Isnin, 9 Mei 2011


TERUSKAN USAHA... Penduduk Bekenu yang mengucapkan tahniah ke atas kejayaan ADUN Marudi Sylvester Entri berjaya mempertahankan kerusi Marudi pada pilihan raya lepas.

SNAP perlu ‘tutup kedai’

UTUSAN SIBUTI - Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) perlu ‘tutup kedai’ kerana seramai 25 daripda 26 calonnya yang bertanding hilang deposit pada Pilihan Raya Umum Sarawak April lepas.


Menteri Muda Bekalan Air Sylvester dan Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak Entri Muran ditemui di Bekenu berkata gabungan SNAP dan DAP tidak lebih daripada sekadar untuk meraih undi daripada masyarakat Dayak.


Katanya, keputusan kehilangan deposit tersebut jelas menunjukkan rakyat Sarawak menolak SNAP, dan keputusan SNAP keluar daripada PR dan bergabung dengan DAP tidak membawa pelbagai impak politik, padahal DAP masih di bawah komponen PR.


DAP hanya mahu menggunakan PKR apabila mengumumkan Baru Bian akan menjadi Ketua Menteri dalam PR.


Ini menunjukkan yang DAP hanya mahu bermain politik, padahal mereka (DAP) tahu PKR tidak mungkin akan menang kerusi dalam pilihan raya yang lalu, tambahnya yang ketika hadir Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) dan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.61 di Bilik Gerakan BN Bekenu, baru-baru ini.
TAHNIAH.... Ripin Lamat (duduk tengah barisan kedua) merakam kenangan bersama peserta kursus di Hotel Telang Usan baru-baru ini.

RIPIN : SEDIA UNTUK BERSAING


UTUSAN SIBUTI - Mengenal pasti fungsi dan kepentingan pemasaran, perancangan dan program pemasaran serta peluang dan segmen pasaran adalah penting dalam menuju kea rah negara berpendatan tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri N.62 Lambir Ripin Lamat berkata ‘inter-personal’ mempengaruhi kelakuan pelanggan serta mengenalpasti peluang perniagaan dan juga menguntungkan.

Ripin, keadaan persaingan pasaran yang mencabar akan dapat di atasi dengan perancangan dan straegi pemasaran yang teratur oleh usahawan, demikian katanya pada Majlis Penutupan Program Kepimpinan Kompetensi Kursus Pemasaran Strategik anjuran Pejabat Belia dan Sukan Miri baru-baru ini.

“Kekurangan serta kelemahan perancangan ini menjadikan produk barangan dan perkhidmatan yang ditawar tidak dapat bersaing di pasarankan.

“Kebolehan seorang merangka strategi dengan berkesan merupakan elemen penting bagi membolehkan mereka berupaya untuk bersaing di pasaran terbuka,” jelasnya.

Program kursus ini dihadiri oleh golongan belia 18 hingga 40 tahun yang seramai 32 orang yang ratanya dari kawasan Miri dan Bintulu.

TAHNIAH… Datuk Amar Awang Tengah menyampaikan pelan NCR - Rizab Gunasama Bumiputera kepada KK Lidi Asid kampung Terhad. Kelihatan di sini ialah Rosey Yunus (lima kanan), Sylvester Enteri, Ahmad Lai Bujang, Ripin Lamat dan Paulus Ngumbang (dari kanan).

RAHSIA PEMBANGKAR TERBONGKAR


UTUSAN SIBUTI - Ketidaksepakatan parti pembangkang untuk membela nasib rakyat terserlah apabila rahsia mereka sering bertelingkah terbongkar.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan berkata ini buktikan dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) keluar daripada pakatan bersama DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

“Apa yang rakyat lihat sekarang ialah mereka sah tidak sehaluan. Ini berbeza dengan pendekatan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan semangat setia kawan dan politik menghormati,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Kesyukuran dan Penghargaan BN dan Masyarakat DUN Bekenu di sini, hari ini.

Katanya, Sarawak tidak menerima politik tidak menghormati adat resam dan sopan santun yang dibawa pembangkang semenanjung ke negeri ini, keadaan ini menyebabkan ia mudah untuk dimanipulasi dan disalah ertikan oleh golongan yang menghasut dan memutar belitkan fakta.

“Kerajaan sentiasa memberi yang terbaik untuk rakyat, namun tidak semua kehendak yang disampaikan oleh kerajaan difahami oleh rakyat keseluruhannya.

“Dasar kerajaan disampaikan dengan baik sekali, namun ideologi yang berbeza oleh segelintir pihak yang menyalah ertikan dan tidak berlandaskan pada dasar bagi mengelirukan rakyat serta meraih sokongan sebagaimana yang berlaku pada pilihan raya Sarawak April lepas lalu”, jelasnya.

Tambahnya, pilihan raya lepas amat berbeza dengan yang sudah kerana pelbagai unsur-unsur politik telah menunjukan perkara yang cukup biadap dan kurang ajar sebarang tohmohan yang diketuai ahli parlimen (pembangkang) pemimpin wanita dari semenanjung semasa di DUN Bukit Sari.

Selama enam penggal beliau (Awang Tengah) bertanding di pilihan raya tidak pernah melihat berlaku sebegini teruknya politik ganas dan samseng pihak pembangkang ke Sarawak yang cuba merampas kawasan DUN secara kasar.

Tujuan sebenarnya pembangkang ini mahu memecah belah perpaduan rakyat supaya benci kepada pemimpin. Dan bersyukur kerana rakyat Sarawak bijak memilih hingga BN menang di 55 kerusi daripada 71 kerusi dipertandingkan.

Kalau pembangkang menang sudah tentu negeri ini akan rosak, mereka ini bukannya hendak memerintah negeri ini dengan baik yang tidak memikirkan kebajikan rakyat, mereka juga tidak pemikiran untuk membantu membawa rakyat mencapai pembangunan dan kemajuan negeri, jelasnya.

Terdahulu berucap ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus berkata, jentera komponen BN yang teridiri daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (SPDP), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) agar teruskan usaha kerjasama yang mampu mencapai kejayaan pada pilihan raya parlimen kelak.

“Usaha dan komitmen rakyat yang erat yang tidak kenal erti penat lelah, siang malam dan hujan serta panas telah membawa kemenangan kepada BN Bekenu.

“Kita mengucap terima kasih kepada Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang memberi kepercayaan untuk mempertahankan kerusi DUN Bekenu dan terima kasih kepada pihak individu di negeri yang menyokong BN hingga mendapat kemenangan 2/3 kerusi DUN pada pilihan raya lepas”, jelasnya.

Turut hadir pada majlis ini ialah Menteri Muda Kementerian Kemudahan Awam Sarawak dan Menteri Muda Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak Sylvester Enteri, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Lambir Ripin Lamat dan ADUN Batu Danau Paulus Ngumbang serta pegawai kerajaan tempatan dan ketua-ketua kaum kawasan Sibuti.

Datuk Amar Awang Tengah turut menyampaikan pelan NCR - Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi Kampung Terhad Bekenu yang merupakan kampung pertama di Bahagian Miri mendapat penyukatan NCR pada September 2010 lepas.

Majlis kesyukuran ini telah dihadiri sekitar seribu masyarakat pelbagai kaum, agama dan kebudayaan. Turut menyerikan masjlis ini ialah persembahan bermukun dan sambutan hanggat daripada Persatuan Bermoto Kuasa Tinggi Miri.



RASMI… Ahmad Lai Bujang memukul gong tanda perasmi majlis SIDS, sambil diperhatikan oleh Rosey Yunus dan Midam Cory Jepang (kiri).


SIDS perlu aktif dalam aktiviti pembangunan


UTUSAN SIBUTI - Golongan Wanita rumah panjang di kawasan luar bandar perlu mempunyai semangat bergiat aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti sosial yang selaras dengan pembangunan dan kemajuan negara masa kini.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika berucap pada Majlis Pra Gawai anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Niah berkata, pengajuran majlis umpama ini menunjukan golonga nwanita tidak mahu ketinggaan setiap program pembangunan.

"Terima kasih dan tahniah kepada rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN N.61) Bekenu telah berjaya mempertahankan kerusi DUN BN sini pada pilihan raya DUN Sarawak bulan lepas, kemenangan ini adalah tanda rakyat sini masih perlukan bantuan daripada kerajaan yang benar bawa pembangunan dan kemajuan.

"Rakyat sangat dinasihatkan supaya terus menyokong dan kerjasama dengan kerajaan BN supaya setiap pemohonan akan mudah sampai ke kawasan luar bandar", jeasnya.

Terdahulu berucap ADUN Bekenu Rosey Yunus berkata, kaum wanita harus bersama berganding bahu untuk mencapai pembangun melalui kerajaan.

Rakyat kawasan luar bandar adalah sentiasa mendapat perhatian daripada kerajaan yang selaras dengan konsep 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak.

Pada majlis ini, MPAhmad Lai Bujang telah menyumbang RM3,000 dan Rosey Yunus (RM2,000) serta rakan saudara kaum Iban dari Sibu (RM3,500) sebagai dana untuk aktiviti SIDS di sini.

Antara aktiviti turut diadakan ialah pertandingan kumang gawai, karaoke Iban, poco, lady dan man of the night.

Turut hadir ialah Pengerusi SIDS Midam Cory Repang, Pengerusi Tuai Rumah Batu Niah Micheal Balo, Para Kaunselor dan ketua-ketua kaum tempatan.


TAHNIAH… Ketua Kaum Kampung Terhad Bekenu Lidi Asid (kanan) ketika ditemui bersama Penguatkuasa JTS Rozlan Putit (tengah) yang hadir untuk majlis penerimaan Plan NCR – Rizab Gunasama di Bekenu.


Kampung Terhad Sibuti pertama

terima Inisiatif Baru NCR Miri


UTUSAN SIBUTI - Penduduk Kampung Terhad bertuah sudah mempunyai plan Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri daripada Jabatan Tanah dan Survei hari ini.

Ketua Kaum Kampung Terhjad Lidi Asid ketika berkata, beliau bersama rakyatnya sangat bersyukur kerana penantian untuk mendapatkan plan kampung yang sah daripada JTS telah tercapai hari ini.

Katanya, Kampung Terhad merupakan kampung pertama di Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu dalam Bahagian Miri di sukat tanah pada September 2010 lepas.

"Tanah NCR kampung ini dibahagikan tiga lot yang disukat iaitu Lot 179 dengan keluasan 7.6 hektar, Lot 180 (130 hektar) dan Lot 181 (64 hektar).

"JTS dengan mendapat kerjasama daripada penduduk kampung dalam kerja penyukatan tanah kami telah berjaya menjalankan tugas mengikut jadual yang ditetapkan", jelasnya ketika bersama Penguatkuasa JTS Miri Rozlan Putit di Majlis Kesyukuran Barisan Nasional di sini pagi tadi.

Plan Rizab Gunasama sama Kampung Terhad ini teah disampaikan oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Awang Tengah yang beraksikan ADUN Bekenu hari ini.

Justeru, kawasan yang beum menerima penyukatan tanah NCR ada diseru supaya terus berkerjasama kepada pihak kerajaan BN dan jabatan kerajaan serta agensi kerajaan tempatan bagi memudahkan proses ini berjalan lancar.