Jumaat, 13 Ogos 2010

SELAMAT DATANG…Kedatangan Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak disambut mesra oleh rakyat kawasan Bekenu.

YB ROSEY YUNUS KAWASAN ADUN N.61 BEKENU


KAWASAN KU Dewan Undangan Negeri 61 Bekenu belum sepenggal menjadi kerusi baru dalam DUN Sarawak dengan usia empat tahun pada hari ini mencipta sejarah setelah mendapat minat Presiden Barisan Nasional Malaysia, Perdana Menteri Malaysia Keenam Dato Sri Najib Tun Razak datang melawat pekan kecil Bekenu.


SELAMAT HARI JADI… Kek kejutan sambutan hari jadi Perdana Menteri daripada Rosey Yunus, kelihatan disitu ialah Dato Sri Najib (dua kiri) memotong kek hari jadi, Ahmad Lai Bujang (kiri), Timbalan Ketua Menteri (1) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam (tengah), ADUN Bekenu Rosey Yunus dan Menteri Dalam Negeri Datuk Ishamuddin.


Kehadiran Perdana Menteri julung kali ke Bekenu yang tidak diduga oleh masyarakat luar bandar di kawasan ku ini telah menaruh jutaan harapan agar kehadiran Dato Sri Najib Tun Razak meninggalkan pelbagai peruntukkan dalam membela nasib rakyat yang masih memerlukan pelbagai kemudahan asas daripada kerajaan.


DUN N.61 Bekenu adalah merupakan dalam kawasan Parlimen P.218 Sibuti dengan mempunyai empat pekan kecil iaitu pekan Bekenu, Batu Niah, Sepupok/Niah dan Simpang Bekenu.


Kawansan ku DUN N.61 Bekenu adalah di milik Barisan Nasional (BN) yang dimenangi oleh Rosey Yunus di atas tiket Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) pada Pilihan Raya Negeri 2006.


Di Bekenu, majoriti kaum paling ramai adalah kaum Kedayan diikuti Iban, Melayu (Dalek Mirek) Cina, Melanau dan Batu Niah dan Niah/Suai/Saeh majoritinya ialah Kaum Iban, Cina, Melayu, Melanau.


ADUN Bekenu, Rosey Yunus ketika temubual dalam lawatan kerja singkat bersama Perdana Menteri di Bekenu hari ini berkata, dengan mempunyai sebuah parlimen baru yang dipecahkan daripada Parlimen Miri pada tahun 2008 lalu telah memberi satu fanas besar dalam membela nasib rakyat yang berbilang kaum.


Katanya, pemimpin Parlimen P.218 Sibuti Ahmad Lai Bujang dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) telah memberi kerjasama yang sangat erat banyak membawa perubahan kepada rakyat di kawasan Parlimen Sibuti yang merangkumi DUN Bekenu dan DUN Lambir.


Cadangan jambatan di tebingan Sungai Sibuti yang akan menghubung pekan Bekenu dengan Kampung Rambai Bekenu


DUN Bekenu kini sedang dalam perancangan dan pengaturan untuk mewujudkan tiga buah bandar baru iaitu di Bekenu, Batu Niah dan Niah dalam tempoh sepuluh tahun akan datang yang juga merupakan ilham Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika dalam perasmian Masjid Al Jabbar di Niah/Sepupok tahun lepas, jelasnya.


“Sistem Jalan Persisiran Pantai Miri/Bintulu juga telah membuka satu lembaran baru kepada ribuan rakyat di kawasan terpincir dan persisiran dahulu kini sudah mempunyai jalan raya. Jika dahulu rakyat di sini ramai menggunakan sungai sebagai penghubung utama, ini adalah satu perubahan besar kepada saya yang memimpin rakyat di kawasan luar bandar”.


“Saya amat bangga denga kerjasama daripada rakyat yang berbilang bangsa dan agama semuanya menyambut kehadiran saya begitu mesra hingga terjalin satu kekeluarga yang besar, terima kasih kepada rakyat yang terus menyokong Barisan Nasional”, jelasnya.


Kaunselor George Thein


Kaunselor George Thien, 40 an, dari Batu Niah Bazaar turut melahirkan gembira dengan kesungguhan ADUN Bekenu dan Parlimen Sibuti telah berjaya membawa satu perubahan yang ketara pada setiap lapisan masyarakat di luar bandar ini.


“Rosey Yunus seorang wakil rakyat yang berpandangan terbuka dan tidak pernah ada tersirat nampak pilih kaum serta, seperti bila ada upacara keramaian kaum Cina beliau pasti akan turut datang bersama, begitu juga layanannya terhadap kaum Kedayan, Melayu, Melanau dan Iban di sini”.


“Beliau sangat mudah didampingi, setiap urusan permasalah kekurangan dan permohonan dari kampung, rumah panjang dan pekan pasti disambut dan dibawa kepada pihak atas untuk penyelesai segera”, jelasnya.

Suring Srit


Ketua Ranting PBB Batu Niah, Suring Srit, 57, Rumah Panjang Bagal, Rosey Yunus bekas seorang pengetua sekolah memang mempunyai pengalaman meluas dan berbekalkan pengalaman itu beliau turut memberi galakkan pemdidikan kepada anak-anak luar bandar.


Kebajikkan kaum wanita kawasannya turut terbela dengan menyalurkan RMP untuk menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan, begitu juga kegiatan belia remaja di sini juga tidak ketinggal dalam pembangunan aktiviti program sosial dan bersukan.


DUN Bekenu baru-baru ini sudah pun mempunyai sebuah Pusat Kegiatan Rakan Muda dan K-Masjid yang dilengkapi dengan sistem sesawang internet yang canggih, tambahnya.


Kaunselor Sulaiman Ahmad


Kaunselor Sulaiman Ahmad, 45, Kampung Bekenu Asli, masyarakat DUN Bekenu dalam pembangunan infrastrukturnya bahawa semua rumah-rumah panjang dan kampung-kampung di pendalaman sudah lengkap dengan sistem jalan raya.


Dari segi kemudahan asas di luar bandar seperti bekalan elektrik dan air bersih sudah pun 70 peratus sudah menikmatinya dan masih terdapat kemudahan tersebut dalam proses penyiapan di beberapa buah rumah panjang dan kampung, ia adalah bantuan melalui kerajaan pusat Kementerian Wilayah dan Luar Bandar.


BARU…Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu yang baru.

Wajah pekan lama Bekenu yang dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia pada petang tadi.


Sebilangan kecil rumah panjang dan kampung yang masih belum menerima Bekalan Elektrik dan Air Luar Bandar (BEALB) bahawa mereka sudah pun diserapkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) seperti yang telah disuarakan oleh Perdana Menteri pada Persidangan Parlimen di Kuala Lumpur baru-baru ini.

TERIMA KASIH……Dr. George Chan (dua kiri) memerhatikan para dermawan menyampaikan cek kepada Pengerusi PPKIM Faizal Abdullah (kiri).

CHAN : OKU DIBERI PERHATIAN


UTUSAN SIBUTI - Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan golongan yang diberi perhatian khas pihak kerajaan dalam usaha membantu mereka dengan pelbagai cara termasuk memberi kemudahan khas yang boleh membuatkan mereka menjalani kehidupan normal seperti orang lain.


Kata Timbalan Ketua Menteri (1) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam pada majlis makan malam amal bersama anak-anak istimewa Persatuan Penyayang Kanak-kanak Istimewa Miri (PPKIM) di Eastwood Vally Golf and Country Club di sini baru-baru ini.


Beliau yang merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Menteri Pelancongan dan Warisan Sarawak berkata bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian penuh terhadap golongan yang memerlukan bantuan terumatanya orang istimewa dan OKU.


Katanya, kerajaan sentiasa peka tentang perkembangan semasa, membantu rakyat dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat bagi membela nasib mereka.


Sumbangan tenaga pengajar di PPKIM ini haruslah dicontohi kerja kerjaya mereka ini amat mencabar dan perlu berinterakasi dengan sabar untuk melentur kanak-kanak supaya dapat belajar menjalankan kehidupan harian mereka, jelasnya.


“Dalam usaha menjaya dan kemajuan sesebuah persatuan terutamanya seperti PPKIM ini, saya akui ia memang susah dan sangat susah jika tiada sokongan daripada mana-mana pihak”.


“Dengan ini saya berharap agar ramai lagi pihak swasta di Miri dan NGO tampil menyumbangkan wang ringgit dan bahan keperluan kepada pusat ini untuk perlaksanaan program, kegiatan, aktiviti kanak-kanak istimewa di PPKIM”, tambahnya.


Terdahulu Pengerusi PPKIM Faizal Abdullah berkata bahawa PPKIM kini telah mempunyai seramai 102 kanak-kanak berdaftar tinggal di kawasan Miri dan Sibuti.


Katanya, setakat ini seramai 51 kanak-kanak mengikuti program di pusat PPKIM dan selebihnya diambil pergi balik oleh tenaga pengajar daripada pusat PPKIM juga.


Hadir bersama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Datuk Lee Kim Shin, Ahli Dewan Undangan Pujut Andy Chia Choo Fatt dan Pegawai Daerah Miri Boneface Intang serta ketua-ketua kerajaan tempatan.


Pada majlis tersebut PPKIM telah memperolehi daya kutipan dengan jumlah terkumpulan keseluruhannya ialah RM50 ribu iaitu RM10 ribu daripada Tan Sri Dr. George Chan turut menderma ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Datuk Lee Kim Shin, Datuk Aidan Wing, Andi Chia, pihak swasta dan NGO serta orang ramai yang hadir.


PPKIM turut menlantik Dr. George Chan sebagai Penasihat PPKIM dan Datuk Lee Kim Shin dilantik Penasihat 1 dan Penaung PPKIM ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang pada majlis berkenaan.

TERIMA KASIH…. Epat Bakar (tengah) menunjukkan akhbar utama Utusan Sarawak ketika ditemui di Batu Niah pagi tadi bersama Kaunselor Lee Eng Kong dan Ketua Wanita SPDP Bekenu Chin Yew Mui (kanan).


RM14.5j beri perubahan besar kawasan Saeh


UTUSAN SIBUTI - Pengumuman peruntukan RM14.5 juta daripada kerajaan persekutuan akan memberi perubahan besar kepada 13 rumah panjang yang mempunyai hampir 4000 penduduk apabila sistem jalan raya yang lebih selesa daripada menggunakan perahu untuk ke pekan Niah/Sepupok.


Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembangunan Kawasan Saeh, Epat Bakar ketika ditemui di sini berkata bahawa rakyat di Saeh memang sudah lama berkhasrat untuk menikmati sistem jalan raya yang lebih baik dan selamat.


Katanya, kami dari 13 buah rumah panjang di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukkan itu semasa lawatan kerja tinjauan di Bekenu pada 24 Julai lepas.

Epat yang merangkap Setiausaha Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB-N.61 Bekenu) turut berterima kasih kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato Mohammad Shafie Abdullah kerana membawa permohonan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) mendapat kelulusan dan kerja pemasangan akan siap sepenuhnya dalam tahun ini.


“Kejayaan memperolehi kemudahan tersebut juga merupakan bantuan dan usaha kerjasama wakil rakyat di sini iaitu Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu Rosey Yunus dalam membela nasib rakyat di kawasan luar bandar”.


“Bantuan sejumlah RM14.5 juta itu nanti adalah khas untuk baikpulih jalan raya sepanjang 16 kilomter dan membina lima batang jambatan di sepanjang jalan berkenaan”, tambahnya.


Penduduk 13 rumah panjang kawasan saeh juga telah bersuara bahawa masih mahukan ADUN Bekenu Rosey Yunus untuk dikekalkan sebagai wakil rakyat di DUN N.61 Bekenu pada pilihan raya negeri yang akan datang nanti, tambahnya.


SUMBANGAN UNTUK AKTIVITI

SUMBANGAN…Ahli Dewan Undangan Negeri (N.62 Lambir) Datuk Aidan Wing menyampaikan sumbangan sejumlah RM20 ribu kepada Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bekenu dan Masjid Al Muttaquin Bekenu yang diterima oleh Kaunselor Jamali Basri.


Sumbangan itu adalah untuk Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bekenu dan Masjid Al Muttaquin Bekenu untuk menjalankan aktiviti mereka dan masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM10 ribu.


Cek yang disampaikan oleh Datuk Aidan Wing itu juga bersempena lawatan kerja tinjauan Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak ke pekan Bekenu pada baru-baru ini.

Turut kelihatan di sini ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang (empat kiri), ADUN Bekenu Rosey Yunus (tiga kanan), Dr. Stephen Rundi (ADUN Kemena) dan Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat (kanan).

TERIMA KASIH… Dato' Abdul Puhat Mat Nayan Ketua KEMAS (Malaysia) menyampaikan sumbangan berupa basikal kepada Mohd Faizal baru-baru ini.


MOHD FAIZAL MAHU SEKOLAH,

NENEKNYA PERLUKAN BANTUAN



UTUSAN SIBUTI - Mohamad Faizal, 14, dari Kampung Tengah merupakan remaja kurang kemampuan dari segi segala keperluan mendapat perhatian daripada ADUN Bekenu dan KEMAS dan JAWBN baru-baru ini.


Mohamad Faizal dan kakaknya Siti Izawati, 15, tinggal bersama neneknya Jimah Alem, 70-an merupakan sebuah keluarga daif yang perlu bantuan dan diberi perhatian oleh setiap pihak kebajikkan.


Ketika ditemui keluarga ini dan mendapati memang benar mereka banyak kekurangan, sara hidup mereka hanya bergantung hasil tamu yang dicari nenek mereka dari hutan seperti paku pakis, daun sanbung dan lemiding.


Mohamad Faizal, kami sangat kesian melihat nenek yang bertungkus lumus menyara kami dua beradik dan kami juga turut membantu nenek mencari bahan tamu sebagai mata pencarian.


“Nenek dan saya selalu sebelah petang mencari hasil tamu di hutan berdekatan dan awal-awal pagi nenek berjalan kaki sejauh hampir 10km ke Tamu Bekenu”.


“Oleh kerana nenek terlalu tua dan tidak dapat mencari bekalan tamunya, dalam sehari nenek mampu perolehi belasan ringgit dan kadang-kadang dapat juga hampir RM30”, jelasnya.


Mohammad Faizal (kanan) dan neneknya Jimah Alem ketika ditemui.


Jimah Alem, kedua-dua cucu saya ini sejak kecil tidak perna melihat ibu bapa mereka, kami pun tidak tahu ke mana ibu bapa mereka pergi dan berharap agar ibu bapa mereka yang telah bercerai datang memberi bantuan keperluan kami sebilik.


Memandangkan usia kian meningkat dan bantuan pihak kebajikkan tempatan agar dapat membantu kami yang sentiasa dalam kekurangan bahan kerpeluan, jelasnya dalam keadaan kegelisahan melihat cucunya sekarang.


Terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu Rosey Yunus telah berusaha membantu untuk meneruskan pembelajaran saya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu.


Turut diucapkan terima kasih ialah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah menderma sebuah basikal dan Jawatankuasa Aktiviti Wanita Bekeni/Niah telah menghulurkan bantuan berupakan keperluan harian, tambahnya.