Rabu, 16 Disember 2009

Kelab MDS anjur Pertandingan Badminton Tertutup Bumiputera Subis


UTUSAN SUBIS (16/12/2009) - Kelab Rekreasi dan Kebajikan Majlis Daerah Subis (KRKMDS) akan mengadakan Pertandingan Badminton Tertutup Bumiputera Daerah Subis pada 26-27 Disember ini.


Ahli Jawatamkuasa KRKMDS Ramli Jani ketika ditemui di pejabatnya berkata, tujuan pertandingan ini ialah sebagai memenuhi kelenda aktiviti tahunan kelab ini dan sebagai usaha mencungkil bakat terpendam masyarakat kampung di kawasan luar bandar.


Katanya, pertandingan ini dibahagian kepada dua kategori iaitu Beregu Lelaki dan Beregu Perempuan dan akan dijalankan selama dua hari berturutan di Dewan Masyarakat Bekenu bermula pagi hingga malam.


Kepada jaguh-jaguh badminton tempatan Daerah Subis dari Bekenu, Batu Niah, Niah/Sepupok dan Suai yang ingin menyertai pertandingan ini sila hubungi Ramli Jani (014-5966322) dan Yasin Jumat (014-8469377) atau menemui mereka di Pejabat MDS pada waktu pejabat.


Borang penyertaan yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan kepada pihak penganjur pada 25 Disember selewat-lewatnya jam 6 petang bagi memudahkan pengaturan perlawanan kelak, jelasnya.


Hadiah-hadiah pada kedua-dua kategori ini ialah johan akan menerima dua reket bersama dua beg dan naib johan akan menerima sepasang reket, tempat ketiga dan keempat akan menerima wang tunai.


Majlis perasmian pertandingan ini nanti akan dirasmikan oleh Pengerusi KRKMDS Dihi Mee pada 26 Disember nanti. Orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana pertandingan ini dan masuk adalah percuma.