Jumaat, 20 Mei 2011

TERIMA KASIH… Rosey Yunus menyampaikan geran MRP untuk JKKK dan Biro Wanita Rh Bagal, sebuah komputer bersama printer kepada Tr. Bagai semalam.

Rosey - Semangat kental Tr. Bagal dipuji

UTUSAN SIBUTI - Semangat kental masyarakat Iban Rumah Panjang Tr. Bagal memang tidak dapat dinafikan ini terbukti ada pihak pembangkang membuat aduan mereka dihalang berkempen ke kawasan mereka.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.61 Bekenu Rosey Yunus berucap di Majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (BN) Bekenu pada pilihan raya April lepas di Rumah Bagal di sini semalam.

Katanya, jentera komponen BN Rh. Bagai harus dicontohi oleh mana-mana rumah panjang kawasan ini supaya lebih ringan tangan dan terbuka hati pintu kerajaan untuk menyalurkan pelbagai bantuan.

“Saya yang berterima kasih kerana masyarakat Iban di sini bersatu padu dan setia bersama BN walaupun pada pilihan raya lepas saya telah ditentang oleh calon SNAP berasal dari Daerah Subis (Batu Niah).

“Jasa dan sokongan masyarakat Iban dan pelbagai etnik kaum di sini sini akan mendapat perhatian oleh pemimpin-pemimpin BN, kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, ADUN Bekenu Rosey Yunus turut menyampaikan sebuah komputer bersama printer kegunaan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Rh Bagai yang dipohon awal tahun lepas.

Rosey juga turut menyampaikan peruntukan geran kecil luar bandar (MRP) RM3,000 kepada JKKK Rh. Bagal dan RM2,000 kepada Biro Wanita Rh. Bagal sebagai dana untuk menjalankan aktiviti di rumah panjang berkenaan.

Dengan kemenangan BN sebanyak 55 kerusi daripada 71 kerusi dipertandingkan dan BN N.61 Bekenu memperolehi majoriti yang meningkat berbanding keputusan pilihan raya tahun 2006 sangat diharap masyarakat tidak merasa jemu untuk menyambut kehadiran pihak kerajaan untuk datang memantau kawasan.

“Kekerapan kerajaan datang nanti adalah membawa pembangunan kepada rakyat sendiri, kekerapan kehadiran saya dan pemimpin kerajaan nanti adalah disebabkan masyarakat di sini terbukti menunjuk semangat kental mahukan kerajaan bersama rakyat dan rakyat di sini akan terus mendapat perhatian di setiap masa,” tambahnya.


TERIMA KASIH… Rosey Yunus menyampaikan geran MRP untuk JKKK dan Biro Wanita Rh Bagal, sebuah komputer bersama printer kepada Tr. Bagai hari ini.
MENTERAI… Ahmad Lai Bujang saksi dan menandatangani penerimaan Projek PTD merangkumi empat projek dari KKLW. Turut terlibat ialah KK Jumat Mail (terima) dan Pengerak Kampung Noprafidah Ahmad (serah) dan saksi kedua Suhardi Manjeli (KKLW).

KKLW bantu maju masyarakat kampung

UTUSAN SIBUTI - Masyarakat kampung pendalaman yang telah terbukti dalam mempertingkatkan ekonomi mereka sudah pasti kerajaan tidak khuatir menyalur bantuan dan memperkenalkan projek besar dalam tingkatkan pendapatan penduduk kampung.

Kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika berucapa pada Majlis Menandatangani Dokumen Projek Pelan Tindakan Desa (PTD) antara Institut Kemajuan Desa (INFRA) dan penduduk Kampung Selanyau petang tadi.

Katanya, Kampung Selanyau dikategori Gred A ini memang benar terbukti dan terkenal dengan Beras Sibuti sejak 20 tahun hingga kini masih lagi bergiat dengan penanaman padi yan g terbesar di kawasan Sibuti.

“Kampung ini juga merupakan kampung yang terbesar mengeluarkan hasil pertanian seperti jagung manis, buah naga dan pelbagai jenis buahan yang sekali gus menjadikan kampung ini terus dikenali luar.

“Kampung ini juga mempunyai pelbagai sejarah kejayaannya dalam pengusahaan ekonomi kampung dan pertanian hingga ramai menteri pusat datang melawat kawasan ini,” jelasnya dengan mengucapkan tahniah kepada penduduk kampung yang berjaya mendapat Projek PTD saluran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Tambahnya, tujuan KKLW ini untuk memberi penerangan dan panduan mengenai pelaksanaan projek-projek PTD yang mendapat peruntukan khas di bawah PRE-2 (2009-2010) sebanyak RM15 juta seluruh Malaysia.

Garisan Panduan ini mengandungi konsep, kaedah dan makanisme pelaksanaan projek PTD yang perlu dipatuhi oleh agensi penyelaras, JKKK/JKKKP dan agensi pembayar.

Sementara itu, objektif Projek PTD ialah meningkatkan pengupayaan komuniti dalam merancang dan melaksana projek, meningkatkan kapasiti masyarakat luar bandar dalam merancang, melaksanan dan membuat penilaian ke atas projek.

Ia juga sebagai memberi peluang kepada masyarakat menggunakan kemahiran, keupayaan dan pengalaman mereka dalam melaksanakan projek dan aktiviti di kampung, katanya.

Skop projek ini ialah mengembangkan lagi projek yang sedia ada, melaksanakan projek yang mampu menampung permintaan pasaran tempatan atau luar, penyediaan kemudahan usaha untuk membantu aspek pelancongan desa dan perningkatan pendapatan penduduk.

Selain itu, ia adalah projek yang menggunakan teknologi moden, inovasi baru kea rah peningkatan hasil dan mutu pengeluaran. Pelaksanaan projek digalakkan secara gotong-royong dengan memaksimumkan penglibatan masyarakat yang mengikut peraturan tetap.

Projek PTD Kampung Selanyau Sibuti ini mempunyai empat projek iaitu Projek Khemah, Projek Ikan Air Tawar,Projek Ikan Keli dan Projek Alat Pengisar Padi dan mendapat bantuan sejumlah RM170,000 daripada KKLW.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri N.61 Bekenu, Rosey Yunus, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek Cawangan Sarawak (KKLW) Suhardi Manjeli, Ketua Kaum Jumat Mail dan Pengerak Kampung Noprafidah Ahmad kakitangan KEMAS Sibuti serta peserta projek penduduk Kampung Selanyau.
SERAH… Rosey Yunus saksi penyerahan angkat dari UiTM kepada penduduk kampung sambil diperhatikan oleh Dr. Shamuddin Ahmad (tiga kanan) baru-baru ini.

Rosey - Hormati Adam Resam Masyarakat

UTUSAN SIBUTI – Selamilah keunikkan kebudayaan dan kehidupan masyarakat Kedayan Kampung Kelulit bersama penduduk di persekitaran kawasan Bekenu yang mempunyai pelbagai adat resam yang saling menghormati sebagai bekalan kejayaan.

Kata Ahli Dewan Undangan N.61 Bekenu Rosey Yunus ketika berucap di Majlis Program Penyerahan Anak Angkat Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Skudai Johor Bahru anjuran Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ) dan Kolej Datin Sri Endon (KDSE) baru-baru ini.

Katanya, masyarakat Kedayan di sini mempunyai pelbagai adat resam yang saling menghormati dan yang harus dibawa dan diperkenalkan di kawasan peserta apabila balik ke semenanjung kelak.

Pelajarilah dan selami kebudayaan masyarakat di sini sebagai motivasi pendidikan diri menjadikan ia satu bekalan dalam berdikari mencari peluang pekerjaan selepas tamat penggajian UiTM kelak.

Kepada keluarga angkat yang menerima anak angkat yang merupakan mahasiswa mahasiswi diharapkan supaya berintraksi sepenuhnya bagi menjayakan program ini sehingga membawa nama baik kampung ini di mata seluruh Malaysia, tambahnya.

Program yang diketuai oleh Pengetua KDOJ Dr Shamsuddin Ahmad telah disertai seramai 40 pelajar UiTM Skudai Johor yang berbeza kursus penggajian.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan semasa program ini berlangsung, antaranya ialah program motivasi pendidikan, ceramah, gotong royong bersama keluarga angkat dan malam kebudayaan.

Pada majlis ini, ADUN Bekenu Rosey Yunus turut menyumbangkan peruntukan RM3,000 bagi menjayakan program tersebut.

Hadir pada majlis penyerahan anak angkat ialah Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB Bekenu) Sambli Tingal, Kaunselor Sulaiman Ahmad, Penghulu Junit Mulok dan ketua kaum setempat.

Wakil Rakyat : Kerajaan Laksana
Projek Walaupun Lambat

UTUSAN SIBUTI – Program pembangunan kawasan Parlimen Sibuti terus dilaksanakan walaupun memakan masa yang panjang kerana projek-projek pembangunan kawasan telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan RMK10.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika ditemui selepas menghadiri Talimat Pembangunan Kawasan Sibuti di Majlis Daerah Subis (MDS) di sini pagi tadi berkata, pemabangunan yang merangkum empat zon di sini iaitu Zon Lambir, Bekenu, Niah (Sepupok) dan Batu Niah akan diteruskan dan kerja pemantauan juga dijalankan setiap masa.



“Usaha kerajaan membawa pembangunan ini bahawa kerja pemantauan ini saya sendiri bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus dan ADUN Lambir Ripin Lamat turun padang ke setiap kawasan di empat berkenaan”, katanya.

Kebanyakan projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan RMK-10 akan diteruskan dalam RMK-10 ini.

Dalam konteks ini, beliau mengingatkan rakyat agar menghargai usaha yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam membangunkan negeri ini, tambahnya lagi.


“Rakyat harus menghargai dan menerima pembangunan yang dilaksanakan kerajaan dalam tempoh 30 tahun lalu. Tempoh itu bukan jangka masa yang pendek, justeru rakyat tidak harus mudah diputar belit oleh pihak yang cuba mengetepikan hakikat itu.

“Kerajaan sedar dan sensitif dengan keperluan dan aspirasi rakyat, bukan sahaja di bandar bahkan di luar bandar dan kawasan yang jauh di pedalaman. Ini terbukti dengan pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air paip bersih dan bekalan elektrik projek ini dilaksanakan setiap tahun sehingga 2015 dan seterusnya,” jelasnya.

ADUN Bekenu Rosey Yunus yang turut menghadiri Talimat Pembangunan Kawasan bersama para kaunselor MDS berkata, talimat ini sangat baik baik mengenalpasti projek-projek pembangunan kerajaan sentiasa berjalan lancar.


Kerja turun padang dan kerjasama antara pemimpin kerajaan bersama masyarakat setempat harus dilakukan supaya masyarakat yang memerlukan pembangunan akan tercapai dan berhasil, jelasnya.


“Kita akan terus membuat penelitian terbaik mengutamakan aspek keselamatan, bersatu padu, kesihatan, perlajaran, kemudahan asas dan sebagainya untuk menaik taraf hidup rakyat rumah panjang dan kampung di luar bandar ini.

“Rakyat harus dapat apa yang mereka mahu, dalam kontek ini, rakyat harus memberi kerjasama kepada kerajaan maka itu setiap permohonan dan keperluan rakyat akan mudah disampaikan ke kawasan mereka,” jelasnya.


Di DUN Bekenu ini, yang mempunyai empat kawasan penting iaitu Bekenu, Niah (Sepupok) dan Batu Niah serta Saeh akan terus dipantau bagi setiap perlaksanaan pembangunan akan berjaya.
Tragedi hitam.... Kebakaran di Pujut Corner lebih yang berlaku jam 10.30 pagi memusnahkan sebanyak 17 buah rumah kayu di situ baru-baru ini.

17 setinggan Pujut Corner terbakar

UTUSAN SIBUTI - Tragedi hitam yang berlaku di Pujut Corner lebih 13 tahun lalu yang menimpa sebahagian keluarga di kawasan setinggan berkenaan berulang kembali, apabila satu kebakaran yang berlaku jam 10.30 pagi memusnahkan sebanyak 17 buah rumah kayu di situ baru-baru ini.

Kejadian itu turut menyebabkan 67 penghuninya tinggal sehelai sepinggang kerana sebahagian besar daripada mangsa turun bekerja dan tidak berada di rumah masing-masing ketika kebakaran berlaku.
Sumber, ketika sampai di tempat ke-jadian katanya, api yang marak telah marak kuat dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan harta benda.

Kejadian yang berlaku pada April 1998 itu telah menjadi satu sejarah hitam di negeri ini kerana ia merupakan salah satu kes kebakaran terbesar dan paling dahsyat yang membabitkan puluhan buah rumah setinggan di Pujut Corner.

Dalam pada itu, menurut sumber, kejadian kebakaran pagi baru-baru ini dipercayai bermula dari sebuah rumah yang dihuni beberapa warga asing dari Indonesia sebelum merebak ke beberapa rumah bersebelahan yang dibina berdekatan antara satu sama lain.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba dari Balai Bomba Lopeng, Mohd Ayob Hassan ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu pihaknya ada menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung kebakaran itu sekitar jam 10.40 pagi.

Berikutan itu, tiga jentera bomba bersama 31 anggota yang diketuai beliau sendiri telah berkejar ke tempat kejadian.

Menurut Ayob, cuaca panas terik dan ditambah kedudukan rumah yang dibina saling berdekatan antara satu sama lain merupakan antara faktor utama yang menyebabkan api marak dengan cepat dan memusnahkan kesemua rumah terbabit dalam sekelip mata.

Memandangkan bilangan rumah yang musnah dalam kebakaran ini melebihi 10 buah, maka siasatan lanjut berhubung kes ini akan diserahkan kepada pihak ibu pejabat untuk mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami kesemua mangsa, katanya sambil menambah api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 2.30 petang semalam.

Dalam pada itu menurut beliau, seramai empat orang mangsa, kesemuanya lelaki telah mengalami kecederaan akibat terpijak kaca dan terkena atap zink dalam kejadian itu dipercayai ketika cuba menyelamatkan harta-benda masing-masing.

Kraf Enam Negeri Di Miri

UTUSAN SIBUTI -- Seramai 55 usahawan dari enam buah negeri akan mengambil bahagian dalam Promosi Kraf Malaysia yang akan berlangsung selama lima hari bermula 21 May 2011 di Pusat Kraftangan Miri.

Peserta-peserta yang terdiri daripada usahawan kraf dari Melaka, Selangor, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak ini akan terlibat dalam penjualan hasil kraf berasaskan tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam serta aneka kraf.

Menerusi promosi ini juga, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang terpilih akan terlibat dalam aktiviti pembelajaran secara interaktif dalam pembuatan kraf seperti mencanting dan mewarna batik, anyaman bakul serta sulaman manik.

Bengkel seni warisan anyaman rotan dan persembahan kesenian dan kebudayaan juga akan diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Sarawak, Jabatan Penerangan Malaysia dan persatuan-persatuan kebudayaan tempatan, kata beliau menerusi satu kenyataan.

Promosi anjuran bersama Majlis Bandaraya Miri (MBM) ini bertujuan memberi peluang kepada usahawan kraf Malaysia mempromosi produk kraf keluaran mereka di pusat tumpuan pengunjung, di samping menggalakkan minat dan penggunaan produk kraf Malaysia dalam kehidupan seharian.