Rabu, 22 April 2009

Kebakaran

Menyayat hati...Keadaan rumah yang hancur dijilat api, gambar kecil merupakan
rentungan mayat dua adik-beradik. - Poto Adum Liu

Oleh : Adum Liu
22 April 2009

Adik beradik Rentung Dijilat Api

UTUSAN SUBIS (BEKENU 21/4/2009) – Sebuah keluarga kehilangan 2 nyawa dan rentung dalam satu kebakaran rumah kayu yang tidak diduga berlaku dengan sekelip mata di Kampung Subak di sini pagi semalam.

Sumber di tempat kejadian ketika ditemui memberi tahu bahawa kejadian kebakaran itu berlaku sekitar jam 10 pagi tadi, di mana kedua-dua adik-beradik yang terperangkap itu tinggal bersendiri dan ibu mereka bersama seorang lagi adik berusia 3 tahun pergi ke kantin untuk membeli barangan.

Nyawa dua beradik itu masing-masing berusia 5 tahun (lelaki) dan belajar di tadika 1 di Tadika Cina Sibuti kerana demam dia tidak turun sekolah mana kala seorang adik perempuannya berusia 10 bulan.

Semasa kejadian berlaku bapa mereka tidak berada di rumah kerana menghantar adik perempuan mereka yang juga bersekolah di tadika 1 di Tadika Cina Sibuti sejauh 10 kilometer dari kediaman mereka.

Kes masih dalam siasatan pihak polis dan bomba serta mayat kedua-dua adik beradik berkenaan dibawa ke Hospital Umum Miri untuk bedah siasat. Utusan Subis tidak menyiarkan nama-nama mereka sekeluarga kerana tidak diizini.