Selasa, 23 Julai 2013

 Rosey : Bersuaralah dengan fakta sekali



SALAM RAMADAN… Rosey Yunus menyampaikan cederahati kepada pemaju gerai pada Majlis Perasmian Gerai Ramadan Batu Niah pada petang tadi.

BATU NIAH, 23/7/2013 - Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus selar kenyataan pembangkang Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN Piasau)  Alan Ling Sie Kiong dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berlagak juara tanpa sebarang fakta sebenarnya di DUN Bekenu di sebuah akhbar berbahasa Cina pada Jumaat lepas.

Rosey Yunus yang merangkap ADUN Bekenu ketika ditemui pada Majlis Perasmian Gerai Ramadan Batu Niah berkata, kenyataan mengenai Bomba seperti mana yang tersiar di akhbar Cina berharap wakil rakyat (pembangkang) itu agar dapat fakta sebenarnya sebelum bersuara kepada orang ramai.

Katanya, terima kasih sahaja kepada wakil rakyat itu, pada Persidangan DUN Mei 2013 (Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Ketiga DUN Sarawak Ke-17) lepas bahawa perkara ini telah dijelaskan oleh Menteri Kewangan II dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Kumuniti Dato Sri Wong Soon Koh.

“Sila rujuk kembali ucapan pengulungan Dato Sri Wong Soon Koh tersebut, dalam pengulungan itu bahawa beliau telah pun menyatakan perlaksanaan Bomba ialah dalam rolling ke-3 pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) ini.

“Dalam perancangan itu, kerajaan telah pun meluluskan tiga Balai Bomba akan dilaksanakan di Sarawak ia itu di Tanjung Manis, Samalaju dan Batu Niah. Kos kesemua tiga buah Balai Bomba tersebut ialah RM15 juta yang masing-masingnya bernilai RM5 juta,” jelasnya.

Sementara itu, Rosey juga turut terkilan dengan kenyataan yang menyatakan beliau bersama Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang di peringkat Kerajaan Persekutuan lambat bertindak berhubung dengan perlaksaan Balai Bomba di kawasan Sibuti.

“Jika hendak bersuara di kawasan orang, sila bersuara dengan fakta yang benar dan kukuh, jangan hanya tahu hendak menjadi juara,” tegasnya lagi yang tidak setuju dengan kenyataan pembangkang di akhbar Cina itu.

Justeru itu, beliau turut menansihati rakyat agar tidak mudah terpengaruh terhadap isu-isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang yang hanya tahu bercakap untuk kepentingan mereka (pembangkang) yang ingin menjadi juara.

Sehubungan itu, Rosey turut berbangga dengan tindakkan Persatuan Bomba Sukarelawan Bekenu dan Batu Niah yang sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi kebakaran dan kemalangan jala raya sementara menunggu ketibaan Bomba Miri tiba.


Henry Jugah kekal Ketua Pemuda 

PBB Ranting Maong


TERIMA KASIH…. Henry Jugah menyampaikan cenderamata kepada Maurice Giri sambil disaksikan oleh En Charles Benet Ait pada sesi penutupan mesyuarat PBB Ranting Maong Jalan Kanowit/Durin.

KANOWIT 23/7/2013 - Henry Jugah kekal selaku Ketua Pemuda Parti Pusaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Ranting Maong Jalan Kanowit/Durin bagi Penggal 2013-2016 pada Mesyuarat Agung Tritahun di Rumah Panjang Jugah Sungai Maong Jalan Kanowit/Durin baru-baru ini.

Ketua Pemuda, Hendry Jugah ketika dihubungi berkata, untuk memperkukuhkan PBB di kawasan Maong Jalan Kanowit/Durin ini bahawa akan terus berusaha bersama jawatankuasanya mencari ahli baru.

Katanya, kawasan Maong adalah mempunyai sebanyak tujuh buah rumah panjang yang berdaftar menjadi ahli PBB.

Pada sesi pemilihan lepas, Awan Janting telah dipilih selaku Timbalan Ketua Pemuda, Raymond Dungat (Setiausaha), Douglas Dan (Tim. Setiausaha) dan Maling Nyapang (Bendahari) serta timbalannya ialah Jimat Jerumin.

Manakala lapan Ahli Jawatankuasa (AJK) ialah Kemarau Tungku, Beruen Basil, Mengering Peter, Buju Ngalai, Luming Peter, Entalang Mindan, Sadam Nyanggau dan Sunang Duau, jelasnya.

Majlis penuntupan mesyuarat tersebut telah dilakukan oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri iaitu Maurice Giri yang juga bagi mewakili Menteri Muda Kemajuan Tanah dan pelancongan Datuk Gramong Juna.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai 100 ahli PBB yang turut hadir ialah Naib Ketua PBB Cawangan Machan, Nicholas Ngalang Wau, Setiausaha Sulit Datuk Gramong iaitu Charles Benet Ait (Tim. Setiausaha/Machan), Penghulu Lawrence Melaka, Tr. Judun, Tr. Jali, Penyelaras mesyauarat Jimmy Selan , Exco Kaum Bapa, Exco Pemuda dan Exco Wanita Cawangan Machan.