Isnin, 23 Mei 2011

TAK WUJUD TELINGKAH AGAMA

UTUSAN SIBUTI - Masalah pertelingkahan agama tidak wujud di Sarawak kerana rakyat berbilang kaum sentiasa mengutamakan perpaduan, toleransi dan keharmonian tanpa mengira agama dan latarbelakang budaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat berkata, walaupun rakyat di sini berbilang kaum, namun ia tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka bekerjasama dalam membangunkan negeri ini.

“Tidak kira sama ada Bidayuh, Iban, Cina, Melayu atau Melanau, semuanya mempunyai satu aspirasi yang sama iaitu mahu perpaduan dan keharmonian. Elemen inilah yang menjadi teras rakyat di sini dari dulu hingga kini,” katanya berucap pada majlis Silama Andu Gawai Dayak 2011 di Kampung Bidayuh, Lusut, Taman Tunku, Miri baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang, timbalan pengerusi PBB Lambir Julani Mokhtar dan ketua kaum Bidayuh Kampung Lusut, Jimmy Nyahen.

Dalam pada itu, Ripin mengingatkan rakyat agar terus memelihara kestabilan politik yang ada sekarang untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di negeri ini.

“Kita harus menolak sentimen negatif yang boleh mengganggu dan menggugat perpaduan dan kestabilan di negeri ini. Kita tidak harus memberi peluang kepada sikap perkauman memecah-belahkan keamanan yang kita nikmati sejak dulu,” katanya.

Dalam pada itu, Ripin yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri mahu komuniti Bidayuh sama ada di peringkat ketua kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus bekerjasama bagi memastikan mereka tidak ketinggalan daripada arus pembangunan.

Pada majlis yang sama, Ripin turut mengumumkan geran berjumlah RM2,000 untuk JKKK Kampung Bidayuh melaksanakan aktiviti tahunan.

Kampung Taee adakan
sambutan Gawai 31 Mei


UTUSAN SIBUTI (Serian), Ahli Jawatankuasa Biro Kebudayaan Kampung Taee sambutan Gawai Taee 2011 pada 31 Mei ini bermula jam 7.30 malam di Baleq Gambang Bukar, Taee Serian sini.

Majlis itu akan diadakan pertandingan akhir Kumang Gawai dengan 12 peserta terdiri daripada gadis-gadis jelita Bidayuh di mana pemenang tempat pertama menerima wang tunai berjumlah RM250 dan selempang, tempat kedua (RM200), ketiga (RM150) manakala sembilan orang pemenang sagu hati masing-masing menerima RM50.

Selain itu, Kumang Gawai, orang ramai akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh masyarakat Bidayuh, Iban dan Orang Ulu serta persembahan nyanyian oleh kumpulan pemuzik tempatan yang juga bertujuan mempromosikan budaya masyarakat Bidayuh.

Pada 1 Jun depan turut akan diadakan acara perarakan kebudayaan Kampung Taee Bermudas jam 1.30 petang. Sepanjang perarakan tersebut, peserta akan memakai pakaian tradisional mereka diiringi muzik traditional.

Orang ramai khususnya masyarakat luar dijemput untuk menghadiri acara perarakan tersebut untuk melihat dan mempelajari lebih dekat budaya masyarakat Bidayuh.
7 suspek ditangkap setelah diintip

INTIPAN sepasukan polis dari cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuching selama seminggu di dua buah premis menjalankan kegiatan judi haram di sini membuahkan hasil dengan tertangkapnya tujuh suspek, lewat petang Sabtu.

Tiga pekerja wanita premis tersebut dan seorang pemilik kedai merupakan antara yang dicekup kelmarin. Suspek yang dicekup berumur di antara 32 hingga 47 tahun.

Dalam dua serbuan yang dilakukan berasingan kelmarin, sebanyak lima buah mesin pencetak kertas judi haram turut dirampas, selain wang tunai bernilai lebih RM10,000.

Seramai lapan anggota polis dari Cawangan D7 menyerbu dua premis dipercayai menjalankan kegiatan judi haram masing-masing di Sepupok dan Batu Niah.

Serbuan di Batu Niah dan Sepupok, masing-masing diketuai ASP Mohd Zulkarnain dan Inspektor Zuriawati.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksen 4a(a)Akta Rumah Perjudian Terbuka. Serbuan yang bermula pada jam 5.30 petang semalam merupakan kejayaan kedua pasukan D7 Cawangan Kuching dalam usaha membasmi kegiatan judi secara haram di daerah ini.
Serbuan serupa telah dilakukan pada bulan Mac tahun ini membabitkan nilai rampasan sebanyak RM30,000.
TERIMA KASIH… Rosey Yunus menerima cenderahati daripada KK Mahli Suhaili sambil diperhatikan oleh Hadijah Shiekh Kassim (dari kanan), Halimah Bakar dan Kapital Yong Kui Lan.

Tiga pengusaha potensi bawa maju

Kaum ibu Kampung Rancha-Rancha di sini mempunyai tiga perusahaan yang berpontensi meningkatkan pendapatan keluarga, kata Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu Rosey Yunus.

Katanya, ibu-ibu dan wanita Kampung Rancha-Rancha perlu bergiat aktif dalam membangunkan diri untuk perningkatan pendapatan eknomi seisi keluarga masing-masing.

“Para ibu dan wanita sangatlah diharapkan agar terus berusaha dalam semua bidang yang bersesuai dalam memastikan diri bersama menuju ke arah negara yang sedang rancak membangun pada masa sekarang.

“Ambil apa saja peluang yang ada, kerana kegigihan para dan wanita kini adalah setandingan dengan kaum lelaki dalam membangunkan pendapatan ekonomi,” jelasnya ketika berucap di Majlis Hari Ibu anjuran Jawatankuasa Aktiviti Wanita Bekenu Niah (JAWBN) di sini petang tadi.

Antara tiga pengusahaan yang berpotensi dimajukan oleh para ibu dan wanita di sini ialah menyumlam manik pelbagai corak, Dodol Rancha-Ranchan dan Asam Belimbing Rancha-Rancha.

Tambahnya, bagi mengembangkan dan memajukan tiga pengusahaan itu bahawa pihak wanita di sini boleh memohon Bantu dari segi kursus yang lebih mendalam supaya hasil di setiap tiga pengusahaan itu berkualiti mampu di ketengahkan di pasaran kelak.

Dengan mempunyai nilai dan berkualiti hasil daripada sulaman yang cantik, dodol yang enak dan asam belimbing berlainan rasa daripada asam buahan lagi akan juga mampu dipasarkan ke kawasan luar dari Bekenu, Miri dan keseluruh Sarawak serta negeri di Malaysia, jelasnya.

Bendahari JAWBN Hadijah Shiekh Kassim turut ditemui berkata, penganjuran Hari Ibu di Kampung Rancha-Rancha sini ialah untuk mendedahkan keistimewaan seorang wanita bergelar ibu, ia juga untuk memberi penghormatan dan menghargai jasa-jasa para ibu di sini supaya tidak terasa terciciran menyertai aktiviti dari JAWBN ini.

Dalam menjayakan program ini, JAWBN turut menjemput beberapa kakitangan KEMAS Bekenu menunjukkan cara penyulaman manik yang terbaik, ia juga sebagai memberi peluang para ibu di sini dalam meningkatkan pendapatan mereka yang tidak bergantung semata-mata daripada suami mereka.

“Kita juga akan berbincang bagi menyusun program ini, kita akan mengikuti nasihat daripada ADUN Bekenu Rosey Yunus supaya berkerjasama dengan Gerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB-Bekenu) supaya membuahkan hasil di tiga bidang yang berpotensi ini”, tambahnya.

Pada majlis tersebut, ADUN Bekenu turut menyampaikan beberapa sumbangan berupa barang keperluan harian kepada ibu-ibu tunggal dan warga emas.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Kaum Kampung Rancha-Rancha Mahli Suhaili, Kapital Cina Yong Kui Lan, Pengerusi Gerakan Wanita PBB-Bekenu Halimah Bakar, Ketua-ketua Kaum dan ahli-ahli JAWBN serta penduduk setempat.