Isnin, 31 Ogos 2009

KHAS UNTUK MU... YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang menyampaikan sumbangan wang ihsan kepada salah seorang anak yatim di Masjid Al-Taqwa Miri pada 30 Ogos 2009.


Berat mata memandang

berat lagi bahu memikul

inilah yang dapat diselami oleh Ahli Parlimen P.218 Sibuti


UTUSAN SUBIS (31 Ogos 2009) - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul hati yang tidak mempunyai keluarga disisi terutamanya bila menghadapi masalah, inilah perasaan yang sering timbul pada anak-anak yatim yang dapat diselami kesulitan mereka oleh Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang.


Berucap pada Majlis Penyampaian Wang Ihsan di Masjid Al-Taqwa di sini baru-baru ini berkata, kita sebagai masyarakat penyayang harus memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak yatim kerana isi hati seseorang anak yatim jauh berbeza dengan anak-anak yang mempunyai ibubapa dan keluarga.


“Kita harus bekerjasama menjaga anak-anak yatim dan beri pendidikkan kepada mereka supaya mereka akan menjadi seorang insan yang berdisplin dan bertanggungjawab satu hari nanti.


“Jika mereka berjaya nanti, pasti mereka juga akan memberi kerjasama kepada kita untuk menjaga anak-anak yatim kerana mereka ini sudah tahu betapa peritnya perasaan seseorang anak yatim itu“, jelasnya.


Majlis anjuran daripada Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam (PERKAYA) Miri telah menyampaikan wang ihsan kepada anak-anak yatim melebihi RM30 ribu, pada majlis ini juga Ahli Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang juga turut menyumbangkan RM5,000 kepada tabung PERKAYA.


Turut hadir ialah Pengerusi PERKAYA Tuan Haji Imran Abdul Hamid, Pengerusi PERKIM Syarifah Fatimah, Temenggong Abdul Rahman Talil dan Ustaz-ustaz serta kakitangan kerajaan Bahagian Miri.

BERSABARLAH.... YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang ketika berucap yang mengikuti Program Lawatan Kerja Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu di Kampung Lusus Miri pada 29 Ogos 2009.


Kerajaan akan salur lebih banyak lagi peruntukan


UTUSAN SUBIS (31 Ogos 2009) – Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan menyalurkan lebih banyak lagi peruntukan untuk pelbagai projek untuk membangunkan kawasan luar bandar dan kita hanya bersabar untuk menunggu kedatangan peruntukan itu.


Kenyataan yang sering didengar ini adalah semakin hari semakin membuat hati masyarakat luar bandar bagaikan menerima hadiah berupakan durian runtuh daripada kerajaan yang berwawasan 2020 dan 1 Malaysia.


Baru-baru ini, Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Lai Bujang yang berucap di Majlis Lawatan Kerja di Kampung Lusut Taman Tunku Miri bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, katanya masyarakat luar bandar adalah harus memberi kerjasama kepada kerajaan kerana kerajaan sahaja mampu membela nasib rakyat pada masa ini.


Tinjauan Utusan Subis, bahawa semua kawasan luar bandar iaitu rumah-rumah panjang (pendalaman) dan kampung-kampung yang dahulu menggunakan sungai sebagai jalan penggangkutan utama, tetapi kini semua kawasan berkenaan sudah mempunyai jalan raya.


Begitu juga, di rumah-rumah panjang ulu sungai Sibuti dalam tahun 70-an – 80-an menggunakan minyak tanah sebagai sumber utama dapatkan cahaya pelita, tetapi kini telah berubah dan hampir semua kawasan luar bandar (Sibuti) sudah mendapat bekalan elektrik bantuan daripada kerajaan kita.


Dan baru-baru ini kita juga telah mendengar daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah meluluskan jutaan ringgit untuk projek bekalan air bersih kepada masyarakat di luar bandar.