Isnin, 4 Januari 2010

ANAK-ANAK YANG BELUM ERTI KEPERITAN IBUBAPA...seorang ibu yang rasa serba salah dengan yuran buku dan pelbagai yang perlu dibayar.

Yuran buku! ibubapa berhutang dengan sekolah


UTUSAN SUBIS (4/1/2010) – Tahun 2010 ini Sarawak mempunyai seramai 267,624 murid sekolah rendah dan hari ini terdapat seramai 45,256 murid masuk Tahun Satu. Mana kala terdapat seramai 3,968 pelajar tingkatan peralihan dan 35,818 pelajar tingkatan satu.


Dengan kemasukkan pelajar yang begitu ramai pada tahun ini pihak Utusan Subis membuat tinjauan di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sibuti kawasan luar bandar terdapat ramai ibubapa mengeluh panjang mengenang nasib diri kerana perlu membayar yuran buku.


ANAK RAMAI DAN BANYAK BENDA PERLU DIBAYAR LAGI...kelihatan beberapa ibu bermuka muram binggung tentang yuran buku-buku yang tidak terbayar kepada pihak sekolah.


Seorang ibu kepada murid Tahun 3, 4 dan Tingkatan Peralihan yang enggan namanya disiarkan berkata, mengapa buku-buku begitu banyak dan pelbagai bayaran perlu dibayar berbanding pada tahun 1979 hingga akhir tahu sekitar 1990 tidak begitu banyak bayaran.


Katanya, beliau mempunyai 3 orang anak bersekolah terpaksa berhutang kepada pihak sekolah dan kini masih belum dijelaskan, di mana seseorang murid perlu membuat bayaran melebihi RM150 hingga RM270 dan bayangkan terdapat 3 anak di sekolah rendah dan 2 orang di sekolah menengah!


Alat-alat sekolah dan pakaian kita kena belanja hampir RM100 seorang, dan jika mereka mempunyai seramai 5 hingga 6 anak? Pada masa lampau 50, 60 dan 70-an terdapat juga kanan-kanak tidak membayar yuran buku yang banyak juga mampu menjadi seorang menteri, wakil rakyat, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dockor dan sebagainya, jelasnya.


Penemuan Utusan Subis semalam dan hari ini juga mendapati bahawa ramai ibu bapa masih berhutang dengan pihak sekolah. Ramai dan sangat sangat ramai ibubapa masa ini berasa tertekan kerana kos pembayaran berkenaan.


Kebinggungan perasaan mereka juga menjadi serba salah ekoran pelbagai harga barangan harian telah naik sedangkan gaji mereka (pihak swasta) tidak pernah naik pada tahun 2009.


Kita rakyat Sarawak tidak harus berasa bangga dengan jumlah pelajar semakin bertambah pada tahun ini, apa yang penting pelajar harus pandai membaca dan disiplin diutamakan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


TANIAH...Tuan Haji Ahmad Lai Bujang menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan Keluru Idol, Pian Saimi.


Keluru Idol eratkan hubungan PBB dengan masyarakat


UTUSAN SUBIS (4/1/2010) - Keluru Idol anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Keluru Jaya dengan kerjasama PBB N.62 Lambir menarik minat 30 peserta dari Bakong, Niah, Lambir, Miri dan Sibuti.


Pengajur, Razak Sual menjelaskan bahawa aktiviti seperti ini adalah mampu mengukuhkan hubungan PBB dengan masyarakat setempat, selain itu ia juga sebagai menampilkan bakat nyanyian masyarakat kawasan luar bandar.


Hadiah-hadiah pertandingan Keluru Idol yang diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Keluru Jaya (Bekenu) baru-baru ini adalah tajaan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.62 Lambir Aidan Wing.


Pian Saimi muncul juara Keluru Idol tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Armi Abdullah dan Saimi Lamat.


Turut hadir menyaksikan pertandingan akhir ini ialah Ahli Parlimen P.218 Sibuti Tuan Haji Ahmad Lai Bujang dan ahli-ahli PBB N.61 Bekenu. Majlis penyampaian hadiah juga telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Lai Bujang.