Ahad, 14 Julai 2013



Kemalangan jalan raya
Kenderaan rebuk teruk,
semua terlibat selamat


TERUK…. Keadaan kedua-dua kenderaan yang bertembung di Simpang Bekenu di KM45 Jalan Miri Bintulu pada sekitar jam 1 petang semalam. 

BEKENU (14/7/2013) - Pemandu lori dan pamandu pancuan empat roda (4WD) bersama isteri serta dua orang anaknya nyaris maut dalam satu kecelakaan jalan raya di KM45 Jalan Miri Bintulu dekat Simpang Bekenu pada sekitar jam 1 petang semalam.

Sumber kejadian, kedua-dua pemandu kenderaan telah mengalami kecederaan teruk, mana kala isteri pemandu 4WD dan dua anaknya hanya mengalami kecederaan ringan.

Pertembungan itu berlaku begitu pantas di mana lori berkenaan yang dalam perjalanan masuk ke Simpang Bekanu dan 4WD ke Miri tiba di KM45 tertiba pertembungan hebat telah berlaku yang masing-masing jatuh ke bahu jalan.

Semuan mereka yang terlibat dalam kemalangan itu telah dihantar ke Hospital Umum Miri untuk mendapat pemeriksaan lanjut bagi tidak ingin sebarang kejadian lebih buruk berlaku. Kejadian masih dalam siasatan pihak polis.