Jumaat, 12 Julai 2019


  
ALBUM SK SUNGAI SARH, NIAH.... Pelajar, guru dan ibubapa pelajar rakam kenangan bersama Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Hajah Rosey Yunus.

  
Cadang gabung tiga sekolah di Saeh



12 Julai 2019 [Adum Liu] ~ KESUNGGUHAN usaha pendekatan baharu sistem pendidikan luar bandar yang menggabungkan tiga sekolah rendah di Saeh iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Mentali, SK Sungai Saeh dan SK Rumah Undi mampu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap aspek pendidikan anak-anak masyarakat luar bandar.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak, Hajah Rosey Yunus ketika berucap di Majlis Perasmian Sukan SK Sungai Saeh 2019 baru-baru ini berkata, penggabungan tiga buah sekolah berhampiran di Saeh menjadi sebuah sekolah merupakan langkah terbaik dan banyak manfaat boleh diperolehi.


                                        HAJAH ROSEY YUNUS
                                        Menteri Muda Wanita, 
                                        Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak


Rosey yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu berkata, penggabungan sekolah ini akan menjadi sebuah sekolah lengkap dengan pelbagai sumber pendidikan dapat digabung dan tidak terbazir.

Namun usaha dan cadangan penggabungan sekolah ini perlu ada kerjasama dan dipersetujui oleh para ibubapa pelajar dari sekolah-sekolah berkenaan serta perlu ada perbincangan bersama Kementerian Pelajaran Sarawak dan Kementerian Pelajaran Malaysia.



Perbincangan bersama pihak berkenaan tentang gabungan itu penting kerana kementerian perlu melihat perkara ini daripada beberapa sudut terutama atas keperluan keselamatan dan kebaikan murid terbabit, jelasnya.

PERUNTUKAN

Dari segi peruntukanpula adalah diberi mengikut keperluan sekolah sedia ada, jika peruntukan diberi tidak sama, jangan berasa rendah diri kerana aspek pendidikan menjadi keutamaan kerajaan dalam melonjak prestasi pembelajaran.

Usaha utama kerajaan adalah meletakkan kepentingan pendidikan sebagai keutamaan dalam usahanya melahirkan  modal insan cemerlang bagi mengisi keperluan pembangunan negara.

Selain itu, kemudahan prasarana sekolah dibina termasuk menggantikan sekolah usang dan daif, selain menyalurkan pelbagai peruntukan besar demi memperkasakan kualiti dan pencapaian pendidikan negara.

Beliau berkata sejajar dengan kemudahan pendidikan, prestasi dan pencapaian dalam peperiksaan utama di daerah ini dapat dikekal dan dipertingkatkan.

Tambahnya hanya melalui pendidikan berkualiti dan tahap pencapaian yang cemerlang pendidikan anak mampu merubah masa depan pelajar berkenaan, keluarga, masyarakat dan negara.

JUMLAH PELAJAR DAN GURU

Jika pergabungan tiga sekolah itu berjaya, maka muridnya dan tenaga pengajar akan menjadi satu jumlah besar iaitu serami 189 pelajar termasuk murid pra sekolah dan bilagan guru pula seramai 30 orang.

Pada masa ini SK Mentali mempunyai seramai 93 pelajar dan 12 guru, SK Sungai Saeh seramai 43 pelajar dan 8 guru serta di SK Rumah Undi pelajarnya seramai 53 orang dan 10 guru.


                                         TR. AYAI SAWING
                                         Pengerusi PIBG SK Sungai Saeh

PIBG SK SUNGAI SAEH

Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Saeh, Tr. Ayai Sawing turut sangat bersetuju dengan usaha cadangan penggabungan sekolah di kawasan Saeh yang mempunyai 16 buah rumah panjang.

Katanya, melalui pendekatan gabungan tiga sekolah di Saeh akan dapat memberi tumpuan penuh terhadap aspek pendidikan selain dapat memfokus kepada usaha menaik taraf prasarana pendidikan.

Penggabungan ini akan memberi manfaat kepada penduduk dan pelajar di sini,masalah kekurangan tenaga guru pasti dapat di atasi.

“Sekolah yang mempunyai guru yang mencukupi untuk setiap mata pelajaran juga akan mampu melahirkan minat pembelajaran terhadap pelajar dan persaingan dengan sekolah di kawasan lain.

“Guru Bahasa Inggeris adalah keutamaan kepada pelajar di luar bandar ini, ini penting kerana kami mahu anak-anak kampung mahir bertutur Inggris,” katanya lagi.


                                         JONATHAN UBI
                                         Guru Besar SK Sungai Saeh


Pergabungan sekolah dan wujud sebuah sekolah baharu adalah lebih elok di kawasan SK Sungai Saeh yang terletak di kawasan tanah tinggi bebas daripada masalah banjir dan luas serta tidak akan berlaku tutup kelas jika banjir melanda, tambahnya.

Justeru itu, keinginan dan kewujudan gabungan sekolah hanya tertumpu kepada kerjasama daripada penduduk rumah panjang dengan Pejabat Pelajaran Daerah dan Kementerian Pelajaran Sarawak serta Kementerian Pelajaran Malaysia.








Sebahagian yang menarik di Pesta Sematan 2019