Sabtu, 16 Januari 2010

BORANG MASIH DITERIMA...Tuan Haji Ahmad Lai ketika berucap singkas di salah sebuah rumah penduduk Kampung Lusut, Taman Tunku baru-baru ini. Turut kelihatan di situ ADUN Lambir Aidan Wing (duduk dua kiri).

SUBUR Sibuti 450 peserta dilulus

UTUSAN SIBUTI (16/1/2010)
- Kawasan Parlimen Sibuti kini telah mempunyai senarai 450 nama peserta yang benar-benar layak untuk menyertai Program Subsidi Beras (SUBUR) Kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang ketika ditemui ketika mengadakan lawatan ke kampung-kampung kawasan DUN Lambir baru-baru ini berkata, pejabatnya telah menerima seranai nama seramai 450 orang telah diluluskan untuk mendapat bantuan beras.

“Kita akan mengagihkan bantuan ini kepada peserta berkenaan pada penghujung Mac atau awal April ini, mereka akan diberi kupon untuk mendapat bekalan beras daripada pihak pembekal.

“Kepada mana-mana penduduk kawasan Parlimen Sibuti yang masih belum mendapatkan borang penyertaan, bahawa mereka boleh mendapatkan borang SUBUR berkenaan daripada FAMA Miri, Jabatan Pertanian dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti”, jelasnya.

Katanya, penyertaan peserta adalah dalam 3 kategori ini, Miskin Tegar, Miskin dan Mudah Miskin adalah rakyat yang perlu mendapat bantuan,setiap borang penyertaan daripada penduduk Sibuti akan ditapis dengan terliti oleh badan penapis supaya yang layak tidak akan tercicir nanti.

Pada borang berkenaan juga menyatakan bahawa warga kota adalah berhak memohon bantuan ini dan petani yang mengusahakan padi dan kelapa sawit serta pekebun sambil asalkan pendapat mereka di bawah RM1,500 sebulan.