tanah Sarawak Datuk Jaul Semion, dan pegawai-pegawai kerajaan Daerah Baram serta ketua-ketua kaum Daerah Bakong-Baram.