Sabtu, 27 Mac 2010


Lawrence Lai (duduk barisan tengah 5 kanan) bersama warga kerja MBM dan wartawan Miri.


MBM : MEDIA PENTING SAMPAI MAKLUMAT


UTUSAN SIBUTI – Peranan pihak media penting kepada masyarakat bandar dan luar bandar, jadi usaha media selama ini sangat dihargai dalam penyampaian maklumat yang meluas mengenai persekitaran Bandaraya Miri.


Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai ketika berucap pada Majlis Malam Penghargaan Majlis Bandaraya Miri (MBM) di hotel terkemuka di sini malam tadi berkata, dalam penyampaian bahan berita dan wartawan harus punyai berita yang tetap.


Katanya, pihak media banyak membantu terutama membuat liputan berhubung segala aktiviti yang dianjur pihaknya wajar wajar diberi penghargaan kerana tanpa bantuan media, sudah tentu segala aktiviti yang dirancang tidak mendapat sambutan sebagaimana diharapkan kerana tiada publisiti daripada media.


Semangat kerjasama media dan MBM sangat dihargai dan teruskan hubungan yang lebih erat lagi dalam kemajuan dan pembangunan Bandaraya Miri, jelasnya.


Jasa media bahagian utara turut berharap agar golongan pengamal media meneruskan prestasi cemerlang mereka dalm membuat liputan berhubung sesuatu isu atau perkara yang berlaku di persekitaran Bandaraya Miri, tambahanya.


Antara pihak media yang hadir ialah Utusan Sarawak, Eastrn Times, United Daily News, Utusan Borneo, Borneo Post, See Hua Daily News, Sin Chew Jit Poh, The Star, Berita Harian dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

KERJASAMA…Ahmad Lai dan Rosey Yunus (tengah) ketika sesi dialog bersama ketua-ketua masyakat Parlimen Sibuti di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti tadi.

PEMBEKAL TAK NAFI AIR KEKUNINGAN

UTUSAN SIBUTI –
Pihak pembekalan air bersih tidak menafikan bahawa benar keadaan air bersih yang kekuningan hingga membawa kerisauan penduduk di kawasan luar bandar, kata Ahli Parlimen Sibuti di sesi dialog bersama ketua-ketua masyarakat di sini.

Ahmad Lai Bujang, keadaan bekelan air bersih kekuningan ini memang sukar diatasi, untuk mengatasinya perlu peruntukkan yang besar dan membawa masalah besar juga kepada rakyat jika ia dilakukan.

“Kikiskan peranan tamak amalkan peranan berjimat sebagai langkah utama penjimatan penggunaan air di musim kemarau yang agak berpanjangan yang tidak ketahui sampai bila”.

“Ambilah inisiatif masing-masing untuk mengatasi masalah kekurangan dan kehabisan bekalan air bersih, gunakan air bersih untuk minuman dan masakan, gunakan air sungai sebagai penganti air cuci pakaian dan mandian”, nasihatnya.

Katanya, masalah air kekuningan ini disebabkan apabila kandungan bekalan air bersih kurang hingga terhasilnya pelekat di dinding paip, dan apabila air stabil semula maka pelekat kuning berkenaan menjadikan air sampai ke rumah jadi air kekuningan.

Apa yang penting dalam menjaga kesihatan dan keselamatan penggunaannya ialah setiap pengguna harus masak air sebelum diminum, tambahnya.

Bagi mengatasi masalah lebih teruk berlaku, ketua-ketua kaum harus membuat persiapan rapi lebih awal dalam menyediakan senarai nama penghuni masing-masing bagi memudahkan penghantaran bekalan air bersih ke kawasan masing-masing dengan cepat mungkin.

Katanya, melalui perbincangan beliau bersama Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri Goh Yong Kiet baru-baru ini, diharapkan ketua-ketua kaum atau pengerusi JKKK kampung untuk membuat permohonan di Pajabat Daerah yang terdekat kawasan masyarakat.

Tujuannya ialah untuk tidak menjadi masalah penghantaran bekalan yang mungkin boleh berlaku kekurangan dan berlebihan hingga membawa kerugian dan pembajiran kepada kita semua, tambahnya.

“Bila sudah membuat permohonan bantuan air bersih, pihak Jabatan Kebajikan akan hubungi ketua-ketua masyarakat dan di sini penghuni perlu buat persediaan tempat menyimpan air berkenaan”.

“Juga sangat diharapkan penduduk jangan berebut-rebut kerana pembahagian air adalah sama rata. Kerjasama penduduk dengan pihak pembekalan air juga diharapkan supaya pelancaran kerja menjadi lancer kerana mereka perlu juga mengagihkan bekalan air ke kawasan lain”, jelasnya.

Hadir pada sesi dialog ini ialah ADUN Bekenu Rosey Yunus, pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan, Pemanca Abu Bakar Pangis, para penghulu, kaunselor-kaunselor dan ketua-ketua kaum daripada Lambir, Bekenu, Batu Niah, Niah/Sepupuk dan Suai.

TAK MENGHALANG…SAO Ali (kanan) bersama Tr. Insin (kiri) dan Tr. Benang (dua kiri) ketika mengadakan tinjauan tiang elektrik dan pokok-pokok sawit yang telah dikepas daun di Bukit Mayaw simpang rumah panjang tersebut.


SAO : JUMPA PENDUDUK HALANG ELEKTRIK


UTUSAN SIBUTI – Pegawai Pejabat Daerah Kecil Sibuti dan Bakong akan terus berusaha untuk menemui enam penduduk yang cuba mendapatkan tuntutan pampasan daripada pihak kerajaan bagi penyelesaian masalah bekalan elektrik di Rumah Insin.


Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Kecil Sibuti, Ali Abdullah ketika mengadakan sesi dialog di Rumah Insin Terlajin (Ulu Sibuti) kelmarin berkata, enam penduduk yang masing-masing tiga orang dari Rumah Benang (Bakas) dan Gani (Temam) di kawasan Parlimen Baram harus ada satu perjumpaan.


“Saya akan berbincang dengan SAO Bakong terlebih dahulu sebelum kita berjumpa dengan enam penduduk berkenaan, ini kerana enam penduduk terlibat ini dalam kuasa jagaan Daerah Baram”;


“Kita berharap mereka yang terbabit akan memberi kerjsama kepada kita bagi melancarkan kerja penyelesaian demi kepentingan orang lain dan masa depan generasi baru”, jelasnya.


Katanya, dalam menghadapi mendapat pelbagai lagi pembangunan dan kemajuan di kawasan luar maka kita harus berkerjasama dalam rumpun gagasan 1 Malaysia yang bantu-membantu sesame kita.


Erti kata kerjasama dan bantu-membantu ini ialah kita harus menyokong dan beri bantu kepada yang memerlukan bantuan, melalui kerjasama dan bantu-membantu ini suatu hari nanti di mana kita yang mahu mendapatkan bantuan maka tidak ada masalah pihak lain untuk memberi bantuan, tambahnya.


Pada masa yang sama, Tuai Rumah Benang turut memberitahu bahawa tidak masalah pun dengan penduduknya mengenai isu tebang tiang elektrik dan tuntutan pampasan, ia cuma cakap-cakap merajuk penduduknya sebelum bekalan sampaikan ke rumah panjangnya.


Sebaliknya, kami menyokong penduduk Rumah Panjang supaya bekalan elektrik Rumah Insin dapat disambungkan. Kami turut memberi terima kasih kepada kerajaan kerana telah melaksanakan projek bekalan elektrik dengan kos yang besar ke rumah panjang kami, tambahnya.


Tr. Benang, isu ini tidak masuk akal. Jika penduduk kami jadi penghalang sudah tentu bekalan arus elektrik ke Rumah Lagan tidak akan sampai di sana, lagi pun talian arus elektrik Rumah Lagan dan Rumah Insin adalah satu aliran. Jarak kedudukan kedua-dua rumah panjang sangat berdekatan dalam lingkung 2km sajaha, jelasnya lagi.


Turut hadir sesi dialog ialah Tr. Benang, Tr. Insin, kakitangan Citra Alti, pegawai Ahli Parlimen Sibuti, Penghulu Sadi, Kaunselor Rapahal Engkamat dan penduduk rumah panjang berkenaan.


Selepas sesi dialog bersama penduduk rumah panjang, rombongan daripada Pegawai Tadbiran Sarawak Sibuti dibawa untuk tinjauan pokok-pokok sawit yang dikatakan sebagai penghalang bekalan arus elektrik ke Rumah Insin.

BERMULA…Setiausaha MDS Said Enggang (kiri) memotong reben pada majlis pelancaran Program 5S yang berlangsung di Majlis Daerah Subis pagi tadi.


MDS : PERANAN PENTING JAYAKAN 5S


UTUSAN SIBUTI – Kakitangan Majlis Daerah Subis (MDS) harus memainkan peranan bertanggungjawab ke atas tugas masing-masing bagi menjayakan program 5S akan tercapai.


Setiausaha MDS, Said Enggang ketika berucap pada Majlis Pelancaran 5S di sini hari ini berkata, kakitangan MDS perlu berterusan memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas kerana ia salah satu di antara inisiatif kualiti yang diwajibkan oleh kerajaan negeri.


Katanya, kita masih diperingkat awal dalam mencapai kejayaan 5S iaitu diperingkat ‘Sisih’ dan kita masih mempunyai 4S lagi iaitu susun, sapu, seragam dan sentiasa amal dan dalam 3 bulan untuk mendapat pensijilan 5S yang sempurna”.


Oleh demikian, kita semua harus meneruskan berusaha ini dan sama-sama bertanggunjawab untuk ke tahaf yang tertinggi akan tercapai, demikian nasihatnya kepada kakitangannya.


Maksud 5S ini ialah sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Objektif Sisih ialah mengenal pasti barang yang tidak diperlukan, menghapuskan sikap suka menyimpan barangan yang tidak perlu di tempat kerja, menghasilkan tempat kerja yang lapang dan selesa dan selamat serta menjimatkan masa pencarian sesuatu barang.


Susun, menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah dilihat, mudah diambil dan disimpan semula ketempatnya oleh sesiapa sahaja. Sapu, mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada debu dan kotoran dilantai, mesin dan peralatan.


Seragam, memelihara tempat kerja yang produktif dan selesa sepanjang masa serta mengamalkan pengulangan dengan berkesan. Sentiasa amal, berdisiplin dan melatih pekerja memathui peraturan berbudaya kualiti di tempat kerja.


Selain itu, objektif ini juga untuk meningkatkan kerja berpasukan dan semangat setiakawan, menjadikan sistem kerja yang lebih efisien dan efektif, pelanggan yang berurusan dengan MDS juga akan mendapat kepuasan yang dengan kerja yang kita jalankan, tambahnya.

KEMUDAHAN ASAS…Penduduk Kampung Pejuang Kelulit dapatkan air bersih melalui paip bomba buat sementara untuk hadapi kemurau dan air sungai yang masin.


PEJUANG KELULIT NIKMATI AIR BERSIH


UTUSAN SIBUTI - Penduduk Kampung Pejuang Kelulit nikmati bekalan air bersih buat julung kali dalam sejarah kampung mereka walaupun bekalan air ini belum sampai pada rumah ke rumah buat masa ini.


Penguhulu Junit Haji Mulok ketika ditemui berkata, penduduk kampung mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri dan pusat telah memperuntukkan kos yang besar di kawasan Parlimen Sibuti.


“Kawasan Parlimen Sibuti memang bensar dan banyak kmpung sudah memperolehi pelbagai kemudahan asas terutamanya bekalan air bersih, dan banyak juga kampung-kampung kawasan ini dalam proses penyambungan bekalan berkenaan”.


“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Muda Bekalan Air Sylvester Enteri dan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang serta ADUN Bekenu Rosey Yunus kerana membantu meluluskan pembukaan untuk mendapatkan air bersih melalui paip bomba pada musim kemarau ini”, tambahnya.


Katanya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini kami di sini telah mendapat pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, jalan raya bertar, bekalan air bersih dalam proses penyiapan dan banyak lagi yang dinikmati oleh rakyat di sini.


Selain kampung kami, sejak sudah adanya jalan raya Jalan Persisiran Jalan Pantai Miri Bintulu memang banyak kampung berbilang kaum sudah mendapat pelbagai kemudahan asas dan peruntukkan daripada kerajaan, jelasnya.

SUMBANGAN…Ahmad Lai menyerahkan kerusi roda kepada kakak Sarita Timbang. Sarita menerima bantuan ini ekoran tidak dapat berjalan selepas terlibat dalam kejadian kemalangan jalan raya pada tahun 2009. Kelihatan di situ ialah Rosey Yunus (tengah) dan Goh Yong Kiet (dua kiri).


17,600 MOHON BANTUAN JKM


UTUSAN SIBUTI – Sarawak sudahpun mempunyai seramai 17,600 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memohon bantuan daripada Kerajaan Pusat dan borang mereka dalam tapisan di Kementerian Kebajikan Masyarakat di Kuala Lumpur.


Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang yang berucap pada Majlis Perasmian Pertama Program Gempur Kebajikan di Dewan Masyarakat Bekenu tadi, jumlah itu akan meningkat dan diharapkan mana-mana pihak agar tampil sendiri untuk yang benar-benar perlu bantuan.


Katanya, setakat ini JKMM telah membelanjakan sejumlah RM366,255 kepada 1637 orang pada bulan Mac 2010, dan jumlah ini nanti dijangkan akan bertambah setiap bulan dengan kewujudan Program Gempur Kebajikan.


Bantuan ini masih lagi beroperasi membantu rakyat yang memerlukan bantuan, ini kerana kerajaan sentiasa memandang berat terhadap mereka dalam kesusahan, tambahnya.

“Ini adalah Fasa I daripada JKMM menyampaikan bantuan kepada golongan sasaran yang lebih awal memohon bantuan daripada agensi berkenaan, mereka yang belum menerima bantuan ini jangan rasa terkilan”.


“Lihatlah kepada kami wakil rakyat dan pegawai kerajaan yang berkerja untuk semua lapisan masyarakat yang tidak seorang pun yang akan tercicir melalui ilham Perdana Menteri dengan gagasan 1 Malaysia”.


Katanya, program E-Kasih yang dijalankan oleh JKMM bersama wakil rakyat kawasan kita bahawanya hari ini kita telah memberi bantuan sejumlah RM23,055 kepada 76 orang penerima.


Katanya, jangan sekali rakyat yang memerlukan bantuan dan masih belum menerima bantuan terus terasa tercicir lalu berpaling tadah dengan kerajaan terus sertai mana-mana parti pembangkang.


Turut hadir pada majlis ini ialah ADUN Bekenu Rosey Yunus, Penolong Pengarah JKMM Goh Yong Kiet, Pemanca Abu Bakar Panggis, pegawai-pegawai kerajaan tempatan dan ketua-ketua kaum sekitar Parlimen Sibuti.


CETEK…Anak sungai di Ulu Sungai Sibuti yang cetek dan kotor dalam musim kemarau ini.


HUJAN LEBAT SUNGAI MASIH CETEK


UTUSAN SIBUTI – Hujan lebat di beberapa kawasan pedalaman di Parlimen Sibuti hari ini melegakan penduduk mengenai masalah kekurangan bekalan air terutamanya kepada mereka punyai ahli keluarga yang ramai.


Tinjauan Utusan Sibuti selepas hujan lebat selama setengah jam pagi ini di beberapa batang anak Sungai Sibuti mendapati banyak sungai masih belum pulih seperti sedia kala.


Sungai Bakas (anak Sungai Sibuti), Ulu Pidek, Pakut dan Mamut didapati semakin cetek, kotor dan tercemar oleh kayu-kayu hakikat pembukaan ladang sawit di beberapa bahagian sungai berkenaan.


Jika keadaan air sungai yang kotor seperti ini di rumah panjang dan perkampungan di pendalaman yang tidak mempunyai bantuan air bersih sudah pasti sangat membebankan masyarakat yang berbilang kaum sekitar kawasan di sini.


Penduduk di setiap pendalaman hanya bergantung kepada air hujan sebagai sumber air utama untuk minuman dan masakan. Tinjauan ini juga mendapati banyak tangi air bersih penduduk semakin berkurangan dan terdapat juga telah hampir bekalan air.


Dalam perjalanan tinjauan di Kampung Sinup, Mutap dan Bulan di mana ketiga-tiga kampung ini belum mendapat kemudahan asas seperti bekalan air bersih telah memaksa mereka mandi dan mencuci pakaian di sungai yang airnya masin hampir dua bulan.


Di Batu Niah, Niah dan Suai juga menerima keadaan yang sama di mana anak-anak sungai di sini kini juga cetek dan bekalan air bersih dalam keadaan kekuningan.


Tinjauan turut menerima panggilan daripada penduduk di situ bahawa hujan lebat malam tadi dan pagi ini telah melegakan mereka yang khuatirkan masalah bekalan air akan timbul jika hujan tidak turun.


Apa yang penting selepas tinjauan ini adalah diharapkan agar penduduk rumah panjang dan kampung di pendalaman harus menjaga kebersihan sungai supaya tidak mendatangkan masalah teruk jika kemarau ini terus berpanjangan.


KEMUDAHAN TERSENDIRI… Ahmad Lai Bujang (kiri) menunjukkan pam air yang digunakan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Rh Mentali kepada Mohammad Shafie Abdullah (dua kanan) sambil diperhatikan oleh Rosey Yunus (kanan).

KERJASAMA WAKIL RAKYAT DAN RAKYAT DIPUJI


UTUSAN SIBUTI - Ahli Parlimen Sibuti, ADUN Bekenu dan ADUN Lambir yang menjalankan tugas dengan mendapat sokongan penuh daripada ketua-ketua masyarakat berbilang kaum merupakan satu aset penting dalam mencapai pembangunan rakyat.


Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato Mohammad Shafie Abdullah berkata demikian ketika mengadakan Program Tinjauan Mesra ke tiga kawasan yang berbilang kaum di Parlimen Sibuti pada baru-baru ini.


Katanya, kerjasama sedemikian sangat terpuji dan mampu membawa pembangunan kepada masyarakat di kawasan luar bandar untuk mencapai dan memperolehi kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya serta pelbagai lagi.


“Kekerapan wakil rakyat Parlimen mahu pun ADUN kawasan masing-masing yang sering melawat, berjumpa dan berbincang kepentingan masyarakat setempat akan memudahkan pihak kerajaan menjalankan tugas bagi pastikan rakyat luar bandar tidak tercicir”.


“Ketua masyarakat dan penduduk yang berbudi kepada kerajaan akan menerima balasan budi yang setimpal juga, kerana rakyat perlukan kerajaan untuk membangunkan dan kemajuan di kawasan mereka maka kerajaan juga mencari pelbagai cara bagi memenuhi rakyat di dalam Barisan Nasional”, jelasnya.


Tinjauan Mersa di Kampung Pelapi/Lumut perkampungan kaum Cina, beliau berkata bahawa masyarakat Cina di Sarawak, Sabah serta Semenanjung tidak tercicir daripada arus pembangunan kerana gagasan 1 Malaysia Perdama Menteri ialah semua lapisan masyarakat akan terjaga.


Katanya, rakyat Sarawak memang benar sudah mengamalkan gagasan seperti 1 Malaysia, di mana semua lapisan masyarakat di sini yang berbilang kaum, agama, kebudayaan, cipta rasa menjadikan perpaduan di sini nampak sehati dan sejiwa serta saling menghormati sesame sendiri.


Perpaduan seumpama ini sangat terpuji dikalangan rakyat di Sarawak ini, malahan perpaduan yang dipupuk masyarakat juga bagaikan sebuah keluarga yang besar, tambahnya.


Tinjaun Mesra di Rh Mentali Saeh (Niah) dan Kampung Kejapil (Bekenu), beliau sangat kagum dengan sambutan kehadirannya kerana masyarakat Iban dan Kedayan di sini menunjukkan semangat berterusan untuk menyokong Barisan Nasional kerana mereka ingin melihat generasi akan dating lebih maju kelak.


Katanya, semua permohonan kemudahan asas yang dimajukan daripada ketiga-tiga kawasan itu beliau akan bawa dan menjelaskannya kepada Perdana Menteri untuk pertimbangan. Beliau turut mengucapakan tahniah kepada pendudk kawasan Saeh yang mempunyai sebanyak 13 rumah panjang telah diperuntukkan RM5.6 juta untuk bekalan elektirk.


Dato Mohammad Shafie juga turut menasihati masyarakt luar bandar supaya tidak tertipu helah parti pembangkang kerana mereka hanya datang ketika pilihan raya dan selepas itu tinggalkan rakyat tanpa mengingatkan janji-janji yang pernah diluahkan.


Turut hadir pada lawatan ini ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Bekenu Rosey Yunus, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Ripin Lamat dan Peter Howell para kaunselor Majlis Daerah Subis, ketua-ketua kaum dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan.

BARISAN NASIONAL BOLEH…Awang Tengah Ali Hassan ketika berucap di Majlis Perasmian Jambatan Gantung di Kampung Bulau pagi tadi. (Gambar kecil kanan) Jambatan Gantung telah telah siap dibina sepenuhnya.


IDEOLOGI BN BEZA DENGAN PEMBANGKANG


UTUSAN SIBUTI – Ideologi Kerajaan Barisan Nasional (BN) jauh berbeza dibandingkan dengan peranan mainan Parti Pakatan Rakyat (RP) kata Menteri Perancangan Dan Pengurusan Sumber II, Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.


Datuk Amar Awang Tengah ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Jambatan Gantung Kampung Bulau di sini pagi tadi berkata, Kerajaan BN kita lebih mengutamakan kemajuan pembangunan yang memberi kesejateraan kepada setiap lapisan masyarakat di luar bandar dan pendalaman.


Katanya, hari ini rakyat di sini sudah pun memperolehi sebuah jambatan gantung yang bernilai RM150 ribu ia merupakan satu peranan penting BN menjaga keselamatan rakyat dan ia juga merupakan satu tanda mercu perubahan di kampung ini dan Parlimen sini.


“Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat juga banyak menyalurkan pelbagai peruntukkan untuk rakyat di sini, kita juga meluluskan peruntukkan bernilai RM5.4 juta bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) kepada tiga kampung berdekatan iaitu Kampung Bulau, Mutap dan Sinop dalam Bidang Kebersihan Utama Negara (NKRA) 2010-2012”.


“Tiga buah kampung ini mempunyai 94 ketua keluarga (rumah), setiap rumah akan dibelanjakan penyambungan elektrik sejumlah RM57,390.61. Bekalan air bersih untuk ke tiga buah kampung ini juga akan diserapkan dalam NKRA dan perlaksanaannya juga di dalam tahun 2010-2012. Dan bukan bidang NKRA sahaja kita tumpukan terhadap tiga kampung ini, kita juga senaraikan mereka di dalam Program Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) untuk menaiktaraf jalan kampung”, jelasnya.


Kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukkan sejumlah 200 juta (RMK10) kepada Sarawak dan akan disalurkan kepada senarai yang telah dihantar ke ibu pejabat di Kuala Lumpur, di mana kampung-kampung kawasan Parlimen sini turut menikmati peruntukkan dalam pembangunan kawasan luar bandar, tambahnya.


“Bagi pihak pembangkang pula hanya tahu bercakap kosong yang tenyata dilihat dan didengar melalui televisyen sekarang, di Pulau Pinang dulu bahawa DAP akan memberi bonos RM6,000 kepada rakyat yang bergji rendah dan sehingga tiada ditunaikan”.


“Manakala Keadilan di Selangor, setiap pelajar yang berjaya memasuki kolej akan diberi RM1,000 sebagai menyokong penggajian mereka di kolej dan sehingga masih belum diagihkan. Sekarang parti pembangkang (Keadilan) sudah mula retak dan ramai ahli parlimennya keluar dari parti itu”, tambahnya.


Turut hadir bersama majlis itu ialah Menteri Muda Kemudahan Awam dan Tanah Slyvester Enteri, ADUN Bekenu Rosey Yunus, Setiausaha Politik Ketua Menteri Ripin Lamat, Pegawai Daerah Miri Boneface Intang dan KK Amin Antin serta ketua-tua kaum kampung dan rumah panjang kawasan Parlimen Sibuti.

RAKAM TV1…Ahmad Lai Bujang ketika ditemuramah oleh wartawan RTM pada sidang rakaman Siaran Khabar Malaysia di Kuala Sibuti petang kelmarin.


PARA KAUSELOR DIPANGGIL BERTUGAS


UTUSAN SIBUTI – Para kaunselor dari kawasan DUN Bekenu dan Lambir akan dipanggil menghadiri satu mesyuarat penting dalam masa terdekat ini untuk diberi tugas menjaga kepentingan rakyat.


Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata demikian ketika ditemui pada lawatan pertemuan singkatnya bersama masyarakat luar bandar di Kampung Kuala Sibuti, Kelulit Pejuang , Pelapi, Kuala Niah petang kelmarin.


Katanya, mesyuarat penting berkenaan adalah sebagai satu kewajiban kepada mereka (kaunselor) yang telah dilantik menjadi ahli majlis adalah mereka perlu bersedia menerima tanggungjawab yang telah diamahkan oleh kerajaan kepada mereka.


Tidak ada seorang kauselor yang berkecuali menjalankan tugas kerana mereka sudah sanggup menandatangan kontrak sebagai seorang kaunselor dan berjanji kepada Pengerusi Majlis Daerah Subis (MDS) untuk membantu kerajaan dan wakil rakyat menjalankan tugas demi kepenting rakyat di masa depan, tambahnya.


“Mereka juga harus menjalankan tugas yang setimpal dengan gelaran sebagai seorang kaunselor, yang juga mempunyai tanggungjawab yang serupa dengan wakil rakyat yang juga diamanhkan bekerja untuk rakyat”.


“Jika rakyat perlukan bantuan yang kebetulan saya sebagai wakil rakyat Parlimen P.218 Sibuti yang tidak berada di sini kerana terdapat persidangan parlimen di Kuala Lumpur, maka rakyat boleh tampil mohon bantuan daripada kauselor kawasan masing-masing”, jelasnya.


Kerjasama yang rapat, hubungan yang baik di antara ketua-ketua kampung, rumah-rumah panjang, para kaunselor dan kakitangan kerajaan perlu diperkukuhkan, dengan ini sudah tentu sesuatu kerja akan menjadi mudah dilaksanakan, katanya.


Turut hadir bersama rombongan Ahli Parlimen Sibuti ialah ADUN Bekenu Rosey Yunus, Setiausaha Politik Ketua Menteri Ripin Lamat, Kauselor Jamali Basri, Pegawai JASA, Pengerusi Persatuan Penyayang Orang Istimewa Faizal dan ketua-ketua kaum.


TERIMA KASIH…Dato Sri Douglas menerima cenderahati daripada Ahmad Lai sambil disaksikan oleh Adian (kiri), Rosey (dua kanan) dan Lawrence Lai (kanan) pada majlis itu.



UTAMAKAN ALAM SEKITAR



UTUSAN SIBUTI - Keprihatinan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia yang menyalurkan RM250 ribu kepada penduduk Kampung Kuala Bakam akan menjaminkan keberhasilan nelayan dan produk pelancongan di kawasan Parlimen Sibuti.


Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang yang ditemui pada Majlis Pelancaran Program Rakan Alam Sekitar (RAS) di Kampung Kuala Bakam kelmarin berkata, peruntukkan yang disalurkan itu sudah pasti memberi nafas baru kepada penduduk di sini.


“Peruntukkan itu adalah untuk penduduk di sini mendalamkan lagi Kuala Sungai Bakam, membersihkan keadaan sungai, alam sekitar dan aktiviti-aktiviti kesihatan di sini”.


“Oleh itu, saya sangat berharap dan menyeru setiap rakyat perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar ekoran daripada cuaca yang ekstrem berkaitan fenomena cuaca luar biasa, kawasan pesisran pantai yang semakin terancam”, jelasnya.

Katanya, Program RAS P.218 Sibuti ini ialah satu usaha memberi kesedaran alam sekitar disetiap masyarakat hingga ke akar umbi, rasa bertanggungjawab dikalangan mereka untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam penjagaan alam sekitar.


Jika terhadap berlakunya pencemaran yang boleh merosakkan pemandangan sangat diharapkan masyarakat umum sila buat laporan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengatasi masalah ini, seruan beliau.


Amlan menjaga kebersihan akan menjadikan pelancong yang dating ke Bakam khasnya dan Sibuti amnya akan merasa selesa dan mampu menarikan rakan-rakan mereka tentang keindahan Sibuti sebagai pusat pelancongan yang bersih dan aman, katanya.


ADUN Lambir, Aidan Wing bersama masyarakat dalam jagaan turut berasa gembiran dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dato Sri Douglas Uggah Embas di atas peruntukkan RM250 ribu itu.


Turut hadir menyaksi majlis perasmian yang dilaksanakan oleh Dato Sri Douglas Uggah Embas ialah ADUN Lambir Aidan Wing, ADUN Bekenu Rosey Yunus, Pengarah JAS Haji Ismail Ithnin, Residen Miri Gani ugay dan Datuk Bandar Kr. Lawrence Lai dan ketua-ketua masyarakat kawasan Lambir dan Sibuti.