Ahad, 29 November 2009

SERUMPUN…Rosey Yunus (tiga kanan) dan Aeries Sumping Jinggan (dua kanan) ketika di Majlis Makan Malam St. Boniface Parish di Rh Baie Mamut pada malam tadi.

Rosey : Contohi majlis makan malam di Rh Baie

UTUSAN SUBIS (29/11/2009) – Sifat kental yang sentiasa ada di dalam diri penganut agama Kristian masyrakat Iban di Rh. Baie Mamut Sungai Sibuti harus dicontohi kerana berjaya membawa mereka untuk julung kali mengadakan majlis makan malam setaraf di hotel tempatan.

Ini adalah satu sifat yang patut dicontohi rumah-rumah panjang dan masyarakat lain di Sarawak yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN N.61) Bekenu Rosey Yunus ketika berucap pada Majlis Perasmian Makan Malam anjuran St. Boniface Parish di sini, kita yang pelbagai kaum dan agama tidak harus berpilih-pilih lagi kerana kita merupakan 1 Malaysia bahawa tiada yang tercicir daripada arus pembangunan dan kemajuan.

“Kita tidak seharusnya bersama janggal dengan pengganutan agama masing-masing kerana ianya adalah bebas dan tidak agama yang membawa kejahatan kepada kita malah kan memberi banyak kebaikkan kepada kita.

“Apa yang penting ialah kita harus saling menghormati sesama kita yang berbeza bangsa dan agama, dengan ini kita akan mampu untuk lebih maju dan membangun. Kita juga sentiasa kena bersikap kerjasama dengan pelbagai kaum terutamanya bersatu dengan Barisan Nasional yang membawa pembangunan kepada masyarakat luar bandar”, jelasnya.

Pada majlis ini, Rosey Yunus turut mengumumkan peruntukkan MRP RM2000 kepada Gereja St. Boniface Parish Mamut, Sibuti. Turut hadir bersama ialah Pengerusi Parti Progressif Demokratik Sarawak (SPDP-Bekenu) Sebastian Janting, Kaunselor Sulaiman Ahmad, Tr. Baie, The. Rigst Rev. Asst. Bishop of Kuching Aeries Sumping Jinggan dan Rev. Fr. Jecksion Tay.
IBADAH KORBAN…Jamali Basri (tengah) bersama ahli jawatankuasa Masjid Al-Mutabbquin Bekenu pada majlis penyembelihan salah seekor daripada empat lembu untuk dikorbankan pada Hari Raya Haji Semalam.

Masjid Bekenu korban empat ekor lembu

UTUSAN SUBIS (29/11/2009)– Jawatankuasa Masjid Al-Mutabbquin Bekenu menerima empat ekor lembu sumbangan daripada ADUN N.61 Bekenu dan Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bekenu sempena Hari Raya Korban semalam.

Pengerusi pengelola majlis penyembelihan Kaunselor Jamali Basri ketika ditemui berkata, sumbangan empat ekor lembu ini masing-masing daripada ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus dan Yusuf Sani adalah untuk diagihkan kepada lebih 200 fakir miskin kawasan Bekenu.

Jamali, upacara penyembelihan dan melapah daging korban adalah dilaksanakan secara gotong-royong oleh ahli-ahli jawatankuasa masjid ini yang terdiri daripada ketua-ketua kampung dan kakitangan kerajaan serta penduduk setempat.

“Kita semua di sini mengucapkan terima kasih di atas sumbangan empat ekor lembu daripada ADUN N.61 Bekenu dan Yusuf Sani yang bermurah hati terhadap pemberian sumbangan berkenaan.

Aktiviti ini harus dilaksanakan oleh umat Islam sebagai memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman kedua-dua Nabi Allah dalam mentaati suruhanNya“, jelasnya.

Kita juga pada setiap tahun akan mengadakan majlis seumpama ini yang tidak mahu ketinggalan seperti yang dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh dunia kerana ianya sangat wajib, tambahnya.

KENANGAN…Rosey Yunus menerima cenderahati daripada Daneil Bating pada majlis perasmian Program Rakan Muda di Rh Selan Batu Niah Baru-baru ini, turut kelihatan ialah SAO Niah Serbilah Haji Dahlan (kiri).


Program Rakan Muda dapat sambutan di rumah panjang


UTUSAN SUBIS (29/11/2009) – Program Rakan Muda Wawasan Desa (Etnik) 2009 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri di Rh Selan Rancangan Sepupuk Niah mendapat sambutan para belia rumah-rumah panjang kawasan Batu Niah dan Niah/Suai.


ADUN N.61 Bekenu Rosey Yunus berucap pada majlis perasmian berkata bahawa program seumpama ini harus diteruskan ke setiap kawasan rumah panjang dan kampung-kampung demi memberi pelbagai kesedaran yang berfaedah dan bermanfaat kepada belia pada masa akan datang.


Katanya, program ini juga mampu mengurangkan para belia kita terlibat dalam gejala lepak yang merosak masa depan, oleh itu belia kita harus pandai berfikir berusaha untuk maju bersaing merebut peluang kerja yang ada pada setiap masa.


“Masyarakat di sini harus mempunyai sifat berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana telah banyak memperuntukan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.


“Kepada mana-mana rumah panjang dan kampung yang masih belum mempunyai kemudahan tertentu bahawa bersabarlah kerana peruntukan kemudahan sudah disalurkan hanya menunggu masa kerja sahaja“, jelasnya.


Program kemudahan asas ini bahawa kerajaan kita telah merancangkan siap sepenuhnya selewat-lewatnya hujung tahun 2012 kelak.


Turut hadir majlis ini ialah Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri Daneil Bating, Pegawai Dearah Kecil Niah, Serbilah Haji Dahlan; Penghulu Bau dan tuai-tuai rumah kawasan Batu Niah dan Niah/Suai.

Sabtu, 21 November 2009

JANGAN BOHONG…Rosey Yunus ketika menceritakan cerita bohong yang pernah dilemparkan kepada pada baru-baru ini, turut kelihatan ialah Kaunselor Sebastian Janting (lima kanan).


ADUN N.61 Bekenu dan N.62 Lambir sertai PKR?


UTUSAN SUBIS (21/11/2009) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.61 Bekenu terkilan terhadap berita dalam sebuah internet yang menyatakan bahawan beliau bersama ADUN N.62 Lambir Aidan Wing sah lompat parti baru-baru ini.


Rosey Yunus ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Tiga Tahun Sekali (TGM) Parti Progressif Demokratik Sarawak (SPDP) Bahagian N.61 Bekenu 2009 di sini berkata, beliau sangat kurang senang dengan cerita bohong sedemian.


“Kalau salah dan cerita berkenaan benar, saya terima tetapi ini salah satu daripada tertentu yang cuba menjatuh saya dan keutuhan parti SPDP.


“Begitu juga tentang tiga berita yang disiarkan pada “National Paper” mengenai kawasan ADUN saya bahawa masyarakat di sini tidak dapat memperolehi kemudahan asas daripada pihak kerjaan kita”, jelasnya.


Katanya, kawasan Bekenu, Batu Niah dan Niah telah banyak mendapat peruntukkan daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan terutamanya disalurkan kepada masyarakat luar bandar.


Pada sediang ADUN di Kuching baru-baru ini, kerajaan telah mesasarkan projek-projek pembangunan seperti kemudahan asas iaitu bekalan elektrik, air dan jalan-jalan kampung akan siap sepernuhnya pada penghujung tahun 2012 kelak.


Bantuan ini akan berterusan demi membantu penduduk di kawasan luar bandar yang taraf hidup mereka masih rendah jika di bandar dengan kawasan lain terutamanya dari segi pembangunan kemudahan asas, tambahnya.


Beliau juga menyatakan bahawa hubungan kerjasama daripada pihak Ahli Parlimen P.218 Sibuti sekarang sangat kukuh, di mana SPDP dan Parti Pusaka Bumiputera Cawangan N.61 Bekenu sedang giat mengemas kini tentang bantuan kemasyarakatan iaitu pengisian borang e-kasih bagi tidak sesiapa yang patut menerima program SUBUR kelak tidak tercicir.


Turut hadir Pengerusi SPDP Bahagian N.61 Bekenu, Kaunselor Sebastian Janting, Kaunselor Sulaiman Ahmad dan ketua-ketua cawangan parti SPDP N.61 Bekenu serta tuai-tuai rumah kawasan Batu Niah dan Niah.

KENANGAN.... Kaunselor Sebastian Janting (duduk tengah) merangkamkan kenangan bersama jawatankuasa sedia ada parti SPDP bagi penggal 2009-2012 di Pejabat SPDP di sini petang tadi.

Kesemua Jawatankuasa SPDP Bekenu 2009 kekal untuk penggal 2009/2012

UTUSAN SUBIS (21/11/2009) – Kaunselor Sebastian Janting sekali lagi menerajui Parti Progressif Demokratik Sarawak (SPDP) Bahagian N.61 Bekenu dan semua jawatankuasanya masih dikekalkan untuk sessi 2009-2012.

Sebastian Janting, dengan mengekalkan kesemua jawatankuasa berkenaan adalah sebagai satu penghormatan dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Presiden SPDP Datuk Sri William Mawan Ikom yang tidak mahu ada pertandingan merebut jawatan-jawatan dalam parti.

Mana kala pada sessi mesyuarat tersebut juga mahu Ketua Barisan Nasional Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud terus kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak, ini kerana Sarawak telah maju dibawa pimpinan beliau.

Jawatankuasa penuh SPDP Bahagian N.61 Bekenu, Penasihati Yang Berhormat Rosey Binti Haji Yunus, Sebastian Jantiang ak Takin (Pengerusi), Jong Kui Lan (Timbalan Pengerusi), Kaunselor Sulaiman Ahmad, Radin Ak Bundong, Thien Kwok Shin (Naib Pengerusi I, II dan III), Andrew Ambak ak Jawi (Setiausaha), Vincent Liong Yiong Sing (Timbalan Setiausaha), Pui Kuan Phen dan Li Kim Chong (Bendahari dan Timbalan), Noel ak Mirap (Ketua Penerang) dan Tr. Ngindang ak Entili, Tr. Michael Bal oak Jaul, Wilfred Anjah ak Bungai, Nganyum ak Jenggi, Yusuf Bin Drahim (AJK).

Mana kala Pergerakan Pemuda SPDP ialah Lee Eng Kong dan Pergerakan Wanita dipegang oleh Chin Yew Mui.

Pada sessi mesyuarat juga bahawa jawatankuasa akan berusaha meruskan perjuangan dalam membela nasib rakyat supaya mampu berdiri dan setanding dengan masyarakat di bandar yang penuh dengan kemudahan asas yang dinikmati oleh mereka.

Sehubungan dengan itu, parti SPDP di sini juga akan berusaha untuk terus mengembangkan, memperkukuhkan parti dengan pengambilan ahli-ahli baru.

Isnin, 16 November 2009

DICARI KELUARGA…Gulitdin Bin Abdul Wahab


Keluarga mohon orang ramai terjumpa Gilitdin Abdul Wahab agar hubungi mereka


UTUSAN SUBIS (16/11/2009) – Keluarga merayu orang ramai yang mengenali dan terjumpa Gilitdin Bin Abdul Wahab (gambar kecil) supaya menghubunhi keluarganya di Kampung Dagang Bekenu.


Meriah Bt Abdul Wahab, 44, ketika menemui Utusan Subis hari ini berkata, bahawa adiknya (Gilitdin) yang baru sehari berkerja di sebuah ladang sawit dekat sini telah hilang sejak 18 Oktober hingga hari ini hampir sebulan sudah.


“Gilitdin, 40, merupakan adik bungsu yang mengalami sedikit kurang upaya pemikiran selepas terjatuh ketika berkerja di sebuah syarikat perkapalan di sini adalah tidak digalakkan untuk berkerja lagi.


Oleh kerana rakan yang baru dikenali adiknya yang berturut empat hari datang ke rumah memujuk kami, maka kami sangat berat hati melepaskan dia oleh kerana keras dia terpaksa kami mengalah”, jelasnya.


Katanya, kami sudah membuat laporan di balai polis di sini dan kerja mencari hampir seminggu dalam hutan bersama polis dan askar telah dihentikan kerana tidak menemui tanda-tanda yang boleh terjumpa dengan dia.


Apa yang membuat kami sekeluarga terasa aneh ialah rakannya warga asing telah membawa dia membeli seekor kambing di Kampung Rancha-Rancha dengan tidak menyatakan apa sebenar motif pembelian kambing berkenaan, jelasnya.


Dengan itu, bagi seseorang yang kenal dan terjumpa Gilitdin Abdul Wahab yang berbadan kurus dengan ketinggian kira-kira 5 kaki berkulit cerah langsat agar menghubungi mereka di talian 019-8346834.

BERKUALITI….Datuk Hajjah Rohani (tengah) menunjukkan Durian Sibuti yang segar dan berkualiti kepada media yang datang membuat liputan di Bekenu pagi tadi.

Miri dipilih lokasi mini MAHA

UTUSAN SUBIS (16/11/2009)
– Mini Pameran Pertanian Bunga-Bungaan dan Ternakan (MAHA) harus diadakan sebelum MAHA sebenarnya diadakan pada setiap dua tahun.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim berkata semasa mini MAHA, rakyat berpeluang melihat sendiri apa itu sambutan MAHA yang sebenrnya.

Katanya, setakat ini MAHA telah diadakan di Selangor, Kedah manakala mini MAHA Sarawak akan diadakan di Miri pada awal Disember ini. Kelantan dan Pahang akan mengadakannya tidak lama lagi.

“Setiap mini MAHA mesti ada keistimewaan tersendiri. Bagi Sarawak, Miri dipilih kerana di situ terdapat aktiviti pertanian yang bernilai tinggi seperti ternakan burung walit atau sarang burung dan agro pelancongan. Lebih-lebih lagi Miri dekat dengan Brunei,“ katanya.

Berliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Makan Buah-Buahan Tempatan di sini hari ini.

Rohani menjelaskan, sektor pertanian merupakan sektor jengka panjang yang mampu bertahan walaupun negara mengalami masalah kemelesetan ekonomi.

“Malah hanya sebilangan kecil negara sahaja yang mampu membangunkan ekonominya tanpa sokongan kukuh sektor pertanian. Sebab itu, di kebanyakan negara sektor pertanian adalah jentera utama pertumbuhan ekonomi negara,“ katanya.

Rohani menjelaskan, satu lagi usaha kementerian membantu para petani adalah melalui penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) dengan objektif mengenalpasti dan menyelesaikan masalah di peringkat perlaksanaan projek-projek pertanian, perikanan dan ternakan dengan cepat dan berkesan.

“Aktiviti pertanian tidak boleh lagi dilihat sebagai usaha sambilan atau sampingan, kita kena benar-benar berjaya dengan meleluas menggunakan unsur-unsur teknikal berkaitan dengan amalan agronomi, produktiviti, penentuan kualiti dan kos di samping memahami keperluan-keperluan kehendak pasaran,“ jelasnya.

Turut hadir pada Pesta Makan Buah-buahan Tempatan 2009 di sini ialah ADUN N.61 Bekenu, Pengarah FAMA Sarawak, Paza Haji Dan, Pengeruri PENESA Kaunselor Jamali Basri, Timbalan Residen Miri, Abdul Aziz Mohamad Yusuf, Pegawai Daerah Miri, Boniface Intang, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ripin Lamat.

Jumaat, 13 November 2009

SIBUTI BOLEH... Kemeriahan Pesta Makan Buah-buahan Tempatan 2008 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia Hajjah Rohani Abdul Karim (3 kanan), turut kelihatan ialah Tuan Haji AHmad Lai Bujang (2 kanan) dan Puan Rosey Yunus (3 kiri) di Gelanggang MDS Bekenu pada tahun 2008 lalu.

Orang ramai dijemput hadir ke Pesta Makan Buah-buahan 2009

UTUSAN SUBIS (13/11/2009) – Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti dengan kerjasama FAMA Miri akan mengadakan Pesta Makan Buah-buahan Tempatan di sini pada 15 November ini.

Objektif utama penganjuran adalah sebagai usaha kedua-dua pihak penganjur untuk mempromosikan Bekenu merupakan sebuah pekan yang mempunyai pelbagai hasil tanaman terutamanya buah-buahan tempatan pada masa ini.

Selain daripada itu, ia juga untuk membantu para pekebun kecil dari sekitar kawasan Sibuti mengeluar dan pemasaran serta penyebaran bahawa kawasan ini mempunyai pelbagai buah-buahan tempatan boleh didapati pada musim buah.

Majlis perasmian ini nanti akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, Hajjah Rohani Abdul Karim dan turut hadir Ahli Parlimen P.218 Sibuti, Ahmad Lai Bujang dan pegawai-pegawai kerajaan tempatan.

Antara yang menarik pada pesta berkenaan ialah pertandingan gubahan buahan dan teka jumlah buah serta 60 meja pameran dari agensi kerajaan.

Orang ramai adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi pesta buah-buahan dan menangi pelbagai hadiah yang telah disediakan oleh pihak penganjuran.

Rabu, 11 November 2009

KESULITAN…Kawasan jalan banjir kilat kedua, kelihatan beberapa masyarakat dari dua rumah panjang di Ulu Niah terpaksa berjalan kaki menyeberangi banjir berkenaan.

Banjir Kilat: 2 rumah panjang putus hubungan dengan luar

UTUSAN SUBIS (11 November 2009) - Dua buah rumah panjang di Ulu Niah terputus hubungan apabila jalan utama mereka ke bandar dan kilang-kilang kelapa sawit sepanjang 100 meter akibat banjir kilat ekoran hujan lebat sejak dua hari lepas.

Changgai Dali, 40-an dari Rumah Ranggong Sungai Sah Ulu Niah ketika ditemui di sini pagi tadi berkata, ekoran hujan lebat dua hari lepas telah membuat kami dan Rumah Panjang Belilie Sungai Tema Ulu Niah mengalami kesulitan untuk mengeluarkan tandan segar kelapa sawit ke kilang.

Katanya, ketinggian air dari paras jalan raya ialah 4 hingga 5 kaki dalam dan ini membuat kami di kawasan ini tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti ke kebun sawit dan huma kerana ini merupakan jalan utama kami.

Selain daripada itu, ramai pekebun di sini menggalami kerugian dengan kemusnahan tanaman dan tandan segar kelapa sawit tidak dapat dijual yang terperangkap di tepi jalan, tambahnya.
TUNGGU… Gambar menunjukkan kawasan banjir kilat pertama, kelihatan beberapa buah kenderaan yang tidak dapat melalui jalan kerana banjir kilat telah menenggelami jambatan dan bahaya.

Tinjauan Utusan Subis di jalan berkenaan bahawa terdapat dua jalan utama ditenggelami banjir kilat yang langsung tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil dan lori muatan 3 tan.

Sehingga berita ini ditulis hari ini bahawa keadaan jalan raya berkenaan masih belum surut lagi kerana hujan masih turun pada pagi ini dan membuat masyarakat dua buah rumah panjang semakin risau keadaan bertambah lebih buruk akan berlaku.
Puan Sarifah Sulaiha Wan Tapa mohon pihak MDS supaya menyediakan Stor atau meja berkunci untuk tempat meninggalkan jualan yang tidak habis dijual.

Pengguna berharap MDS menyediakan stor tamu
UTUSAN SUBIS (11 Novermber 2009) - Para penjual sayur-sayuran dan buah-buahan di Tamu Majlis Daerah Subis (MDS) mengharapkan agar pihak berkuasa tempatan mencari jalan mengatasi masalah untuk penyimpan bekalan jualan harian yang tidak habis dijual pada sesuatu masa.

Penghulu Junit Haji Molok, lewat 40-an ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 Sibuti hari ini mencadangkan, adalah baik jika pihak berkuasa iaitu Pejabat Daerah Kecil Sibuti dan MDS dapat menyediakan stor atau meja berpeti untuk memudahkan penjual meninggalkan jualan yang tidak habis dijual.

Penghulu Junit Haji Molok

“Saya dipahamkan oleh beberapa penjual tetap (kaum wanita) di tamu berkenaan bahawa mereka mengalami kesusahan untuk membawa pulang bekalan mereka kerana tidak mempunyai kenderaan (kereta) kerana jaul.

Selain daripada terdapat beberapa wanita yang berniaga di sini adalah suami mereka OKU dan mendapat tekanan apabila kena amaran tidak meninggalkan bekalan mereka di setiap petak jual”, jelasnya.

Katanya, saya akan berusaha membawa beberapa penghulu di sini supaya bersama mencari jalan membantu mereka kerana tamu ini digunakan oleh masyarakat berbilang kaum dari kampung dan rumah panjang kawasan P.218 Sibuti.

Sarifah Sulaiha Wan Tapa, 34, dari Kampung Dagang ditemui di tamu dengan keadaan menanggis menceritakan nasibnya bahawa suaminya yang lumpuh beberapa tahun tidak dapat mencari rezeki dan telah memaksa dia (Sarifah) menjual sayur sebagai menyara hidup keluarga.

Noor Halina Abdullah, 42, dari Kampung Pejuang Kelulit juga merasa kesal terhadap pihak MDS yang tidak menyedari keperitan penghidupan kami yang susah bertindak merampas bekalan yang tidak habis dijual semalam.

Puan Noor Halina Bt Abdullah

Dua masyarakat Cina dari Kampung Angus dan Pelapi yang enggan nama disiarkan berharap MDS memberi kelonggaran agar bekalan jualan mereka dapat di tinggal kerana amat bahaya disepanjang jalan membawa pulang jualan yang berat lagi banyak menggunakan motosikal.

Manakala, rata-rata pengguna tamu berkenaan amat berharap supaya pihak MDS dapat menggunakan hasil kutipan harian yang sekian lama telah dikutip dapat membuat stor atau meja untuk memudahkan mereka meninggalkan bekalan mreka.