Isnin, 8 November 2010

RAJIN BERUSAHA TANGGA KEJAYAAN… Ahmad Lai (tiga kanan) sedang menyampaikan sijili dan hadiah kepada anak-anak Tabika Kemas P.218 Sibuti. Turut kelihatan ialah Datuk Aidan Wing (dua kanan) dan Lipin Lamat (empat kiri).

Sumbangan daripada :
Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti

Hargai Jasa Guru Tadika KEMAS


UTUSAN SIBUTI (KUCHING) – Pengorbanan jasa guru tadika KEMAS yang terawal membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak harus dihargai demi masa depan generasi baru lebih cemerlang kelak.


Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Tabika Kemas Parlimen Sibuti di sebuah hotel terkemuka di sini pada pagi tadi.


Katanya, ibu bapa juga berperanan untuk bersama-sama dengan pihak KEMAS dalam apa jua aktiviti yang dijalankan serta bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak supaya lebih berpengetahuan luas keilmuan pembelajaran sebelum mereka melangkah kaki ke sekolah rendah di Tahun Satu.


Usaha murni para guru Tabika Kemas tidak boleh diperkecilkan kerana pada peringkat inilah anak-anak perlu mendapat pengetahuan yang lebih mendalam untuk anak-anak mempunyai minat membaca.


Kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak bagi program pendidikan melalui KKLW, Kementerian Pelajaran dan lain-lain kementerian lagi bagi membangunkan dan prasarana-prasarana serta kemudahan persekolahan di luar bandar dan juga dibandar, jelasnya.


Tambahnya lagi, rakyat untuk terus bersama-sama Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memberi perhatian dan juga telah terbukti dapat melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Malahan BN sentiasa mengambil berat pendidikan anak-anak kerana bagi melahirkan modal insan yang berguna..


"Jauh di sudut hati saya ini, saya percaya dan yakin suatu hari nanti anak - anak ini lah yang akan terus berjuang dan akan menentukan serta menjana gagasan 1 Malaysia bagi merealisasikan wawasan 2020 kelak”, jelasnya lagi.


Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (BN-Lambir) Datuk Aidan Wing, Pengerusi Pengelola Majlis (Setiausaha Politik Ketua Menteri) Ripin Lamat dan wakil Pengarah Kemas Negeri Sarawak Hendrick Win.