Rabu, 11 Ogos 2010



Sumbangan Daripada C. Shareen (Kuching)

Renunggan Dan Bacaan Sahaja

Tidak ada kena mengena pada sesiapa


EHH...Ada jam dalam laptop wak? Canggihlah dunia sekarang.


TUT..TUT..TUT... Bunyi keretapi bergerak pelahan.....

Seorang pemuda dalam perjalanan kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi malam dan duduk bersebelahan dengan seorang pakcik berusia dalam lingkungan 50-an.


Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada pakcik tersebut. "Pakcik, pukul berapa sekarang?" Pertanyaan yangg biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan?

Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh di luar dugaan, pakcik itu berdiam diri sahaja.


Mungkin pakcik ini kurang pendengaran, fikir pemuda tersebut dalam hatinya. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun pakcik itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.


Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan bertanya lagi. "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawab pertanyaan saya? Salahkah saya btanya?".


Pakcik itu menoleh. "Bukannya saya tidak mahu mejawab tapi nanti kalau saya jawab, kita pasti akan bersembang mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra.”


Si pemuda termanggu mendengar ceramah pakcik itu. Terus dia bertanya lagi. "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra? "


Pakcik itu berkata lagi: "Apabila kita bertambah mesra, ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur nanti, kita akan turun sama2. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu.


"Si pemuda itu bertambah binggung dan tidak tentu arah." Jadi? " Tanyanya lagi.


"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia memperlawa kamu ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya. Setelah itu, kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya." katanya lagi.


Si pemuda yang tadi sudah binggung semakin binggung. Terus dia bertanya: "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?"


Sambil berdiri orang tua tersebut menjawab dengan lantang: "Masalahnya? SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR! CIKAI BETUL!!! "

HAIRAN…Lihatlah betapa mesran dan gembiranya Ozzy ketika kehadiran penulis di rumah mereka pada pagi tadi.

OZZY BERHIDUNG DUA & KEMBARNYA
MOHON BANTUAN ORANG RAMAI


UTUSAN SIBUTI - Penjaga adik kembar anak yatim piatu yang salah seorang kanak-kanak istimewa memohon pihak kebajikkan dan mana-mana pihak agensi kerajaan memberi perhatian terhadap mereka.


Penjaganya Sura Mahmud, 46 tahun nenek Ozzy Lanny dan Dizzy Lanny yang ditemui di rumah mereka di Rumah Panjang Enteri Tiris di sini berkata, kedua-dua cucunya ini memerlukan bantuan berupakan susu tepung (1kg) kerana dalam sebulan mereka memerlukan 15 bungkus.


Katanya, tanggungannya makin hari makin meningkat yang juga perlu menyara begitu ramai ahli keluarga maka dengan ini saya amat berharap pihak tertentu tampil kehadapan memberi bantuan kepada dua cucunya.


Kami juga berharap pihak tertentu dapat menghulur bantuan mencari dana pada masa ini untuk perbelanjaan pembedahan hidung Ozzy apabila gelap berusia 4 tahun kelak dan sekarang Ozzy sudah pun berusia 2 tahun, jelasnya.


MOHON BANTUAN… Ozzy (depan kanan) bersama abangnya Dizzy, Sagan (kanan – ibu Sura) dan Sura Mahmud (nenek Ozzy) ketika ditemui Utusan Sarawak di rumah mereka di Rumah Panjang Enteri Tiris, Bekenu baru-baru ini.


“Hasil kebun sawit dan sayur yang tidak menentu adalah merupakan sebab utama saya terasa amat sukar untuk membeli susu tepung dan keperluan harian kami sekeluarga yang ramai”.


“Ibubapa kepada dua beradik kembar ini yang telah becerai dan masing-masing tidak pernah datang menjeguk dan bantuan kewangan sejak kembar ini dilahirkan sehingga sekarang”, jelas.


Ketika penulis datang ke rumah mereka, penulis terkejut melihat karenah Ozzy yang mempunyai dua hidung berlari kearah penulis bersalam dan minta dukong serta tidak mahu jauh pula.


Sagan Aro, 67, ibu kepada Sura Mahmud (nenek) mereka berkata, Ozzy merupakan seorang budak yang sukar didampingi dan didekai oleh orang lain serta tidak tahu mengapa dia begitu mesra dengan penulis.

KENANGAN…Datin Fatimah Abdullah (duduk tengah), Rosey Yunus (empat kiri) dan Ahmad Lai (empat kanan) merakamkan kenangan bersama peserta yang menyertai Program Jejari Bestari Kawasan Parlimen Sibuti.


31 MPWK Parlimen Sarawak
dapat RM651 ribu dari JPW


UTUSAN SIBUTI – Sebanyak 31 Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) kawasan Parlimen Sarawak mendapat peruntukkan sejumlah RM651 ribu daripada Jabatan Pembangunan Wanita, kata Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.


Datin Fatima ketika berucap di Majlis Penutupan Program Jejari Bestari di Dewan Masjid Al Jabbar di sini berkata, peruntukkan itu adalah untuk Program Wanita (Kraf Kreatif) dan Program Keluarga (Hari keluarga dan Nur Sejahtera Remaja) sebagai membantu membanteraskan kemiskinan di kalangan rakyat di Sarawak.


Katanya, objektif program ini ialah mempertingkatkan akses kumpulan sasaran khasnya wanita di luar bandar untuk menyertai program-program pembangunan kapassiti, membekal peserta dengan pengetahuan dan kemahiran bidang jahitan (sulaman manik dan labuci.


Ia juga membantu peserta meningkatkan potensi untuk berdikari secara ekonomi setelah memperolehi kemahiran sama ada mendapat pekerjaan ataupun memulakan perniagaan sendiri.


Membuka minda peserta yang terdiri daripada kaum wanita ke arah peningkatan kekuatan dan keyakinan diri serta memberikan motivasi supaya mereka terdorong untuk memajukan diri masing-masing, jelasnya.

HASIL…Datin Fatimah Abdullah meninjau hasil tangan peserta yang menyertai Program Jejari Bestari P.218 Sibuti.

“Jabatan Pembangunan Wanita memberi 4 program untuk membantu wanita Sarawak untuk menjadi usahawan iaitu Jejari Bestari dengan peruntukan sejumalah RM217 ribu, Inkubator Ibu Tunggal/I-Kit (RM100 ribu) dan Inkubator Usahawan Wanita/I-Keunita (RM150 ribu)”.


“Pada tahun 2009, seramai 232 daripada 930 orang peserta program Jejari Bestari telah berjaya menjadi usahawan wanita dan ini adalah merupakan yang sangat diharapkan oleh kerajaan dalam mencari pelbagai cara untuk membangunkan masyarakat di luar bandar”, jelasnya.


Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus, Pengarah Biro Wanita Jabatan Ketua Menteri Norjanah Razali, SAO Niah Salbilah, Pengerusi MPWK P.218 Sibuti Kaunselor Zainani Salleh dan Kaunselor Annuar Ahmad serta ketua-ketua kaum setempat.


KEKALKAN KETUA MENTERI… Datuk Aidan Wing (tengah) bersama Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB N.62 Lambir bersuara kekalkan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak.


PBB LAMBIR MAHU KETUA MENTERI

KEKAL PEMIMPIN TERTINGGI SARAWAK


UTUSAN SIBUTI - Ahli Dewan Undangan Negeri N.62 Lambir (ADUN-PBB) Datuk Aidan Wing bersama ahli anggota Program Gerak Gempur dan masyarakat setempat di kawasan Parlimen Sibuti sebulat suara supaya Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud terus kekal sebagai pemimpin tertinggi Sarawak.


Datuk Aidan ketika berucap Majlis Pernutupan Program Gerak Gempur anjuran Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) N.62 Lambir berkata, sepanjang tempoh puluhan tahun sudah dipimpin oleh Pehin Sri ternyata begitu pesat perubahan di Miri ini dan Sarawak amnya.


Katanya, seminggu yang lepas Barisan Nasional Sarawak telah mengadakan satu perkampungan di Taman Negara Mulu yang dihadiri oleh semua ADUN, Ahli Parlimen dan Setiausaha Politik Ketua Menteri dari empat parti komponen BN iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) juga mempertahankan Pehin kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak.


“Gelombang Pembangunan Politik Ke-2 Sarawak, ia pula sedang menuju era kepesatan sosioekonomi melalui Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE), maka ini satu perubahan besar yang memberi banyak peluang pekerjaan untuk anak-anak negeri ini”.


BERTUAH… Datuk Aidan Wing (tengah) menyampaikan hadiah tiket bertuah kepada ahli Pemuda (PBB) N.62 Lambir.


“Justeru, ibu bapa dihasihatkan supaya tidak mengabaikan pendidikan anak-anak untuk mendapat pelajaran yang tertinggi bagi menjaminkan mengisi kerja kosong di SCORE yang memerlukan ramai pekerja mahir menjelang tahun 2030 kelak”, jelasnya.


Katanya, bagi menjayakan usaha gelombang ini dan pekerjaan anak-anak masa depan adalah masyarakat kita yang sudah terawal dalam 1 Sarawak terus berdiri teguh dan sokongan penuh kepada Barisan Nasional.


Apa yang penting ialah kita jangan termakan janji-janji manis pembangkang, habis manis kulit ditinggalkan, beginilah parti pembangkang ketika pilihan raya yang hampir tiba. Rakyat harus menjaga baik negeri kita jangan sampai terjatuh kepada tangan pembangkang dari semenanjung yang pandai cakap-cakap sahaja dan memburuk-burukkan rakyat kita seperti pilihan raya kecil Sibu lepas, jelasnya.

SELAMAT… Kelihatan penduduk rumah panjang dalam kegelapan yang masih berusaha memadamkan api-api kecil dibeberapa bahagian dalam rumah yang terbabit dengan kebakaran itu.

Kebakaran :
Penduduk berjaya
selamatkan rumah panjang


UTUSAN SIBUTI - Kecekapan penduduk Rumah Panjang Tinggang Mawar memadamkan api yang sedang marak telah berjaya menyelamatkan 29 daripada 30 pintu keluarga yang ada di rumah panjang itu daripada terus digilap api pada malam tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 9 malam tadi telah mengemparkan penduduk di beberapa rumah panjang yang berdekatan yang turut bergegas ke situ untuk memberi bantuan kerja pemadaman api.

Sumber ditempat kejadian ketika ditemui berkata, kejadian itu telah bermula dari pintu nombor 27 dari bahagian hujung kanan sebuah bilik yang tinggal tiga beranak yang hanya menggunakan lilin sebagai mendapat cahaya selepas bekalan elektrik mereka dipotong oleh pihak Secco.

Katanya, penduduk di sini amat bernasib baik kerana cepat mengetahui kejadian itu yang terus memberi bantuan kerjasama memadamkan api yang sedang marak menjilat tilam, siling dan kedua-dua belah dinding rumah mereka.

Kejadian ini adalah merupakan kali kedua, kejadian pertama kebakaran rumah panjang ini pada beberapa tahun yang lalu telah memusnahkan separuh rumah panjang di sini, jelasnya.

Kejadian yang berlaku di kilometer 5 dari pekan Batu Niah ini turut datang memberi bantuan ialah anggota sukarela bomba Batu Niah. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku dalam kebakaran kecil itu.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba dan polis.

TERIMA KASIH… Awang Tengah (tiga kanan) menerima saguhati daripada Ripin Lamat (tiga kiri) sebagai tanda penghargaan daripada masyarakat kawasan Tiris.

Awang Tengah :
Perwartakan lot tanah dan NCR



UTUSAN SIBUTI – Percepatkan permohonan mewartakan (Gazette) lot tanah dan NCR bagi ia benar-benar menjadi status tanah milik anda sendiri hingga turun menurun, kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak.

Demikian kata Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena sembutan Makan Tahun Perdana anjuran Persatuan Kedayan Sibuti di Kampung Tiris semalam.

Katanya, mewartakan kawasan Tiris yang mempunyai enam kampung dan sebuah rumah panjang harus dipercepatkan dan teruskan usaha kerjasama daripada penduduk di sini sehingga berjaya memiliki status hak milik tanah.

Ketua-ketua kaum di kawasan ini perlu memainkan peranan penting bekerjsama satu sama lain supaya semua kehendak usaha akan menjadi mudah terutamanya dalam mendapat status hak milik tanah melalui mewartakan lot tanah dan NCR di sini, jelasnya.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu Rosey Yunus, Setiausaha Politi Ketua Menteri Ripin Lamat dan Robert Laying, Timbalan Residen Miri Abdul Aziz serta pegawai-pegawai kerajaan tempatan.

Katanya, kawasan Tiris yang besar dengan mempunyai enam kampung iaitu Kampung Kepayang, Masjid, Pintasan, Lubok Buinih, Sebalik, Tunah dan Rumah Panjang Enteri dengan penduduk di sini sejumlah 1592 orang juga diseru supaya terus memberi bekerjasama kepada kerajaan dan Barisan Nasional.

Buatlah surat permohonan mewartakan lot tanah dan NCR yang lengkap dengan senarai nama penduduk kampung masing-masing dan majukan kepada alamat Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak sedia membantu dan membela nasib rakyat, tambahnya.

“Apa yang penting sekarang adalah sangat diharapkan agar rakyat kawasan luar bandar terus memberi sokongan semua usaha kerajaan dalam memberi pelbagai manfaat untuk menikmati kemudahan asas yang mash diperlukan rakyat luar bandar”.

“Juga diuacapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia yang telah banyak memberi peruntukkan yang besar di kawasan Titis ini kerana kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air bersih, jalan raya dan pendidkan anak turut diperhebatkan lagi”, tambahnya.
RASMI… Dato Seri Shafie Apdal (dua kanan) Ahmad Lai Bujang (kanan) dan Rosey Yunus (kiri) ketika majlis perasmian BALB yang telah sampai pada rumah ke rumah di Kampung Tiris pagi tadi.

RASMI… Dato Seri Shafie merasmikan pembukaan bekalan air bersaih untuk disalurkan ke enam kampung dan sebuah rumah panjang di kawasam Tiris pada pagi tadi. Turut kelihatan ialah Rosey Yunus (dua kiri), Ahmad Lai Bujang (tiga kiri) dan Ripin Lamat (kanan).


Dato Sri Shafie Apdal :

KERAJAAN TIDAK HENTI BANTU RAKYAT


UTUSAN SIBUTI - Kesungguhan kerajaan membantu rakyat tidak pernah terhenti dan pelbagai pendekatan serta melakukan penambahbaikan untuk memastikan tidak ada pihak yang ketinggalan daripada arus pembangunan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau telah melakukan transformasi dan penambahbaikan.

“Penambahbaikan diambil bukan bermakna dasar pembangunan yang terdahulu tidak baik, cuma mungkin ia tidak menepati semua keperluan rakyat, masa dan juga tempat,” jelas beliau.

Beliau memberitahu demikian ketika berucap pada majlis perasmian Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Kampung Masjid, Tiris, Bekenu di sini semalam.

Menyedari hakikat itu katanya, kerajaan telah mengambil pendekatan terbaru dengan menggariskan enam perkara utama dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang harus diberi perhatian.

Antaranya menurut Mohd Shafie adalah bidang pendidikan kerana hanya dengan pendidikan dan ilmu pengetahuan seseorang itu boleh bangkit untuk membaiki taraf hidupnya sekali gus keluar dari kepompong kemiskinan.

“Hanya dengan pendidikan dan ilmu pengetahuan, manusia akan dapat mengharungi apa jua cabaran dalam hidup untuk terus berjaya,” katanya.

Menyentuh tentang projek BALB, seramai 2,000 penduduk dari enam kampung kaum Kedayan dan sebuah rumah panjang kaum Iban di kawasan Tiris telah mendapat manfaat daripada projek itu yang diumumkan menteri terbabit semasa lawatan pertamanya ke kawasan tersebut pada 20 Ogos 2009.

Enam kampung terbabit terdiri daripada Kampung Sebalik, Kampung Masjid, Kampung Kepayang, Kampung Pintasan, Kampung Lubok Buini dan Kampung Tunah serta sebuah rumah panjang iaitu Rumah Enteri Blawan di Sungai Tiris, Bekenu.

Mohd Shafie turut meminta pegawai kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk mengenal pasti penerima bantuan kewangan di bawah program rakyat termiskin menyenaraikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan tersebut.

Ini kerana katanya sejak kebelakangan ini, kementeriannya berjaya mengesan terdapat individu yang menerima bantuan kewangan menerusi program tersebut yang disalurkan kerajaan di luar bandar negara ini mampu bergaya mewah dengan memakai rantai emas.

Tambahnya, jika penerima bantuan itu mampu membeli dan bergaya dengan rantai emas, secara logiknya dia tidak sepatutnya layak menerima bantuan kerajaan kerana lebih ramai lagi mereka yang lebih miskin dan memerlukan bantuan.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM100,000 untuk membina padang bola sepak di kampung tersebut dan meluluskan pembinaan masing-masing 10 rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Rancah-Rancah dan Tiris.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus, ADUN Lambir Datuk Aidan Wing dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Ripin Lamat.

Ratusan ditangkap setiap tahun kerana tidak berpuasa, kata Daud


UTUSAN SIBUTI - Ratusan umat Islam di negeri ini ditangkap oleh pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana ponteng puasa pada setiap bulan Ramadan.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam Datuk Daud Abdul Rahman memberitahu, pada setiap tahun JAIS melaporkan kes tangkapan dan denda terhadap umat Islam yang didapati makan, minum dan merokok di tempat awam pada bulan Ramadan.

Katanya, statistik sebenar jumlah tangkapan tidak ada pada saya sekarang, tetapi saya dapat memberitahu bahawa jumlah yang ditangkap setiap tahun adalah beratus orang.

Daud memberitahu, hukuman turut dikenakan kepada peniaga beragama Islam yang menjual dan membenarkan pelanggan mereka yang beragama Islam makan dan minum di restoran mereka.

Untuk kesalahan pertama, pesalah akan dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, umat Islam yang tidak dapat berpuasa kerana sakit ataupun sebab lain tidak akan menggunakan alasan berkenaan untuk makan dan minum di tempat awam.

Daud, seperti yang kita tahu, umat Islam tidak boleh makan dan minum dalam tempoh berpuasa. Tetapi ada juga antara kita yang tidak menghormati bulan puasa dengan makan, minum dan merokok di khalayak ramai dan ini adalah satu kesalahan.

Saya berharap pada tahun ini tidak akan ada tangkapan atau denda yang kita keluarkan kepada umat Islam kita kerana kesalahan ini, tambahnya.

Beliau menambah, umat Islam perlu memberi contoh teladan yang baik agar kesucian Ramadan terus dipelihara bersama oleh masyarakat Islam dan mendapat penghormatan kaum lain.

MRP Dari P 218 Sibuti

TERIMA KASIH… Ahmad Lai Bujang (dua kanan) menyampaikan geran MRP kepada Kaunselor Dennis di Pusat Khidmat Warki Ranyat P.218 Sibuti di sini pada petang semalam.

UTUSAN SIBUTI – Sebanyak enam perbadanan menerima Peruntukan Kecil Luar Bandar (MRP) daripada Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang di Pusat Khidmat Warki Ranyat P.218 Sibuti di sini pada petang semalam.

Antara enam perbadanan itu ialah Dynasty Charity Fund, JKKK Kampung Lusat, JKKK Kampung Bidayuh, Tadika Hikmah, RELA Daerah Miri, Persatuan Ibubapa dan Guru St Joseph dan Biro Pemuda Lambir.


Ahmad Lai Bujang, jumlah MRP yang telah disampaikan kepada enam perbadanan itu ialah sejumlah RM22, ia adalah untuk perbadanan tersebut untuk menjalankan aktiviti sosial dan pembangunan di kawasan masing-masing.


Bagi mana-mana perbandanan yang masih belum menerima peruntukan MRP ini adalah berharap agar mereka bersabar kerana kerajaan Barisan Nasional akan menunaikan permohonan mereka, jelasnya.