Isnin, 16 Ogos 2010

GOTONG ROYONG… Ahmad Lai Bujang (tengah lima kanan) dan Datuk Aidan Wing (tengah lima kiri) bersama pihak penganjur dalam kerja menyediakan bubur lambuk di Kampung Bakam petang semalam.

Pembekal Harus Peka Kerugian Ditanggung
Rakyat Akibat Putus Bekalan Elektrik


UTUSAN SIBUTI - Badan pembekalan elektrik tempatan (Sesco) perlu peta dengan kerugian besar yang ditanggung oleh masyarakat luar bandar dan di pekan kecil Batu Niah, Niah dan Bekenu akibat kerap kali bekalan elektrik terputus.


Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika ditemui di Festival Bubur Lambuk dan Pedas Sarawak 2010 utara Sarawak di Kampung Bakam petang semalam berkata, kejadian yang menyebabkan masyarakat luar bandar mengalamai kerugian besar sangat dikesali yang harus diambil perhatian oleh mana-mana pihak kerajaan tempatan.


Katanya, kejadian seumpama ini boleh dikira dalam hak pengguna yang mempunyai suara bahawa rakyat kawasan luar bandar terasa amat kecewa dengan kekerapan berlakunya putus bekalan elektrik.


Sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Sibuti yang merangkumi pekan Batu Niah, Niah(Sepupok), Bekenu dan Lambir dengan ini saya berharap pihak Sesco kena membuat kerja pencarian apakah punca kejadian ini sering berlaku terutamanya di Batu Niah dan Niah, jelasnya.


Justeru, masyarakat luar bandar dan pihak pembekalan elektrik harus memainkan peranan penting iaitu dengan bersatu berkerjasama mencari punca dan di mana (lokasi transformer bermasalah) sebenarnya kekerapan kejadian putusan bekalan hingga menyebabkan pelbagai alat elektrik rosak, tambahnya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (N.62 Lambir) Datuk Aidan Wing yang turut ditemui mengenai festival bubur anjuran Unit Saberkas dan BERNAS berkata festival ini telah memberi satu kesedaran besar dalam memupuk semangat perpaduan untuk pembangunan.


Katanya, jasa bubur lambuk dan pandas ini juga seperti jasa lilin membakar diri demi menerangi kegelapan, ia juga membuktikan pernyatuan rakyat terutamanya umat Islam di musim bulan puasa dan berbuka puasa.


Secara langsung ia akan mengerat dan mengukuhkan hubungan persaudaraan dikalangan umat Islam dengan kaum lain yang turut hadir ke masjib ini untuk mendapatkan bubur masing-masing yang sekali gus masa inilah rakyat akan bersalam-salaman bertanya khabar rakan setempat, jelasnya.


Turut memberi kerjasama menjayakan festival ini ialah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Jabatan Penerangan Malaysia, FAMA, Jabatan Pertanian, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, KEMAS, Kementerian Penggajian Tinggi Malaysia, KPSU, Persatuan Pembangunan Wanita Sarawak dan F&N Decries Sdn Bhd.


Turut hadir bersama pada majlis penyampaian bubur lambuk ialah Pengerusi Penganjur Rudi Affandi Khalib dan Pengurus Kanan Pemasaran BERNAS Sarawak Junaidi Ali. Pihak pengajur iaitu Saberkas dan BERNAS telah menyediakan sejumlah 1000 bungkusan bubur lambuk dan pedas. Pengagihan itu tidak sampai limabelas minit sudah kehabisan stok.