Khamis, 30 April 2009

KENANGAN...SAO Sibuti Awang Jaapari menyampaikan cenderahati kepada Rosey Yunus sambil diperhatian oleh Bolhan Budeng (kiri) dan Dr Sajem Jinin (kanan).

Oleh : Adum Liu
29 April 2009

Seminar keusahawanan bantu tingkat pendapatan

UTUSAN SUBIS (BEKENU - 29/4/2009)-Seminar Keusahawanan Dalam Sektor Strategik secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan dan memberi pendedahan tentang peluang-peluang keusahawanan dalam strategik yang boleh diceburi oleh masyarakat dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan masyarakat di kawasan Sibuti khususnya dalam aktiviti keusahawan.

Demikian kata Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) dan Menteri Muda Perancangan dan Pembangunan Sumber Sarawak, Haji Mohammad Naroden Haji Majais yang disampaikan oleh ADUN Bekenu, Rosey Yunus di Majlis Penutupan Rasmi Seminar Keusahawanan Dalam Sektor Straregik di Dewan SJK Chung Hua Sibuti pagi tadi.

Katanya, penganjuran seminar peluang perniagaan dan keusahawanan khususnya di bidang pertanian sememangnya tepat pada masanya, memandang sektor ini masih kurang sambutannya dan hanya dijadikan sebagai punca sara diri dikalangan masyarakat kita.

“Aspek Pertama perlu diketengahkan ialan bidang pertanian sendiri, dalam bidang ini adalah pengusaha sendiri perlu mengetahui mengenai cabang atau jenis pertanian yang boleh dimajukan dan mempunyai nilai komersil yang tinggi serta menggunakan teknologi terkini bagi meningkatkan hasil pengeluarannya.

Aspek Kedua, pendedahan terhadap hasil dari industri asas pertanian dapat melihat seseorang itu sebagai usahawan berjaya. Seseorang itu perlu kreatif agar dapat menambah nilai hasil pertanian sebagai produk makanan, kesihatan dan kecantikan untuk tujuan jualan hingga boleh mendapat pendapatan yang lumayan”, jelasnya.

Katanya, jika kita mengamalkan sikap bersungguh-sungguh dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam bidang ini, maka kita akan dapat merealisasikan agenda kerajaan iaitu “Pertanian Adalah Perniagaan” agenda ini telah terbukri berjaya meningkat taraf hidup dan memberi pulangan hasil yang tinggi kepada kerajaan seperti yang dijalankan di negara Thailand, Indonesia, China, Belanda, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Seminar anjuran Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera (JKM, Sarawak) dengan kerjasama Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera Bahagian Miri (MPUB), Pejabat Daerah Kecil Sibuti dan SJK Chung Hua Sibuti ini telah dihadiri seramai 100 masyarakat di sini.

Antara enam cemarah yang diketengahkan ialah Ceramah Peluang-peluang Perniagaan Dalam Bidang Berpotensi, Industri Asas Tani, Potensi Perniagaan Berasaskan Sektor Ruminan, Potensi Perniagaan Berasaskan Sektor Pertanian, Potensi Perniagaan Berasaskan Homestay dan Peranan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Rabu, 29 April 2009

TINGGAL KENANGAN...keadaan Rh Panjang Chabu Bakom, Sungai Liam yang musnah diranap api pada petang tadi.

Oleh : Adum Liu
29 APRIL 2009

Rh Panjang Chabu Sungai Liam Diranap Api

UTUSAN SUBIS (BAKONG - 29/4/2009) - Hanya tinggal sebulan lagi untuk sambutan Hari Gawai penghuni Rh. Chabu Bakom di Lepong Ajai, Sungai Liam (Daerah Baram) juga menggalami nasib malang serupa dengan penduduk Rh. Banyang ak Ngalai (Rh Sengkabang – Ulu Sibuti) dalam kebakaran yang berlaku pada tahun 2008 lepas.

Rh Chabu yang mempunyai kira-kira 600 penghuninya tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak begitu kuat dan cepat untuk meranap rumah panjang mereka.

Nasib mereka yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah panjang mereka musnah dijilat api kira-kira jam 2.30 petang tadi kini hanya menjadi satu kenangan pahit mereka untuk selama-lamanya.

Ketika tinjauan Utusan Subis di tempat kejadian jam 3.45 petang bahawa keadaan api telah padam dan hanya tinggal tiang-tiang sahaja dan kelihatan ramai warga emas menangis kesedihan melihat banyak harta benda mereka habis musnah.

Pihak Bomba tidak sempat untuk menyelamat rumah panjang berkenaan kerana jarak yang jauh kira-kira 40 kilometer dari balai bomba Miri yang memerlu lebih setengah jam untuk sampai ke tempat kejadian itu.

Pihak bomba turut mendapat bantuan daripada bomba sukarelawan dari Batu Niah dan Bekenu.

Antara barang-barang yang turut didapati musnah ialah beratusan guni padi, senapang patah, dokumen penting dan beberapa buah kenderaan juga musnah.

Suasana di tempat kejadian...Sylvester Entri (gambar bawah) ketika menemui penghuni Rh Panjang Chabu yang ditimpa kesusahan pada petang tadi.

Jumlah kerugian akibat kebakaran ini ialah dianggarkan melebihi RM3 juta termasuk geran program kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM48 ribu yang diterima oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

Turut hadir untuk memberi bantuan kepada penduduk rumah panjang ialah ADUN Marudi (Menteri Muda Bekalan Air) Sylvester Enteri Muran dengan menghulur bantuan kewangan berjumlah RM200 untuk setiap pintu.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Jabatan Penyelamat dan Pemadam Kebakaran Miri. Tiada sebarang laporan kehilangan nyawa.

Rabu, 22 April 2009

Kebakaran

Menyayat hati...Keadaan rumah yang hancur dijilat api, gambar kecil merupakan
rentungan mayat dua adik-beradik. - Poto Adum Liu

Oleh : Adum Liu
22 April 2009

Adik beradik Rentung Dijilat Api

UTUSAN SUBIS (BEKENU 21/4/2009) – Sebuah keluarga kehilangan 2 nyawa dan rentung dalam satu kebakaran rumah kayu yang tidak diduga berlaku dengan sekelip mata di Kampung Subak di sini pagi semalam.

Sumber di tempat kejadian ketika ditemui memberi tahu bahawa kejadian kebakaran itu berlaku sekitar jam 10 pagi tadi, di mana kedua-dua adik-beradik yang terperangkap itu tinggal bersendiri dan ibu mereka bersama seorang lagi adik berusia 3 tahun pergi ke kantin untuk membeli barangan.

Nyawa dua beradik itu masing-masing berusia 5 tahun (lelaki) dan belajar di tadika 1 di Tadika Cina Sibuti kerana demam dia tidak turun sekolah mana kala seorang adik perempuannya berusia 10 bulan.

Semasa kejadian berlaku bapa mereka tidak berada di rumah kerana menghantar adik perempuan mereka yang juga bersekolah di tadika 1 di Tadika Cina Sibuti sejauh 10 kilometer dari kediaman mereka.

Kes masih dalam siasatan pihak polis dan bomba serta mayat kedua-dua adik beradik berkenaan dibawa ke Hospital Umum Miri untuk bedah siasat. Utusan Subis tidak menyiarkan nama-nama mereka sekeluarga kerana tidak diizini.

Selasa, 21 April 2009

Pendidikan


Oleh : Adum Liu
21 April 2009

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vakasional Anjur Ekspo dan Seminar

UTUSAN SUBIS (Miri – 21/4/2009) – Bahagian Pendidikan Teknik dan Vakasional akan menganjur Ekspo dan Seminar pada 23 hingga 26 April ini.

Pendidikan Vakasional dan Kemahiran Sempena Minggu “Education For All” 2009 ini akan berlangsung di Aras 4, Boulevard Shopping Complex, Miri.

Belia lepasan sekolah yang telah tamat menduduki Peperiksaan SPM adalah diperlawa hadir untuk rebut peluang ini dan pelbagai kursus telah tersedia. Buatlah pilihan yang tepat dan bersesuai masing-masing.

Hari Wanita dan Hari Ibu Bekenu



Oleh : Adum Liu
21 April 2009

Ekspo Wanita Bekenu Niah sedia pelbagai aktiviti

UTUSAN SUBIS (BEKENU – 21/4/2009) – Ekspo Wanita Bekenu dan Niah menyediakan pelbagai aktiviti sempena sambutan Hari Wanita dan Hari Ibu bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Majlis Daerah Subis (Bekenu) pada 29 hingga 31 Mei 2009.

Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung selama tiga hari yang bermula dari jam 8 pagi hingga 11 malam itu nanti ialah Pertandingan Menganyam Ketupat, Pertandingan Poco-Poco, Pertandingan Memasak Mee Maggi, Jualan Masyarakat dan Setempat, Pertandingan Karaoke (dalam kategori lagu bebas lagu 60an, Pertandingan Nescafe Tarik dan Pertandingan Gubahan Barang Terpakai.

Bagi sesiapa yang ingin menyertai dan mendapat keterangan lajut sila hubungi Puan Norliza (019-889 7408), Puan Jijot (012-877 2138) dan Encik Latip (016-566 9030).

Orang ramai adalah diperlawa datang beramai-ramai dan dialu-alu juga untuk menyertai mana-mana sahaja pertandingan yang telah disediakan.

Sabtu, 18 April 2009

Bolasepak 9 Sebelah - City Sport Miri

JUARA... Barisan utama pasukan Pejuang Kelulit.

Oleh : Adum Liu
18 April 2009

Pejuang Kelulit Juara Piala City Sport Miri - 2009

UTUSAN SUBIS (BEKENU 18/4/2009) – Pasukan Pejuang Kelulit Juara Bolasepak 9 Sebelah anjuran City Sport Miri selepas membenam Projek Park 3 – 0 di Padang Bolasepak Majlis Daerah Subis pada pagi tadi.

Kemenangan bergaya pasukan Pejuang telah berjaya membawa pulang hadiah berupakan wang tunai RM600 dan sebuah piala serta medal. Projek Park dan Nyalau FC masing-masing membawa pulang wang tunai RM400 dan RM200 bersama piala serta medal.

CARI GOL... Pejuang Kelulit ke pintu gol Projek Park A.

TANIAH...Pengajur En. Lee menyampaikan Piala Kejuaraan
kepada Pengurus Pasukan, En. Sambli Tinggal (2 kanan).

Pertandingan Bolasepak 9 sebelah anjuran City Sport Miri ini telah berlangsung sejak 14, 15 April lepas dan final pada pagi tadi. Penyertaan ini juga mendapat sambutan dengan sebanyak 17 pasukan mengambil bahagian.

Tujuhbelas pasukan yang bertandingan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan, Kumpulan A – Serbekas Unit Satu Bekenu, Bumiputera FC, Capilo FC, Bee Ting Entp dan Renaisance. Kumpulan B – Pejuang Kelulit, Belusok Lasuk, Projek Park B dan Lambir Junior. Kumpulan C – Projek Park A, Citra Alti, Lambir FC dan Vakas Vision. Kumpulan D – Nyalau FC, Ayyu FC, Wags dan 9 Malay.

Jumaat, 17 April 2009

JKP Miri anjur Hari Promosi Kesihtan Pergigian

Oleh : Adum Liu

17 April 2009

Jabatan Kesihatan Pergigian Miri

Anjur Hari Promosi Kesihatan Pergigian

UTUSAN SUBIS (BEKENU 17/4/2009) – Jabatan Kesihatan Pergigian (JKP) Bahagian Miri akan menganjur Hari Promosi Kesihatan Pergigian secara terbuka untuk masyarakat bandar dan luar bandar Bekenu pada 25 April depan.

Hari promosi ini akan diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Majlis Daerah Subis (MDS Bekenu) bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang dan orang ramai adalah dijemput untuk hadir bagi menjayakan hari promosi yang julung kali diadakan di gelanggang di sini.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan nanti ialah Ceramah Kesihatan Pergigian, Pemeriksaan Gigi, Pemeriksaan Gigi “Oral Cancer”, Pameran Kesihatan Pergigian, Pemeriksaan Kesihatan, Memberus Gigi Beramai-ramai, Kuiz Spontan Kesihatan Pergigian dan Jualan Produk Dari Colgate-Palmolive Sdn. Bhd.

Pekan Kecil Batu Niah Semakin Pesat

KEDAI BARU... inilah kedai baru yang akan membuat
pekan
Batu Niah berwajah baru menjelang 2010 nanti.


GUA Niah yang cantik yang boleh dilihat dengan jelas di
kedai di Batu Niah.


Pemandangan di jalan masuk utama pekan Batu Niah.

Oleh : Adum Liu

(Berita ringkas)

Batu Niah Berwajah Baru Menjelang 2010

UTUSAN SUBIS (Batu Niah 17/4/2009) – Pekan kecil Batu Niah yang terkenal dengan Gua Niah dan sarang burung layang-layang kini semakin pesat dengan adanya penambahan tiga baris kedai baru yang akan siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Paling membanggakan adalah pengelibatan masyarakat bumiputera (iban) telah berjaya memilikinya dengan keberanian mereka bersaingan dengan kaum Cina untuk membeli beberapa unit kedai baru berkenaan.

Di mana kedai baru tiga baris dua tingkat sebanyak 39 buah itu yang bernilai RM180,000 hingga RM400,000 telah pun habis dibeli masyarakat setempat.

Keberanian kaum Iban untuk membeli kedai-kedai berkenaan adalah disebabkan ekonomi mereka sangat memberansangkan melalui hasil tanaman kelapa sawit yang lumayan pada pertengahan tahun 2008 lepas.

Khamis, 9 April 2009

Kumpulan Kompang Shoutus As-Solehah (Miri-Bakong)

BERITA BERGAMBAR….

SEKOLAH Kebangsaan South, Miri yang mewakili Daerah Miri-Bakong (Kumpulan Shoutus As-Solehah) muncul Johan Kompang Selawat pada Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid, Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Bahagian Miri yang berlangsung di SMK Bekenu (Subis) petang tadi. Turut hadir menyasikan ialah Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Ahmad Lai Bujang dan ADUN Bekenu, Rosey Yunus. – foto : Adum Liu

Majlis Penutupan Tadarus Sekolah Bahagian Miri

KENANGAN... Ahmad Lai Bujang (2 kiri) menerima cenderahati daripada Pegawai Pelajaran Daerah Subis, Puan Kasiah Jafarali (kanan sekali) sambil diperhatikan oleh Rosey Yunus (kiri Sekali).

Oleh : Adum Liu
9 April 2009

Al-Quran mampu meletakkan Negara sebagai sebuah Negara maju

UTUSAN SUBIS (Bekenu – 9/4/2009) Al-Quran mampu menghasilkan modal insan yang berakhlak mulia dan mapum meletakkan Negara sebagai sebuah Negara maju sebaris dengan Negara-negara maju lain.

Demikian kata Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Haji Ahmad Lai Bujang pada Majlis Penutupan Rasmi Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid, Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Bahagian Miri di SMK Bekenu (Subis) petang tadi.

“Kita harus mengetahui maksud pembangunan modal insan dan ciri-ciri modal insan yang ingin dilahirkan oleh Negara. Bagi memastikan modal insan yang berkualiti, pendidikan yang berterusan seawal kanak-kanak hingga ke menara gading amat diperlukan.

Pengetahuan mendalam dengan mempunyai bekalan modal insan merupakan elemen penting bagi memastikan Negara terus berdaya saing dan berdaya tahan dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains teknologi”, katanya yang tek ucapan disampaikan oleh ADUN Bekenu, Rosey Yunus.

Katanya, pembangunan modal insan berteraskan Al-Quran mampu memenuhi tuntutan Negara dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu mencapai hasrat membentuk sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri iaitu maju dari segi fizikal, mental rohani dan jasmani.

Hanya melalui pendekatan ini, usaha membangunkan modal insan yang mampu melonjakkan tahap kedudukan bangsa dan negara Malaysia sebagai sebuah bangsa dan negara yang terbilang di pentas dunia akan menjadi kenyataan, tambahnya.

Penyertaan Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid, Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Bahagian Miri ini ialah sekolah rendah dan menenegah Daerah Miri-Bakong, Daerah Baram dan Daerah Subis.

Program Menjaga Kesihatan Warga Emas

TERTARIK...Para warga emas yang turut serta pada Program Menjaga Kesihatan Warga Emas yang dilangsungkan di Bekenu pagi tadi. - Foto : Adum Liu

Oleh : Adum Liu
9 April 2009

Program Menjaga Kesihatan Warga Emas

UTUSAN SUBIS (Bekenu – 9/4/2009) – Program Menjaga Kesihatan Warga Emas anjuran Jabatan Kesihatan Negeri mendapat sambutan menggalakkan daripada warga emas yang berbilang kaum di sekitar kawasan Bekenu pada pagi tadi.

Ketua Program Menjaga Kesihatan Warga Emas, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (Kementerian Peringkat Kebangsaan), Dr Mohammad Salleh ketika ditemui di sini pada pelancaran program berkata, tujuan program ini adalah unutk menjaga kesihatan para warga emas di sekitar bahagian utara Sarawak.

PENERANGAN... DR. Mohammad Salleh (berdiri kanan sekali) cuba menerangkan program berkenaan kepada salah seorang warga emas yang turut hadir pada program berkenaan. - Foto : Adum Liu

“Sehubungan dengan itu, ia sebagai memberi kursus kecekapan kakitangan Jabatan Kesihatan dalam usaha meningkatkan lagi mutu kerja dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh kerajan demi menjaga kesihatan masyarakat kita terutamanya kepada warga emas.

Kami juga memberi penerangan penting mengenai bagaimana menjalankan kerja penjagaan kesihatan yang betul dan sesuai demi kecegasan warga emas masa kini”, jelas beliau.

Aktiviti seumpama ini telah lama dilaksanakan di seluruh negeri dan dilancarkan pada setiap tahun, di mana program kali ini telah pengelibatan kakitangan Jabatan Kesihatan bahagian utara Sarawak seperti dari Sibu, Bintulu, Limbang, Lawas, Marudi dan Miri sebagai tuan rumah.

Antara aktiviti kursus ini ialah seperti membuat pemeriksaan kesihatan tubuh badan dan mata yang semua kerja pemeriksaan perlu direkodkan, jika terdapat warga emas yang mengalami masalah kesihatan yang teruk kita juga akan membuat pemeriksaan selanjutnya di klinik terdekat atau disyorkan rawatan lanjut di hospital.

PENERANGAN...Kakitangan Jabatan Kesihatan Miri menerangkan program berkenaan kepada salah seorang warga emas (Kaum Iban) yang turut hadir pada program berkenaan. - Foto : Adum Liu


PENERANGAN... Kakitangan Jabatan Kesihatan (Klinik Desa Bekenu) menyediakan bahan program untuk memudahkan kerja-kerja dijalankan. - Foto : Adum Liu

Tinjauan Utusan Subis di tapak program di Gelanggan Serbaguna Majlis Daerah Subis, Bekenu hari ini bahawa hampiran seramai 250 warga emas telah tampil untuk mendapat pemeriksaan secara percuma daripada program ini.

Selasa, 7 April 2009

Angka 9 bawa tuah kemenangan Malcolm Mussen bersama BN

BN Menang...Keputusan perolehan undi BN dan PKR

Oleh : Adum Liu
7 April 2009

Hadiah Kepada PM Tercapai

MEMANG TUAH
angka 9 kepada calon Barisan Nasional N.29 Batang Ai (Lubok Antu) Malcolm Mussen Lamoh, 49 tahun yang kini bergelar Yang Berhormat selepas menang pada Pilihan Raya Kecil N.29 pasti sambutan Hari Jadi Ke-50 beliau pada tengah malam 29 April ini amat bermakna dalam hidupnya.

Kemenangan ini juga pasti membuat kegembiraan kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang baru menerima jawatan No.1 Malaysia (Perdana Menteri) pada 3 April lepas, hadiah kemenangan ini sebagai mana yang telah dijanjikan oleh BN Sarawak ketika giat berkempen di kawasan N.29 Batang Ai lalu telah menjadi kenyataan yang benar.

Bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak Malcolm Mussen Lamoh yang banyak berkempen bersama dengan menteri tempatan dan semenanjung demi membela nasib rakyat di Batang Ai menang dengan majoriti 1,845 undi.

Malcolm Mussen memperolehi 3,907 undi, menewaskan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu selama lima penggal dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jawah Gerang yang memperolehi 2053 undi dalam satu lawan satu.

Tuah angka 9 ini juga menarik perhatian kepada beberapa ahli tertinggi dari PKR Julau dan SNAP hingga bertindak beraleh angin untuk memberi sokongan kepada calaon Barisan Nasional N.29 Batang Ai Mussen untuk menang.

Dengan peralehan angina ini juga turut memberi kesan agak besar perubahan bilangan majoriti undi daripada tahun tahun yang lalu, selain daripada itu turut memberi kemenangan ini ialah ramai pengikut PKR dan SNAP menyerah diri untuk terus berdiri di belakang Barisan Nasional demi pembangunan yang diterima oleh penduduk kawasan ini.

Kemenangan Mussen ini juga telah mengatas majoriti yang diperolehi oleh penyandang kerusi berkenaan daripada BN, Datuk Dublin Unting Ingkot sebanyak 985 undi. Sekaligus juga pasti menjadi sejarah kenangan manis yang tidak dapat dilupai oleh beliau serta ahli keluarganya.

Tiga ahli tertinggi PKR Julau keluar parti sokong BN

BERALEH ANGIN...Pengerusi Parti Keadilan Julau Dr. Ambrose (gambar atas) beraleh angin dan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional.

oleh: Adum Liu

SUBIS (7 Apr 2009) - Tindakkan berani keluar daripada parti pembangkang demi kepentingan rakyat bumi kenyalang dan Malaysia secara amnya oleh Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jualau – Dr Ambrose Labang Jamba dan dua rakannya petanda kerusi DUN Bantang Ai mudah dimiliki oleh Barisan Nasional.

Pengumuman Dr Ambrose Labang dua hari lepas sekaligus membuat ramai pengikut PKR di Batang Ai mengalih untuk menyokong calon Barisan Nasional (BN) dan akan mudah juga BN memperolehi kerusi N.29 serta keputusan pilihanraya yang dijadual keluar malam ini BN menang besar.

Taniah dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Joseph Salang menerima beliau (Dr Ambarose) dengan terbuka walaupun mereka berdua pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (Parlimen P 209 Julau) lepas yang memihak kepada Datuk Joseph Salang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lepas, Datuk Joseph Salang (BN-Parti Rakyat Sarawak) telah memperolehi undi sebanyak 10,351 dan Ambrose Labang hanya memperolehi undi sebanyak 2,767 sahaja.

Dua rakan Dr Ambrose yang menemaninya untuk menyerah suara keluar daripada PKR ialah Wong Kee Kai (Timbalan Pengerusi – PKR Julau) dan Kajang Unan (Setiausaha). Di mana pengumuman ini telah dijalankan di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Batang Ai.

Keputusan perebutan kerusi N.29 Batang Ai dalam Pilihan Raya Kecila ini di antara calon BN-PRS iaitu Malcom Mussen Lamoh dan calon PKR Jawah Gerang akan dikeluarkan sebelum jam 10 malam ini jika tiada masalah dalam semua hal pilihan raya nanti.

Kekosongan kerusi N.29 Batang Ai (Lubok Antu) ini adalah ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batang Ai iaitu Datuk Dublin Unting Ingkot dalam masa sebulan yang lepas.

Ahad, 5 April 2009

Calon Bertanding Di N.29 - Batang Ai (Sarawak)

Dewan Undangan Negeri (N.29 Batang Ai)

Mac/April 2009

Pemilih Berdaftar bagi Kawasan N.29 (Batang Ai) Pilihanraya Kecil ini mempunyai pemilih berdaftar seramai 8,006 penggundi. Di mana seramai 7,963 adalah sebagai penggundi biasa dan lebihannya yang seramai 43 merupakan penggundi pos.

Majoriti pemilih berdaftar ini adalah masyarakat Iban dengan peratusan penggudinya ialah 95% dan diikuti dengan masyarakat Cina dengan 3.5% dan masyarakat Melayu/Melanau hanya 1.5% sahaja.

CALON KEADILAN

  • NAMA: Jawah anak Gerang
  • UMUR: 55
  • Tarikh Lahir: 28 Feb 1954
  • Tempat Lahir: Engkilili, Sarawak
  • Keturunan: Iban
  • Nama isteri: Rose anak Ngayong
  • Anak: 2 anak, seorang lelaki dan seorang perempuan
  • Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya
  • Pengalaman: Pernah menjadi Ahli Parlimen Lubok Antu pada 1990, 1995, 1999 dan 2004

CALON BARISAN NASIONAL

  • Nama: Malcolm Mussen Lamoh
  • Usia : 49 tahun

  • Tarikh Lahir: 30 April 1959
  • Tempat Lahir : Danau, Engkilili
  • Keturunan : Iban
  • Nama Isteri : Dorothy Sylvester Pungga
  • Nama Anak : Angelina Tera (22 tahun), Kimberly Chemerai (18) dan Jimson Sampar (17)
  • Pendidikan :
    • Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari Universiti Warwick, England
    • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Pertanian) Universiti Putra Malaysia.
  • Pengalaman Kerja : 1. Jurutera (Mesin dan Loji), Jabatan Pertanian Sarawak 2. Pensyarah Sambilan di UPM Kampus Bintulu
  • Kemahiran Bahasa : Bahasa Inggeris, Sepanyol, Bahasa Malaysia, Iban, Perancis dan Jepun

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008

  • Datuk Dublin Unting Ingkot (BN memperolehi 3,295 undi)
  • Nicholas Bawin Anggat (SNAP memperolehi 2,489 undi)

Sabtu, 4 April 2009

Hanya BN mampu memberi pembangunan kepada rakyat

BN MAMPU MENANG...Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (gambar atas) bersama penduduk Kampung Melayu memberi sokongan padu kepada Calon BN dan kemenangan BN ini adalah hadiah istimewa kepada PM Ke-6 Datuk Seri Najib Razak. Foto - Kiriman Kaban Dari Lubok Antu (Sri Aman)

BATANG AIR – Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberi jaminan akan memberi perhatian segera terhadap masalah yang dibangkitkan masyarakat Melayu di sini, berhubung masalah hak milik tanah, infrastruktur termasuk bekalan elektrik dan air, serta sistem perparitan di perkampungan berkenaan.

Sejajar dengan jaminan itu, beliau juga meminta penduduk kampung supaya menyenaraikan dan menghantarkan masalah yang mereka hadapi selama ini hanya cara demikian pihak kerajaan boleh mencari jalan bagi membantu penduduk Kampung Melayu Batang Ai ini.

Walaupun jumlah pengundi Melayu di N.29 ini tidak ramai, sokongan mereka kepada Calon BN Malcolm Mussen Lamoh amat besar maknanya kepada semua penduduk di sini kerana ini membolehkan kerajaan terus berusaha dalam membangunkan kawasan Batang Ai ini.

Sementara itu, beliau juga menasihati dan mengingatkan kepada penduduk kampung untuk menolak tidak menerima calon pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat iaitu bekas Ahli Parlimen bersama BN selama lima penggal.

Kiriman Kaban Dari Lubok Antu (Sri Aman)

Jumaat, 3 April 2009

Benih Sawit Berkualiti Jamin Pulangan Lumayan


BENIH SAWIT BERKUALITI…Beberapa pekerja memunggah baka sawit berkualiti di tapak semaian anak sawit milik Pertubuhan Peladang Kawasan Subis (PPK Subis – gambar atas) yang telah ditempah oleh MPOB untuk dihantar ke Bahagian Limbang (Lawas) baru-baru ini. Foto: ADUM LIU


FIKIRLAH SEMASAK-MASAKNYA SEBELUM RUGI KEMUDIAN HARI…. Pekebun kecil yang berminat menceburi penanaman kelapa sawit adalah baik membuat pemilihan yang tepat sekali dalam hal membeli anak sawit daripada mana-mana pihak. Kenalpastikan pihak yang menjual anak sawit ini mempunyai Sijil Kewibawaan pengurusan Tapak Semaian (OPNCC) daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu DURA (tempurung tebal), TENERA (tempurung nipis), dan PESIFERA (tiada tempurang). Tiga jenis ini adalah disyorkan amat sesuai yang berkualiti yang pasti tidak merugikan pekebun kecil kerana ia mampu mempertingkatkan hasil sepanjang hayatnya. Oleh sebab itu, anak benih sawit yang berkualiti amat penting untuk mendapatkan hasil sawit yang bermutu setelah berusia 5 tahun.

Baka sawit berkualiti juga akan menambahkan lagi kadar perahan minyak (OER) serta pengeluaran minyak sawit mentah (MSM). Kerajaan komited meningkatkan pengeluaran MSM bagi memenuhi keperluan dan permintaan pasaran bagi sektor pembuatan makanan dan sektor lain terutama keperluan bagi pengeluaran biodiesel.

MPOB juga mengesyorkan penggunaan jenis benih sawit DxP (Kacukan Dura dan Pesifera) supaya memperolehi hasil tanda segar yang sempurna yang menjamin pulangan hasil kerja usaha penanaman kepada pekebun kecil. Selain daripada itu, MPOB juga mengesyorkan dengan penggunaan baka pembiakan benih sawit melalui klon (Teknologi Tanaman Kultur Tisu).

Pihak MPOB juga menyeru kepada pekebun kecil supaya tidak membeli benih sawit belum cukup matang (dalam lingkungan bawah 10 bulan) daripada mana-mana pihak menjual benih sawi sama juga MPOB juga tidak sekali-kali pun melarang pihak penjual benih sawit belum cukup matang.

Oleh demikian, pekebun kecil harus mematuhi arahan ini supaya tidak merugikan pekebun yang mengeluarkan kos yang besar dalam mengusahakan kebun sawit mereka.

Dapatkanlah arahan dan bantuan daripada pihak MPOB dalam semua perkara bagi mendapat pulangan yang memuaskan kepada pengusaha sendiri.

Khamis, 2 April 2009

Cerita dulu...cerita lama...cerita semula..


SUBIS (BEKENU) - Kuala Sibuti yang terkenal dengan keharuman belacan buatan kaum nelayan Melanau serta keindahan permandangan pantainya kini menjadi semakin dikenali ramai sehingga ke luar negara... Kuala Sibuti yang pernah dikunjungi oleh masyarakat Jepun, Korea dan Eropah telah memberi satu lagi peluang ekonomi kepada masyarakat di kawasan ini.

Apa yang menarik bagi Kuala Sibuti ialah dengan pernahnya dahulu tersiarnya sebuah berita Harta Karun di Utusan Sarawak menjadikan satu persoalan sehingga kini masih belum terjawab lagi...Apa kah itu benar?

Inginkan jawaban? Sila datang ke Kuala Sibuti pada penghujung minggu.....

Rabu, 1 April 2009

Kepada Sesiapa Berkenaan

Salam sejahtera buat semua yang mengenaili Adum Liu... Jika anda mempunyai sebarang bahan / gambar menarik sila hantar kepada saya untuk dikongsikan kepada semua...

email - amirulkiut@gmail.com

Sekian dan terima kasih.

Makluman pembaca

Hai semua pembaca Utusan Subis...Saya Adum Liu cuba memberi maklumat terkini melalui Utusan Subis dalam masa terdekat ini. Buat masa ini muka surat ini masih belum dikemaskinikan dan berharap semua nantikan saya.